Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

kek minyak kukus



best la kek ni ... suka tesktur dia yang agak padat tapi ringan dan gebu. nak buat pun senang. guna blender saja. gambar tak berapa nak clear. snap malam-malam guna ipad. kamera anak bawak pergi school trip.

resepi oleh kakfida

Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
2 1/2 cwn tepung naik sendiri (300g)
1 cwn susu segar (210g)
3/4 cwn susu pekat manis (200g)
1/2 cwn gula halus (60g)
1 cwn minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla

**mala tambah
pewarna pink 
esen ros

Cara-cara
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4. **Adunan dibahagikan dua dan di masukkan pewarna pink dan esen ros  pada satu bahagian.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.

** Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
** Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.

Thursday, December 12, 2013

nyonya butter cake




hari ni (12/12) birthday en. husband. mama pun teringin nak makan kek. kek butter kesukaan ramai menjadi pilihan. wangi ja masa tengah bakar. mala buat separuh adunan guna loyang 6".   pandai-pandai la bahagi dua resepi kat bawah tu ya.

kek tak dan sejuk betoi lagi dah potong. sebab semua dah tak tahan wangi kek ni. dah potong berebut pulak bapa dengan anak yang tepi-tepi garing tu. ada sikit lagi nak bawak bekal pi camping kat padang pasiaq esok. camping lagi!!

resipi dari Chef Ricky Ng via rahel via patyskitchen

Bahan-bahan (loyang 10" x 10")
500g mentega
400g gula kastor
8 biji telur gred A
500g tepung naik sendiri
8 sb susu
2 st esen vanila

Cara-cara
1. Satukan gula dan mentega dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
2. Tambahkan telur satu persatu. Pukul rata setiap kali menambah telur.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (3x). Putar perlahan sehingga rata.
4. Akhir sekali tambahkan susu dan esen vanila. Gaul sebati.
5. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 60 minit.

Sunday, December 8, 2013

kek gula hangus


salah satu kuih yang mala sediakan untuk kuliah bersama prof kamil. resepi ni sangat sesuai kalau ada yang nak buat meniaga atau majlis keramaian. hasil dia gebu, lembut dan besaq. kira lumayan la hehehe.

resepi dari zairiasrul

Bahan-bahan (loyang 9x9x3)
2 cwn gula
2 cwn air panas
2 sb marjerin - mala guna mentega
1 cwn susu pekat
6 biji telur - saiz B
2 cwn tepung gandum - diayak
2 sb soda bikarbonat - diayak
1 st esen vanila 

Cara-cara
1. Hanguskan gula di dalam non-stick pan. Tuang air panas perlahan-lahan dan kacau sehingga gula cair kembali. Sejukkan
2. Pukul mentega dan susu pekat sehingga sebati.
3. Masukan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sebati.
4. Masukan esen vanila.
5. Masukan tepung gandum dan soda bikarbonat.
6. Akhir sekali masukan gula yang telah dihanguskan tadi. Kacau hingga sebati
7. Untuk mendapatkan kek yang gebu. Perap adunan minimum selama 1 jam (mala perap 4jam)
8. Bakar dalam oven 170C selama 45 minit. Mengikut oven masing-masing.

Tuesday, October 15, 2013

kek coklat minyak kakbesah



salam aidiladha semua. balik dari masjid pagi tadi buat kek nak bawak pi jamuan raya kat rumah duta. kek yang simple dan cepat nak buat. tak ada masak apa-apa special pun kat rumah. rebus ketupat/nasi impit sebiji dan 16 biji ketupat palas. tapi instant la. panaskan kuah satay brahim, instant jugak hehehe makan dengan sambal tumis sotong semalam dan serunding. ketupat semua masih berbaki. kuah satay brahim dah habis. kalau lapaq petang sat gi makan la dengan serunding dan sambal sotong. makan tengahari nanti dah kawtim :-)

