Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Monday, November 18, 2013

seri ayu kismis

 

kat sini tak ada kelapa parut yang puth saja. ada kelapa parut pun kasar-kasar jenuh nak asingkan yang hitam-hitam. selalu kalau kena pakai kelapa parut segar, mala guna kelapa kering saja. tak kick kan! so kita mereka cipta la boh kismis ni ...

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )
2 biji telur
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1 sk ovallete
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hjau epal
kismis secukupnya


Cara-cara
1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, susu cair, pes pandan dan pewarna hijau, pukul lagi sehingga sebati.
3. Oleskan sedikit minyak pada acuan. Isikan beberapa biji kismis ke dalam acuan dan tuangkan adunan sehingga hampir penuh.
4. Pastikan tudung pengukus di balut dengan kain sebelum mengukus. Kukus selama lebih kurang 7 minit.

Tuesday, May 28, 2013

pau mala inti huda

doh mala buat
guna cik BM yang baru di keluarkan dari kotak weekend lepas
setelah lebih dari setahun bertapa

inti huda buat ;-)
 jauh inti ni mai oman dari qatar. terima kasih huda.
buah tangan dari huda masa husband pergi conference di doha.


untuk inti boleh ikut resepi huda atau zeera di bawah. mala cuma buat doh. lembut pau ni. cantik gebus lak tu. happy!

resepi dari zeera

Bahan-bahan ( 15 biji )
Doh
500 gm tepung gandum - mala guna tepung halus
1 1/2 st yis
1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn air suam

Inti
2 genggam kacang hitam / merah
6 sb gula pasir
sedikit minyak

daun pisang/kertas minyak/papercup utk alas pau

Cara-cara
Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
1. Larutkan gula dengan air suam.
2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
5. Panaskan periuk kukus. Tudung pengukus di bungkus dengan kain, Kukus kuih pau selama 10 minit.

Sunday, May 26, 2013

lompang pandan

 
 

lesung pipit yang tak seberapa ;-)


resepi asal kuih kaswi pandan yang di lompangkan. nak bawa pergi ceramah malam ni.

Thursday, May 23, 2013

the blue onde-onde



siapa lagi nak makan onde-onde ni kalau bukan adam. kuih favourite adam ni. nasib baik request onde-onde. kuih gentel-gentel. kalau request kuih yang susah-susah jenuh la mama nak buat. teknik buat ni lain sikit ... bila dah masak tesktur tepung pulut ni lain sikit. tak terlekat kat tekak. boleh la cuba kalau rajin.


Bahan-bahan
250g tepung pulut
200ml air (+ sedikit pewarna) / jus pandan
150g gula melaka , cincang
100g kelapa parut putih sahaja - mala guna kelapa kering
secubit garam

Cara-cara
Sekiranya ingin membuat jus pandan. Kisar 10 helai daun pandan dengan 220ml air dan tapis.
1. Panaskan air secukupnya di dalam periuk untuk merebus onde-onde.
2. Di dalam satu mangkuk satukan tepung pulut dan air. Uli perlahan sehingga menjadi doh lembut. Ambil sedikit adunan (40g) dan masukkan ke dalam air mendidih. Apabila doh timbul keluarkan dan tos air. Masukkan semula bebola onde-onde yang masak tadi ke adunan doh dan uli hingga sebati dan doh licin. Tutup dan rehatkan doh selama 15 minit.
3. Satukan kelapa dan garam, gaul sebati. Kukus selama 2 - 3 minit dan sejukkan.
4. Setelah 15 minit didihkan air semula. Ambil sedikit adunan dan buat bebola lebih kurang 15g sebiji. Leperkan dan letakkan gula melaka di tengah dan tutup bebola rapat. Bulatkan semula. Masukkan ke dalam air mendidih. Apabila onde-onde timbul maknanya onde-onde telah masak. Angkat dan toskan air mengguna sudip yang berlubang.
5. Gaul dengan kelapa parut.

