Friday, October 22, 2010

kek puding karamel


resepi dari myresepi

Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding. Puding tidak perlu dikukus atau di bakar dulu.)
    Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.







4 comments:

  1. alamak..sedapnya..ni yg yani myresipi buat tu kan? teringin nk cuba, tp belum ada kesempatan lg..hmm..umah akak number berapa, satgi sampai. hehe!

    ReplyDelete
  2. peeewwiit! comel sungguh kek puding hang nih!

    ReplyDelete
  3. lynn, betul la tu resepi yani myresepi.. rmh number 29.. sat nak check peti ais ada lagi ke tak.. ;-)

    Huda, sedap... try la nanti.. lama dah perap resepi. maklum la teloq 6biji. proses pun renyah sikit..

    ReplyDelete
  4. salam. sy nk tanya yg bahan2 utk karamel tu. kat situ tulis 1sudu besar air,2sudu besar air. maksud apa tu? 3 sudu besar air terus?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...