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( satu acuan bengkang )
2 cwn tepung gandum*
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko (kalau nak kek lebih gelap tambah sesudu lagi)
3 biji telur
1 st baking powder*
1 st soda bicarbonate*
secubit garam
1 st coffee emulco - mala tambah

Cara-cara
1. Panaskan oven, sapu minyak/majerin pada acuan dan lapik dengan kertas.
2. Ayak tepung, koko, soda bicarbonate dan baking powder.
3. Kisar telur, susu dan gula hingga gula hancur dan berbuih dengan pengisar kemudian masukkan minyak dan garam. Kisar lagi selama 5-6 saat.
4. Campurkan bahan kisar tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Tambah coffee emulco, gul rata dan tuang ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 40 minit mengikut oven masing-masin.

Monday, August 26, 2013

kek marble moist


satu-satunya resepi yang di cuba masa balik malaysia. kek raya untuk mama. untuk mak mertua pun buat jugak tapi belang dia merah dan coklat. gambaq tak sempat ambik :-) best kek ni .. gebu dan lembab.

esok dah start sekolah. jenoh dok pikiaq menu lunch box ......

resepi dari intai dapur via aziekitchen

Bahan bahan
227gm mentega
170gm tepung gandum
170gm gula kaster
5 biji telur dari peti sejuk
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sb serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
pewarna hijau epal - mala tambah

Cara cara
1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
3. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Wednesday, July 3, 2013

orange butter cake




entry terakhir sebelum mala berlepas malam ni. tepung pun dah habiiiis :-)

in sha Allah nak usung separuh kek ni balik penang bagi mama rasa.

alhamdulillah tahun ni berpuasa dan berhari raya di malaysia. selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan buat semua.


recipe from mykitchensnippets

Ingredients
227g - room temperature
200g sugar
220g flour
1 tsp baking powder
½ tsp salt
4 large eggs
zest of an orange
5 tbsp orange juice

Method
1. Grease and line an 8” round baking pan. Preheat oven to 180C. Sieve flour, baking powder and salt and set it aside.
2. Cream butter and sugar until light and creamy. Add eggs one at a time, beating well after each addition until mixture is light and fluffy. Add in the orange zest.
3. Slow down the mixer and slowly add in the flour. Finally stir in orange juice. Mix until well combined.
4. Turn out mixture into prepared tin. Level out mixture at the sides but allow a shallow well in the centre. This is to enable the cake to level up evenly during baking.
5. Bake for 50-55 minutes or until cooked through when tested with a skewer.

Wednesday, May 1, 2013

kek pisang kakbesah

suka mencuba resepi dari kakbesah. resepi kakbesah selalu senang-senang dan in sha Allah menjadi. mala cuma buat separuh adunan saja sebab pisang tak banyak. resepi kakbesah kek yang plain saja tapi mala dah belangkan kek ni dengan tambahan coklat emulco dan tabur hirisan badam. abah boleh bawa ke pengajian malam ni.



oman dah seminggu lebih hujan, angin pun kuat dan laut bergelora.

ini status update dari seorang kawan sekolah yang tinggal di dubai 2-3 hari lepas. dirham lebih kurang 1 to 1 dengan RM

king fish 90dhs/kg !!
udang 62dhs/kg !! 
 ni udang di bawa masuk dari saudi

stok ikan dah habih. weekend ni nak kena pi market. harap-harap harga tak sama macam kat atas ..


btw, selamat hari pekerja. kami kat sini tak cuti. so far berhijrah ke negara (brunei & oman) yang tak sambut hari pekerja.


hujung minggu ni kami cuti 3 hari. start kerja dan sekolah hari ahad. mulai mei ni hujung minggu di oman ialah pada hari jumaat dan sabtu. sebelum ni khamis & jumaat.