Thursday, April 18, 2013

cucur nasi udang kering


abah ada appointment service kereta pukul 6:30am. sekarang ni dah awal cerah. menandakan summer dah tiba. siangnya panjang malamnya pendek.

pagi ni sarapan cucur. memandangkan nasi semalam ada lebih, cukup untuk buat cucur nasi udang kering. guna udang kering saja sebab stok ikan bilis makin menyusut. kena simpan untuk sambal. udang kering jarang guna. paling-paling perencah nasi goreng. kali terakhir buat cucur dalam hujung bulan 9 tahun lepas. lama dah tu ... memang tak rajin menggoreng :-)

kalau sempat sat gi nak p ke Muscat City Centre nak cuci mata kat butik Clarks.
iklan sat  discount up to 50% from 4th Apr until 3rd May kalau ada rezeki nak berclarks sepasang.

adam pulak tak habih-habih nak ke toy r us. walaupun setiap kali pergi sekadar cuci mata. tak larat la nak beli toys setiap kali jalan kat mall.

 ini burung indian roller yang singgah kat tingkap betul-betul sebelah meja komputer kelmarin. warna hijau dan biru ...




Thursday, November 15, 2012

apam polkadot diwali



memenuhi jemputan makan tengahri ni sempena diwali di rumah member. buat la apam polkadot diwali ni sebagai buah tangan.

pernah buat sekali dah apam ni... macam nak patah pinggang. ni kali kedua buat pun macam nak patah pinggang. tapi tak pa untuk kawan punya pasal. saja nak bagi meriah.


resepi dari sheely

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/cair
3 sk baking powder
1 sk ovalette
1 st esen vanilla (tambah)
pewarna

filling - blueberry/strawberry/kaya/coklatcip

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan dan kacau rata.
3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag dan picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja. Letakkan filling secukupnya. (untuk memudahkan proses memasukkan filling masukkan filling ke dalam plastik/piping bag kemudian picitkan)
4. Picit lagi adunan sama atau berbeza sehingga hampir penuh.
5. Akhirnya sekali picitkan dot-dot  atau corak pilihan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit atau sehingga masak pada api sederhana. Tudung pengukus hendaklah dibalut kain.

Friday, October 12, 2012

apam gula hangus



membuak-buak apam ni kembang hehehe puaih hati dapat banyak. buat hari rabu baru ni. separuh abah bawa pi pengajian hadis, separuh lagi simpan bawa pergi camping trip ... nanti kita cerita pasal camping trip :-)


resepi dari kakbesah

Bahan-bahan 
1 cwn gula pasir } jadikan gula hangus 
1 cwn air panas }
1 cwn mentega
1 1/2 cwn gula pasir
3 biji telur gred A @ B
3 cwn tepung gandum
2/3 cwn susu cair
1 sb soda bikarbonat

Cara-cara
1. Masukkan secawan gula dalam kuali, goreng (tanpa minyak) hingga ke semua gula cair dan jadi coklat keperangan. Kemudian masukkan secawan air panas. Didihkan lagi hingga gula yang keras tadi cair dan agak pekat. Tutup api dan kemudian masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair, ketepikan.
2. Kisar gula bersama telur sehingga gula hancur dan telur berbuih.
3. Masukkan soda bikarbonat dan kisar lagi 5 saat.
4. Masukkan gula hangus bercampur mentega tadi dan kisar 3 saat.
5. Tuang adunan yang telah dikisar kedalam mangkuk, campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan whisk.
6. Akhir sekali masukkan susu dan kacau sebati whisk.
7. Panaskan air dalam pengukus. Sementara tu sapu majerin/minyak dalam acuan. Masukkan adunan hingga 1/3 penuh acuan sahaja. Apam akan mengembang.
8. Setelah air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.

Wednesday, October 3, 2012

cucur nasi udang kering


breakfast weekend yang lepas. lembut betoi cucoq ni ... kalau goreng lama sikit bagi garing luar dia crunchy tapi dalam still lembut. nasi pun tak membazir dan asyik jadi nasi goreng saja ....


resepi dari lydiahoney

Bahan-bahan
2 cwn nasi sejuk
2 1/2 cwn tepung gandum
1 gengam udang kering
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 sb bawang goreng (lupa etak)
1/4 st baking soda
1/4 st baking powder
2 cwn air (+-)
garam secukup rasa
sedikit daun bawang - diracik halus*
sedikit daun sup - diracik halus*
cili merah - diracik halus (ikut kepedasan anda)*
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kisar nasi, bawang besar dan udang kering bersama 1 cawan air sehingga halus seperti makanan bayi.
2. Masukkan bawang goreng, tepung gandum, baking powder dan baking soda.
3. Kisar lagi hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Tuang adunan ke dalam bekas yang bersih dan masukan bahan- bahan bertanda* dan gaul sebati.
5. Rehatkan adunan selama 5-10 minit.
6. Panaskan minyak, jemputkan dan goreng hingga keemasan.
7. Hidangkan bersama sos cili kegamaran atau sambal tumis.

