Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

cencalur


resepi telur lagi ... kali ini cencalur iaitu cencaluk + telur.

resepi dari ibumimi

Bahan-bahan
3 biji telur ayam
1 sb cencaluk - tos air
2 - 5 biji cili padi - hiris halus
1 labu bawang besar yang kecil saiznya - hiris halus
2 sb minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan semua bahan (kecuali minyak) ke dalam mangkuk dan pukul sehingga telur kembang. 
3. Panaskan minyak dan tuang adunan telur. Goreng macam biasa kita buat telur dadar.

Thursday, October 3, 2013

telur hangit



hahaha sempoikan resepi ni. selalunya cuma letak sedikit kicap dan pukul kembang. yang ini ada letak sos sekali. actually warna sos dan kicap yang menampakkan macam telur ni hangit. tu sebab kot nama dia telur hangit.


boleh ajar anak-anak dara dan bujang. pelbagaikan menu telur goreng. penyelamat time-time lapaq dan tak dak lauk ataupun lauk habih  di rumah.

resepi dari sue_ginola


Bahan-bahan ( 1 orang )
1 biji telur ayam
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
beberapa titik kicap masin/manis

sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak dan pukul kembang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur kacau tadi.
3. Goreng sehingga telur garing dan sedikit hangit. Angkat dan hidangkan.

Nota: Telur akan hangit diluar, tapi tidak di dalam.

Wednesday, September 12, 2012

sambal telur (kuning x) pecah


lama dah buat ni. masa nampak matgebu keluar resepi ni terus berkenan tapi  kita punya versi tak pecah. mama please don't break the egg yolk ... maka jadi la sambal telur kuning tak pecah

resepi dari cmg


Bahan-bahan
4 biji telur gred B
2 senduk nasi cili kisar
1/3 cwn jus asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
hirisan daun bawang sebagai hiasan

Bahan tumbuk halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci halia
1/2 inci belacan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis dengan api kecil hingga garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan sedikit air, masak hingga pekat.
2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata. Buat 4 lubang pada sambal tadi, pecahkan sebiji telur dalam setiap lubang tadi, masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kemudian perlahan-lahan gaulkan dengan sedikit sambal pada telur tadi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
3. Tabur dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan (jika suka) sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

Tuesday, January 24, 2012

half boiled egg on toast


our breakfast today
dah boring dengan nasi lemak dan roti canai ...

Monday, July 4, 2011

steamed eggs



dah seminggu lebih dok malaih nak masak. otak semacam beku. hari ni masak telur kukus (chinese style) dengan sambal tumis sotong. nak kukus pun malas letak dalam rice cooker saja. jimat masa dan elektrik/gas. sekali jalan ;-)

Bahan-bahan
2 biji telur saiz besar
250 ml air masak (yang telah dididihkan dan sejukkan pada suhu bilik)
sos ikan secukup rasa - boleh ganti dengan garam atau kicap cair
minyak bijan secukup rasa

Cara-cara
1. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan air, sos ikan dan minyak bijan. Kacau sebati.
2. Tapiskan kedalam mangkuk/bekas tahan panas untuk dikukus. Seeloknya tutup bekas dengan cling film (tak buat malas). Supaya permukaan dia licin dan cantik. (tak la nampk macam permukaan bulan)
3. Kukuskan selama lebih kurang 15minit. Telur akan masak apabila bekas digoncang secara perlahan, telur tidak nampak tesktur macam jeli.
4. Hias dengan daun bawang/sup atau bawang goreng (apa yang ada didapur). Hidang panas.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, June 9, 2011

sambal telur limau purut


resepi dari syarasin

Bahan-bahan
3 - 4 biji telur - di rebus dan di goreng kekuningan
1 helai daun limau purut - dihiris halus
7 biji cili kering - di kisar
2 biji bawang merah/besar - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
1 inci belacan
1 biji jus limau nipis/purut/kasturi ( optional )
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih , halia dan cili kering kisar sehingga garing.
2. Masukan belacan , jus limau, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila tumisan sambal sudah timbul minyak masukan daun limau purut.
4. Akhir sekali masukkan telur rebus yang siap digoreng. Kacau sebati dengan sambal.

my limau purut

my limau kasturi

.
.
.
.
ttfm
mala

Tuesday, March 15, 2011

masak lemak telur itik



Bahan-bahan
4 biji telur itik
4 ulas bawang merah*
cili padi secukupnya*
2" kunyit hidup*
1 mangkuk santan pekat
1 maggkuk santan cair
1 daun kunyit - dikoyak
1 serai - diketuk
1 asam keping
garam

Cara-cara
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan santan cair bersama bahan yang ditumbuk, daun kunyit, serai dan asam keping. 
3. Apabila mendidih pecahkan telur satu persatu dan biarkan ia masak bersama api yang perlahan.  Jangan di kacau supaya telur tidak hancur.
4.  Apabila telur mulai keras, kacau perlahan dan masukkan santan pekat. Tunggu mendidih dan masukkan garam.