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan 
3 cwn tepung gandum (300g)
2 cwn pisang lecek/lenyek
1 1/4 cwn minyak masak (230g)
1 cwn gula pasir (200g)
4 biji telur
1 1/2 sb bicarbonate soda
secubit garam
coklat emulco - tambah
hirisan badam - tambah

Cara-cara
1. Lenyek pisang masak sehingga hancur. Ayak soda bicarbonate ke dalam pisang dan terus lenyek sehingga pisang berbuih.
2. Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar dan kisar sehingga berbuih dan gula hancur.
3. Masukkan minyak dan kisar lagi selama 5 saat.
4. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi pisang yang telah di lenyek tadi dan gaul rata.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
6. Keluarkan sedikit adunan dan tambah coklat emulco. Gaul sebati.
7. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin dan alas dengan kertas pembakar secara berselang-seli. Tabur hirisan badam.Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 40 minit.
8. Setelah kek masak sejukkan sebelum di potong.

Saturday, April 27, 2013

best moist chocolate cake


kek ni rasa biasa saja macam kek coklat lembab yang lain. cuma mungkin dari segi tekstur sebab guna buttermilk

cuaca di oman tak menentu sejak 3 hari lepas. hari ni sekolah tutup lagi. mendung-mendung macam ni kepala pun jadi berat. buat kek tapi tak lalu nak makan. 1/4 suruh abah bawak pi office. 1/2 ja bagi topping. kakak bawak pi sekolah sikit ada birthday kawan dia. tinggal 1/4 yang bertopping kat rumah.

ambik gambar pun ala kadar ja ... tak dak mood betul la bila kepala ni rasa semacam.

2 hari lepas kami terima berita gembira dari adik husband yang dah pregnant 7 minggu setelah 6 tahun kahwin. alhamdulillah


resepi dari bestmoistchocolatecake

Bahan-bahan (loyang  9" x 13")
2 cwn tepung gandum *
2 cwn gula kastor
3/4 cwn serbuk koko *
2 st soda bikarbonat *
1 st baking powder * (bahan * di ayak bersama )
2 biji telur saiz A
1 st garam halus
1 cwn buttermilk
1 cwn minyak jagung
1 1/2 st esen vanila
1 cwn air panas mendidih (untuk perisa kopi boleh larutkan 1/2 st serbuk nescafe)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada 150° C (kaedah pembakaran secara perlahan)
2. Griskan bekas pyrex 9" x 13" dan tabur sedikit tepung.
3. Sediakan buttermilk : Isikan 1 cwn dengan 1 sb cuka atau jus lemon.
Tuangkan susu penuh krim sehingga penuh. Rehatkan selama  5 minit. Sedia untuk di gunakan.

4. Masukkan semua bahan KECUALI air panas ke dalam mangkuk pengadun.
5. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit dan masukkan air panas. Sambung putar sehingga semua bahan sebati dan licin (tidak bergentel)
6. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
7. Setelah 1 jam cucuk dengan lidi untuk periksa kek dah masak ke belum.
8. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum di hias/di potong.

Saturday, April 13, 2013

kek cheese bersalji



snowy cheese cake in the house. kek ni memang gebu-lemak-sedap. 1st time makan masa di brunei. memang famous kek ni kat sana.

resepi dari sherry_mz

Bahan-bahan  (loyang 9")
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong/superfine  (mala guna tepung gandum)
60g tepung jagung 
50g air sejuk (dari peti ais)
1 st baking powder
2 sb ovallete
75g mentega (di cairkan)

Bahan krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
Satukan kedua bahan dan putar sehingga sebati.

Bahan tabur
1/2 kotak kraft cheddar cheese - di parut halus

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pengadun.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkann mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit mentega.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Setelah kek masak biarkan sejuk. Setelah kek sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheddar cheese yang telah di parut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum di potong.