Thursday, September 27, 2012

mini samosa


samosa untuk abah bawa pi pengajian hadis rabu lepas

Bahan-bahan (agak-agak saja)
4 biji kentang - di rebus dan lecek
1 papan daging cincang dlm 500gm kot - lalukan air paip dan tos
1 biji bawang besar - cincang
2 tangkai daun kari - hiris
1 st rata serbuk lada hitam
1 st rata serbuk jintan putih
garam secukup rasa
kulit pohpia/samosa secukupnya

1 sb tepung gandum + sedikit air sebagai bahan pelekat

Cara- cara
1.  Rebus sehingga empuk, tos dan lecek.
2. Tumis bawang besar dan daun kari sehingga wangi. Masukkan lada hitam dan jintan.
3. Masukkan daging cincang dan masak sehingga air dari daging kering. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
4. Satukan daging dan kentang lecek dan sebatikan.
5. Sediakan kulit pohpia dan letak inti. Gulung bentuk segitiga dan lekat dengan 'gam' tepung gandum.










Friday, September 14, 2012

kuih lopes


pertama kali buat kuih lopes semalam sebagai buah tangan untuk abah bawa pergi pengajian hadis. 

cuma nak tanya apa fungsi air kapur yang kita rendam bersama pulut ni. mala letak jugak la air kapur sebab ada. 

yang lain terpaksa la ikut apa yang ada kat dapur macam pandan emulco, santan serbuk dan kelapa kering ... nak hidup :)

resepi tulip77 

Bahan-bahan
2 cwn beras pulut
1 st air kapur

2 cwn santan cair (ganti 2 1/2 sb serbuk santan + 2 1/2 cwn air )
1/2 cwn air pandan (dikisar) (omit)
1/2 st garam
1 st pandan emulco

1 cwn kelapa kering }
sedikit gula, air dan garam } gaul sebati dan kukus/microwave beberapa minit


Sirap gula melaka -  masak sehingga pekat, tapis dan sejukkan
2 ketul gula melaka
1 sb gula
1 1/2 cwn air 

Cara-cara
1. Cuci dan rendam beras pulut dengan air selama 3jam dan air kapur. Kemudian toskan dan kukus selama 20 minit.
2. Bancuh serbuk santan dengan air, pandan emulco dan garam.
3. Keluarkan pulut dan gaulkan bancuhan santan dengan rata.
4. Kukus semula selama 30 minit.
5. Dengan menggunakan penutup botol Nescafe alaskan dengan plastik. Letakkan pulut yang siap dimasak tadi dan tekan-tekankan sehingga padat dan ratakan. Keluarkan dan  golek atas kelapa parut yang telah dikukus/microwave.
6. Hidang dengan sirap gula melaka.

Tuesday, September 11, 2012

puteri ayu


cuba buat puteri ayu bulan puasa hari tu. tak brapa cantik kelapa dia tu sebab guna kelapa kering dan budak-budak ni yang letak. nak tolong mama sangat la katakan. habih berteraboq nyok kat meja, lantai semua. mama jugak yang kena sapu. tapi sedap apam ni, gebu dan lembut. siap frozenkan separuh dan penghujung puasa dah malas  nak buat kuih keluarkan kukus balik, tetap sedap.

resepi dari rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 st ovallate
1 st baking powder
250ml santan
pewarna hijau
2 st pes pandan
kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pes pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Wednesday, September 5, 2012

cucur bilis kembung




resepi dari sofinar

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tepung gandum
1 biji telur
1 sk yis mauripan
1/2 cwn ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cwn air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
1. Di dalam bekas satukan tepung dan yis. Gaul rata.
2. Kisar ikan bilis, telur, bawang dan air bersama sehingga semua hancur. Tuang bahan kisat ke dalam campuran tepung dan yis. Gaul rata.
3. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
4. Jemput-jemput dan goreng. Cucur ni lembut dan bulat-bulat. Enak dicicah sos cili.

