Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Friday, December 14, 2012

brownies milo



resepi dari technicolorkitcheninenglish via alongroz

Bahan-bahan
125g coklat gelap - cincang
157g mentega tanpa garam - lembutkan
3/4 cwn gula perang
2 biji telur
¾ cwn + 2 sb (125g) tepung gandum
1/8 st baking powder
2½ sb serbuk koko
1/2 cwn Milo
1/2 cwn coklat cip
gula aising untuk di tabur

Cara-cara
1. Panaskan oven 180°C.  Lapik tin dengan kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1". Sapu mentega pada foil.
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil sehingga licin.  Sejukkan beberapa minit.
3. Masukkan gula dan telur dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan coklat.
5. Masukkan Milo dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan coklat cip.
7. Tuang adunan ke dalam tin dan bakar selama 30min - jangan terlebih masak.
8. Sejukkan sebelum di keluarkan dari tin dengan mengangkat lebihan kertas aluminium. Setelah sejuk ayak gula aising di atas brownie sebelum di potong.

Monday, December 26, 2011

chocolate walnut brownies



tengahari ni ada gathering dengan kawan-kawan yang sama-sama pernah kerja dan tinggal di Brunei.

pagi-pagi ni lepas subuh terus turun ke dapur. kemas-kemas apa yang patut, basuh baju, lipat baju. dah siap semua kita pun start buat brownies sebagai buah tangan.

resepi ni di kongsi oleh Huda (dengan sedikit perubahan cara-cara buat) yang sama-sama di Brunei dulu. terlebih rajin ... brownies ni telah di make up sikit  :-) potong siap-siap senang nak makan nanti.

resepi dari hudaahsin

Bahan-bahan (9"x13")
1 cwn mentega tanpa garam (230g) (I used salted butter)
1 1/2 cwn brown sugar

4 biji telur
1sb esen vanilla

1 cwn tepung
1/2 cwn serbuk koko
1/2 st baking powder
1/2 st garam halus (omit)

1/2 cwn walnut - dicincang

Cara-cara
1. Panaskan oven pada 180C. Sediakan loyang 9" x 13" dan lengser dengan mentega.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan tambahkan esen vanilla. Pukul sekadar telur pecah dan bercampur dengan esen vanilla.
3. Dalam mangkuk berasingan ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam halus.
4. Cairkan mentega dan angkat dari api.
5. Masukkan gula. Gaul rata sehingga campuran agak sejuk sedikit.
6. Masukkan campuran telur dan gaul rata.
7. Masukkan campuran tepung dan gaul rata.
8. Masukkan walnut dan gaul rata.
9. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, July 29, 2011

marble cheese brownies


another dessert I prepared for the bbq gathering with my neighours. 1st trial, comot tapi laku!


resepi dari rinnchan

Bahan-bahan

Lapisan Brownies
250g mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *ayak bersama BP and SB
1 st baking powder
1 st soda bikarbonate
1 st esen vanilla

Cara-cara
1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan mentega dan koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175C. Alas loyang 10" x 10" dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Lapisan Cream Cheese
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi mengguna api atas sahaja selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, November 3, 2010

fudge brownies


recipe from kingarthurflour

Ingredients
1 cup unsalted butter
2 1/4 cups sugar
4 large eggs
1 1/4 cups cocoa powder
1 tsp salt
1 tsp baking powder
1 tsp espresso powder
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups all-purpose flour
2 cups chocolate chips

Directions
1. Preheat the oven to 350°F. Lightly grease a 9" x 13" pan
2. In a medium-sized microwave-safe bowl, or in a saucepan set over low heat, melt the butter, then add the sugar and stir to combine. Return the mixture to the heat (or microwave) briefly, just until it's hot (about 110°F to 120°F), but not bubbling; it'll become shiny looking as you stir it. Heating this mixture a second time will dissolve more of the sugar, which will yield a shiny top crust on your brownies.
3. While the sugar heats a second time, crack the 4 eggs into a bowl, and beat them with the cocoa, salt, baking powder, espresso powder, and vanilla till smooth.
4. Add the hot butter/sugar mixture, stirring until smooth.
5. Add the flour and chips, again stirring until smooth. Note: If you want the chips to remain intact in the baked brownies, rather than melting in, let the batter cool in the bowl for about 20 minutes before stirring in the chips.
6. Spoon the batter into a lightly greased 9" x 13" pan.
7. Bake the brownies for about 30 minutes, until a cake tester inserted into the center comes out clean, or with just a few moist crumbs clinging to it. The brownies should feel set on the edges, and the center should look very moist, but not uncooked. Remove them from the oven and cool on a rack before cutting and serving.





Thursday, October 28, 2010

simple brownies

resepi dari kakfida

Bahan-bahan ( 9x6 inch )

115 g mentega - di cairkan,sejukkan
1 cwn gula halus (195 g)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum (60 g)
1/3 cwn serbuk koko (25 g)
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam (opt)

Cara-cara
1. Campurkan mentega, gula, esen vanilla dan telur. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan tepung, baking powder, serbuk koko yang di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang di alas dan di gris. Taburkan kekacang/choc chip di atas adunan jika suka. 
4. Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...