Wednesday, December 12, 2012

kek karamel



birthday cake untuk abah. belang hijau kuning untuk anak kedah :-)

kali pertama buat kek karamel ni guna resepi dari yani. lama dah oktober tahun 2010. masa tu kek karamel yang belang-belang ni tak popular lagi. jumpa resepi ni di FB dengan sukatan cawan. terasa nak cuba lagipun dah tertangguh lama sejak bulan mei kakak teringin nak makan untuk birthday dia. masa tu keadaan tak mengizinkan. sibuk pindah randah. bulan 12 ni baru terasa nak buat. hutang dah langsai ....


resepi dari resepi bonda FB page

Bahan-bahan

A (gula hangus)
2 sb gula

Cara-cara
1.Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

B (puding karamel)
1/2 tin susu cair,
1/2 cwn gula
1/2 st esen vanila
3 biji kuning telur

Cara-cara
1. Kacau semua bahan sehingga sebati secara perlahan dengan garfu. Jangan sampai berbuih.
2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

C (kek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara
1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

D (meringue)
6 biji putih telur
1/2 cwn gula
1 st cream of tartar (pastikan yang halal atau boleh di ganti dgn garam/cuka/juslemon)

Cara-cara
Satukan semua bahan, pukul sehingga betul-betul kembang dan bertanduk (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

Cara-cara
1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. Kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel. Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
4. Bakar secara double boil (letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tadi.
5. Bakar selama 1 jam, suhu 150C (api bawah sahaja) .
6. Setelah masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk

Wednesday, November 14, 2012

kek pisang xpress


memang cepat dan mudah nak buat. kek pulak gebu! dapat dua biji kek saiz loaf pan.


resepi dari chefzubaidah via maklang via mamafami  via cmg

Bahan-bahan
200g tepung gandum*
1 st soda bicarbonate*
1 st baking powder* (*satukan dan ayak)
150g pisang
170g gula kastor
1 sb ovallate 
secubit garam (mala tambah)
3 biji telur gred A
120g minyak sayur 
1 st esen pisang/vanilla
chocolate rice sebagai hiasan

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah di ayak, minyak sayur dan esen pisang/vanilla. Gaul hingga sebati.
4. Tuang dalam tin kek dan taburkan  chocolate rice.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

Friday, October 26, 2012

walnut carrot cake



untuk kawan-kawan yang datang beraya di muscat dari dubai dan doha ...


resepi dari rahel

Bahan-bahan ( acuan 8x8" )
1 1/4 cwn gula perang
3/4 cwn minyak bunga matahari
3 biji telur
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 1/2 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 st serbuk kayu manis*
1 st esen vanilla
2 cwn lobak merah yang telah disagat halus
1/2 cwn kacang walnut yang telah dicincang

Cara-cara
1. Griskan acuan dengan mentega dan alas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 170C.
2. Ayak bersama bahan-bahan bertanda*.
3. Masukkan gula dan minyak dalam mangkuk dan kacau sedikit hingga rata.
4. Masukkan telur dan pukul hingga berkrim selama 3 minit guna whisk. Tambahkan esen vanilla dankacau rata.
5. Kemudian masukkan tepung, kacau rata. Masukkan lobak merah, walnut dan gaul sebentar sehingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Sunday, October 21, 2012

swiss roll vanilla


percubaan pertama buat kek roll. bahan dan cara pukul memang senang. yang susahnya proses nak gulung. tengok la kulit dia tak cantik. mengelupas :-(

so next time kena buat satu loyang saja supaya tebal sikit. ni dah jadi mini roll. teringat kek roll yang dijual di brunei masa raya.

satu di sapu butter cream belen dari birthday day kek adam. satu lagi sapu jem aprikot. gambar kanan bawah tu setelah sehari dalam peti sejuk. cantik melekat dia.

resepi dari kek roll coklat maklang tapi mala buat vanilla saja sebab nak habiskan butter cream hijau.


resepi maklangazie via hasue

Bahan-bahan
A
3 biji telur gred A/B
4 sb/60 gm gula kaster
1/2 st serbuk penaik
1/2 st esen vanilla
1/2 sb ovallate
5 sb tepung gandum (untuk versi coklat lihat nota di bawah)
1/2 sb susu tepung

B
60g mentega (dicairkan dan disejukkan)

Nota: versi coklat
3 sb tepung gandum
2 sb serbuk koko


Cara-cara
1. Satukan semua bahanA dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
2. Keluarkan 1-2 sb adunan ini dan campurkan sedikit pes pandan dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang di ingini.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
6. Sapukan permukaan kek dengan krim mentega secara lemah lembut.
7. Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper.
8. Balut kek yang siap di gulung dengan baking paper dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum di potong dan di hidang.