Sunday, February 26, 2012

kuih kosui



i need to finish up all my baking supplies. made this last yesterday. just want to share with all of you how we eat kuih kosui when we were kids. dengan sirap gula melaka. sirap ni belen-belen dah tinggal sikit. ngam-ngam untuk makan dengan kosui ni.


recipe from happyflour

Ingredients
100g palm sugar (gula melaka)
45g brown sugar
2pcs pandan leaves
500ml water

100g rice flour
90ml water
30g tapioca flour
1/2tsp alcaline water
dark soy sauce - added to get darker color purposes


Method
1. Mix grated white coconut with salt and steam for 10mins.
2. Set aside to cool.
3. Boil water, palm sugar, brown sugar and pandan leaves together until sugar dissolved.
4. Strain syrup and leave it aside to cool.
5. Add water into the rice flour and mix well.
6. Add in tapioca flour and alkaline water and mix well.
7. Slowly add in the cooled syrup and mix well.
8. Strain the batter.
9. Pour batter into preheated moulds until 80% full.
10. Steam kuehs in a preheated steamer for 35mins.
11. Leave it aside to cool.
12. Remove kueh from mould and coat it with grated coconut.

* dah habiskan stok tepung ubi dan gula melaka

Monday, February 20, 2012

kaswi pandan




kaswi gula merah dah pernah cuba. kali ni buat yang pandan pulak. resepi ni dah lama salin hehehe tapi baru hari ni terasa nak buat. air kapur tak bubuh sebab tak dak tapi tekstur OK lembut ja dan sedap. pewarna pun tak letak, guna air pandan saja dah cantik.

resepi dari cikuhafi

Bahan-bahan ( untuk 4/5 org mkn )
1 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula pasir
1 sb tepung ubi

2 cwn air
beberapa helai daun pandan

sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur makan

1/2 biji kelapa parut (putih shj)
sedikit garam - gaul bersama kelapa parut dan kukus sebentar

Cara-cara
1. Kisar daun pandan bersama air dan tapis.
2. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan gula bersama air pandan dan kisar sekali lagi. (kecuali kelapa parut dan garam)
2. Tapis bahan yang telah di kisar ke dalam loyang yang telah diglis dengan sedikit minyak dan kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu.
4. Potong menggunakan pisau plastik dan gaul bersama kelapa parut yang telah digaul bersama garam.

Wednesday, January 18, 2012

cempedak goreng


sana-sini orang dok tayang cempedak itu dan ini. dapat cempedak free (asyik dapat free ja) tak banyak satu bekas plastik microwave. cukup la kami 5 branak makan.
 
resepi dari cmg

Bahan-bahan
isi cempedak secukupnya
tepung beras secukupnya (anggaran 1 cawan)
1 biji telur saiz kecil
secubit garam
sedikit air kapur (tak letak, tak dak kapoq)
air secukupnya

Cara-cara
1. Bancuh tepung dengan telur, secubit garam, air kapur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
2. Celup isi cempedak tadi dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap!

Monday, January 2, 2012

pisang goreng ranggup


pisang goreng ranggup. selalu kalau nak buat tepung untuk goreng pisang ke , ubi ke, cempedak ke mesti pakai resepi ni. senang saja masuk semua dalam blender dan treeettt ...... resepi disini :-)

Monday, November 14, 2011

karipap ufo



hodohnya la karipap .... tapi gebu :-)

resepi dari rosjintanmanis
sumber dari azlitamasammanis

Untuk pastri rapuh
400g tepung gandum
2 sb marjerin
1/2 cwn minyak
1/2 cwn air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Cara-cara
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
2. Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan jadi berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
3. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
4. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
5. Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.


Inti keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh di ganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sb udang kering
2 sb serbuk kari
1 sb cili kisar
garam


Cara-cara
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air.
2. Kisar udang kering dan ikan bilis sehingga hancur, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan pes serbuk kari sehingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan yang di kisar tadi dan kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air. Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
6. Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Cara-cara membuat 
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil
2. Canai doh nipis (sekiranya guna mesin canai set pada no 3)
3. Kemudian terap doh bentuk bulat.
4. Dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh.
5. Ulangi langkah tadi sehingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng sehingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, October 18, 2011

cucur bom manis


tea time with cucoq kebabOm!! untuk kanak-kanak riang yang lapaq memanjang! ramai jugak yang dah cuba cucoq ni. macam kak sheila, izahdaut & tun_telani bulat-bulat elok saja cucoq depa. kita punya standard la ... macam-macam bentuk ada. 