Monday, December 27, 2010

telur dadar dengan lobak masin dan kacang panjang


Bahan-bahan
telur
lobak masin yang didadu
kacang panjang dihiris kasar
bawang besar dihiris
cili dihiris
garam & serbuk lada

Cara-cara
1. Telur dipukul hingga kembang dan masukkan bahan-bahan yang lain.
2. Goreng sehingga garing.





Tuesday, November 30, 2010

egg in toast


Bahan-bahan (untuk 1 set)
2 keping roti sandwich
1 telur
mentega (untuk di sapu pada roti)
serbuk lada hitam/putih
kicap
cookie cutter saiz besar atau gunakan apa-apa bekas bulat yang nipis contoh cawan atau bekas plastik

Cara-cara
1.Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat.
2.Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi.
3.Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Drizzle dengan sediki kicap ;-)










Monday, November 8, 2010

sambal petai apak



Resepi dari syahani

Resipi asal dari Puan Suryati Ahmad
Sambal ikan bilis + telur + petai .. a.k.a 'SAMBAL PETAI APAK'



Bahan-bahan
petai
telur
ikan bilis
bawang besar
cili kisar
garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng petai seketika dan anagkat. Jangan terlalu lama kerana petai akan kecut.
2. Tumis cili kisar sampai garing dan masukkan gula sedikit supaya cili tadi tidak hangus. Masukkan garam  secukup rasa sbb ikan bilis dah masin.
3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, ikan bilis, petai & telur.
4. Kacau perlahan supaya telur tidak terlalu hancur. Padamkan api dan boleh dihidangkan.





Thursday, November 4, 2010

sambal telur


Bahan-bahan
4 biji telur
4 sb cili kering giling
1 biji bawang besar - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
2 tangkai daun kari
sedikit biji sawi
1sb cuka / air asam jawa
garam & gula

Cara-cara
1. Telur di rebus dan di kupas kulit. Goreng sebentar sehingga kulitnya agak garing dan ketepilan
2. Di dalam kuali yang sama tumis bahan yang di hiris, daun kari dan biji sawi hingga layu/wangi. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan cuka dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan telur dan gaul sebati. Matikan api.






Wednesday, July 28, 2010

telur dadar mayonis

resepi dari unilever


Bahan-bahan
1 1/2 sudu besar mayonis lady's choice real moyonaisse
6 tangkai daun ketumbar di cincang halus
1 bawang besar di cincang
1 cili merah di cincang
4 biji telur di pukul perlahan
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Pukul telur perlahan-lahan bersama mayonis, masukkan daun ketumbar, bawang dan cili cincang. Perasakan dengan garam dan lada.
2. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak. Apabila minyak agak panas tuangkan adunan telur. Apabila telur mula terbentuk/separuh masak, terbalikkan telur dan terus masak sehingga telur terbentuk sepenuhnya.
3. Gunakan api sederhana apabila anda memasak telur dadar untuk mengelakkan telur daripada hangus


nota: lemaaaaaaknya rasa dia, mual pulak!

Wednesday, July 21, 2010

omelette budu



omelette ala kakchik & thanks to cmelor for the budu :-)



just add 2 -3 three tablespoon of budu to your regular omelette and beat well.



Sunday, April 4, 2010

egg benedict

from zurin

Bahan-bahan:
2 biji telur
2 keping roti putih yang telah di buang bahagian tepinya
lada hitam - freshly cracked
mentega
garam

1. Sapukan mentega pada bekas ramekin.
2. Letakkan sekeping roti di dalam bekas ramekin. Sapukan mentega pada roti dan taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam dan garam. Boleh juga ditaburkan sedikit keju jika suka.
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih masak dan telur kuning cair sedikit.



last night we dine at Saba Restaurant to marked our 12th anniversary together. prepared egg benedict served with baked beans and grilled sausage for breakfast on a lazy sunday :)

H A P P Y *  A N N I V E S A R Y * S A Y A N G!

xoxo



Tuesday, November 17, 2009

Crabstick Omelette



3 eggs - lightly beaten
3 sticks of crab stick - sliced
4tbs fresh milk
spring onion - sliced thinly
1 red chili - sliced thinly
salt & pepper

simple & delicious from ummizaihadi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...