Wednesday, October 10, 2012

happy 7th birthday adam

 

besaq dah anak mama. adam sambut birthday yang ke 7 hari ni 10 oktober.

tahun lepas buat kek angry bird yang tak brapa nak angry. tahun ni mama buat kek sempoi jersi bola nombor 7 special untuk adam heheheh.

nama kek span tapi rasa bahulu! tak pa la janji boleh makan. bahagian yang potong-potong tu dah bagi abah bawak pi office cicah kopi :-)



resepi dari hanis

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula  - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sk susu segar
15g mentega - panaskan susu dan cairkan mentega di dalamnya
1 st esen vanila


Cara-cara
1. Panaskan oven ke suhu 180C. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.
2. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
4. Masukkan kuning teluar yang telah dipukul tadi ke dalam adunan.
5. Masukkan campuran susu dan mentega dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.

kek cawan vanilla




cupcake untuk classmates adam. guna resepi di bawah tapi aising tak buat la. copy sekali sebagai rujukan. mala buat saiz muffin dapat 24 biji. ngam-ngam budak-budak ada 21 orang. lagi tiga dapat sorang satu kat kakak-kakak dan adam sekali.

mala tambah sikit strawberry dan chocolate emulco. bagi berseri sikit :-)

bersemangat hari ni adam pergi sekolah usung cupcake .. happy birthday my son.

resepi dari miss ad

Bahan-bahan
150g mentega
185g tepung naik sendiri
150g gula kastor
1/2 st soda bikarbonat
3 biji telur
1 st esen vanilla

Untuk aising:
100g mentega
200g gula ising
2 st air panas
1 st esen vanilla
chocolate rice untuk tabur

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati.
4.  Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C.
5. Untuk aising, pukul mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
6. Sapukan aising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh hias dengan manik atau choc rice.

Monday, October 1, 2012

kek batik coklat



resepi dari bakewithmilla

Bahan-bahan
200gm milo
250gm mentega
3 sb serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut meri secukupnya

loyang yang di lapis dengan aluminium foil (senang nak keluarkan)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang kecil sekali.
2. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit. Gaul sehingga milonya hancur . Seterusnya masukkan koko dan gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul.
3. Setelah pekat susun biskut meri selapis dan diikuti degnan lapisan coklat selapis. Buat sehingga habis dan simpan semalaman.

Sunday, September 9, 2012

strawberry butter cupcakes




cupcake ni mala baru buat tadi (sekarang kat oman dalam 11:15am wah! pagi-pagi dah bercupcake) untuk minum petang lepas balik sekolah dan juga bekal sekolah esok. kesian jugak kat budak-budak ni asyik snack dengan biskut kering saja kat sekolah ...

resepi dari mikelnaru

Bahan-bahan ( 12 cupcakes saiz sederhana )
100g butter
100g tepung naik sendiri
80g gula kaster
2 biji telur saiz sederhana ('B')
1/2 st esen vanila (ganti strawberry emulco)
cip strawberry untuk hiasan

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula kaster sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan esen vanila.
5. Sediakan papercup dalam loyang dan isikan 1/2 atau 3/4 penuh cawan kertas. Tabur dengan cip strawberry
6. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 15 minit.

Tips: Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kedudukannya supaya bahagian atas cupcakes rata masaknya dan tidak kelihatan hangus. 