Bahan-bahan
1 sdt yis
1 cwn tepung gandum
2 sb gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Campurkan yis, gula, susu dan sedikit air. Larutkan  dan biar sampai pekat berbuih.
2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambahkan sedikit air, agak-agak macam nak buat jemput-jemput biasa.
3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
4. Panaskan minyak masak.
5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
.
.
.
.
ttfn
mala

karipap tun inti sardin & kentang



rasanya karipap ni paling glamor tahun 2011  ;-)

memang gebu kulit dia ... inti pun sedap.

tapi macam biasa kejadian dia amat mengecewakan. ternga-nga ja semua. may be I was born to make carry puffs from play-doh saja huhuhu

pakai acuan pun macam tu jugak. tension ... seb baik sedap!

resepi dari tun_telani

Bahan-bahan (dlm 35 biji)
Doh
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
1/2 cawan minyak (panaskan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk. Tutup api. (I used non-stick wok dari step 1 sampai 4)
2. Tengah panas-panas, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu (Jangan guna tangan, melecur nanti).
3. Setelah agak sejuk, masukkan garam dan air sedikit-sedikit.
4. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Sedia untuk digunakan. (Cara gaul dengan minyak panas ini adalah untuk mendapat kulit yang rapuh)



Bahan-bahan
Inti
1 tin sederhana sardin
2 biji kentang besar- dadu
1 labu bawang besar- dadu
2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
1/2 inci halia- ketuk
2 sudu besar cili giling
garam/gula secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan sardin bersama kuah sos.
4. Masukkan kentang dan air yang agak banyak dan sentiasa gaul-gaul sehingga kentang empuk. (Jangan dibarkan di atas api takut hangus bahagian bawah). Perasakan garam dan gula. Masak sehingga kuah kering. Tutup api dan perah limau nipis..
5. Setelah inti sejuk, boleh dibuat karipap.

Tips untuk frozen kan karipap atau kuih-kuih lain.
1. Susun kuih atas dulang yang di lapis plastik. Biar ada jarak antara kuih supaya tidak melekat.
2. Masukkan dalam freezer sehingga keras (dalam setengah jam)
kemudian boleh di alih dalam bekas atau plastik.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, October 13, 2011

lepat liat



jom makan lepat liat!

lepat liat ni memang dah lama tak makan. di KL ni memang tak pernah jumpa orang jual. bila kak sheila tayang lepat liat resepi dari izahdaut rasa tak tahan sungguh nak makan.

setelah di google ada dua lagi resepi yang berkenan di myresepi. satu dari maksu om menggunakan santan dan hanazmanis. jumpa pulak resepi di bawah. lebih kurang sama saja semua resepi.

bila di bandingkan kita guna resepi nondatindiaries sebab tak banyak sangat hasilnya nanti. anak-anak belum tentu mau makan lagi. nanti jenoh nak perabih sorang-sorang lepat liat. lagi satu sebab first time buat lepat. apa-apa jenis lepat pun. hahaha

mala gantikan air dengan santan cara maksu om untuk rasa lemak dan juga tak perlu sapu minyak pada daun pisang.


resepi dari  non-datin-diaries

Bahan-bahan
2 - 2 1/4 cwn tepung pulut
3/4 cwn gula merah
1 cwn air (ganti dengan santan)
daun pisang sebagai pembalut
1 cwn kelapa parut putih
sedikit daun pandan
garam
minyak masak

Cara-cara
1. Gula merah dimasak dengan air (santan) dan daun pandan (di tapis) sebelum di campurkan dengan tepung pulut dan di kacau hingga sebati.
2. Kelapa parut pula dicampur dengan sedikit garam untuk di jadikan inti lepat dan daun pisang di bersih dan di potong cantik-cantik untuk di jadikan balutan lepat.
3. Sapukan minyak masak secukup rasa di atas daun pisang. Supaya adunan tak melekat pada daun. Tak perlu letak minyak sebab guna santan.
4. Letakkan sesudu makan adunan tepung ke atas daun pisang dan ratakan.
5. Letakkan inti kelapa di tengah-tengah adunan dan terus balut adunan tu dengan daun pisang tadi.
6. Buat sehingga habis bahan-bahan dan kukus di dalam periuk kukus selama 15 - 20 minit dengan api yang sederhana sahaja.
.
.
.
.

ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...