Thursday, September 6, 2012

deliciously moist chocolate cake




recipe from marinamustafa

Dry ingredients to sieve:
1 3/4 cups plain flour
3/4 cups cocoa powder
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda

2 cups caster sugar
1 tsp salt

Wet ingredients to combine:
1 cup fresh milk
1/2 cup corn oil
2 eggs, beaten
1 cup boiling hot water
2 tsp vanilla

Method:
1. Mix sugar and salt with the dry ingredients in the mixer.
2. Pour all the wet ingredients into the dry ingredients. Mix it in but do not overbeat.
3. Pour into 2 x 9inch round greased tin.
4. Bake in a preheated 180º C oven for approximately 45 minutes.
5. Place on a wire rack to cool.

Chocolate Frosting:
1 cup icing sugar, sieved
1/2 cup cocoa powder, sieved
1 tbsp butter
1 tsp vanilla
4 tbsp fresh milk

Method for Frosting:
1. Mix all the ingredients till it becomes smooth and shiny.
2. Pour over cooled cake.

Thursday, June 7, 2012

kek pisang blended



dah lama tak buat kek. ada kot 2 bulan. ni yang pertama dari oman.

pergi carrefour beli pisang. cepat saja habis macam tak pernah makan pisang. dok esok tanya pisang ada lagi tak? mama kata dah habih nanti kita beli lagi.

the following week pi carrefour lagi dan beli pisang lagi. makan jugak tapi tinggal dua biji. tak sentuh-sentuh seminggu dok melangut dalam fridge sampai hitam legam. nampak gaya pisang ni dalam sehari dua nak kena masuk cik tong dah ni.

google resepi kek pisang blended. cari resepi yang guna minyak dan pengisar. yang senang nak buat la. keluar rahel punya resepi. apa lagi terus buat dapat 12 biji. gebu dan lembut! buat minum petang, bagi jiran 'bujang' 2 biji, aimi dan abah buat bekal sekolah dan office sorang sebijik.

resepi dari rahel

Bahan-bahan
150g pisang ranum*
180g minyak jagung*
3 biji telur gred B*
1 cwn gula kastor*
1 st esen vanilla* - I added
1 1/2 cwn tepung gandum }
1st baking powder }
1/4 st soda bikarbonat } disatukan dan diayak

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada 160C selama 15minit.
2. Kisar bahan* sehingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata.
5. Tuang ke dalam loyang dan bakar 160C selama 1jam atau sehingga masak.

mamat ni menyelit lagi ;-) 
budak ni posing saja lebih tapi makan separuh saja.

Friday, March 9, 2012

kek batik arora



kek batik arora khas untuk birthday aimi yang ke 10!


pertama kali nampak kek batik arora ni di blog ady. walla! kaler dia mengancam betul. dah berkomen-komen kat ady di FB kata nak buat. dari sehari ke sehari.


butter tinggal seketul kat fridge. ni kira nekad tak ada plan punya. tiba-tiba saja jadi kek ni  sempena birthday aimi. tak ada buat apa-apa pun sebab esok dah nak balik kampung cuti sekolah seminggu. so, ini lah dia birthday kek yang sempat mama buat.



ini juga mungkin baking project terakhir sebelum .......

resepi dari denuanza via ady

Bahan-bahan
250g mentega
100g gula kastor
1/2 cwn susu pekat manis
250g tepung gandum
6 biji telur
2 st baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

my choice of colors and flavors available in my pantry :-)
pewarna merah + esen ros
pewarna biru + esen vanilla
pewarna kuning telur + esen oren
serbuk koko + esen coklat
pes pandan


Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang memutih.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul lagi. Ulang sehingga semua telur habis.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan ke dalam adunan. Pukul lagi sehingga adunan sebati
5. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Warna dan perisakan mengikut kesukaan.
6. Sediakan loyang. Tompok-tompokan setiap warna dalam loyang sehingga habis adunan (setiap tompok 1 senduk)
7. Bakar pada suhu 160-180C selama 45 minit - 1 jam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...