Thursday, March 31, 2011

pohpia seaweed





resepi dari hasue

Bahan-bahan
1 bungkus kulit popiah
1 bungkus besar dried seaweed (yang sedia dimakan)
1 biji telur(dipukul)
2-3 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakan garfu.
2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur tadi di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi kseluruhannya.
3. Susun dried seaweed di atas kulit popiah yang telah disapu telur tadi, sapu lagi telur diatas seaweed dan tutupkan dengan sekeping kulit popiah lagi.
4. Ulang langkah yang sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis.
5. Gunting kulit popiah yang sudah ber'inti' tadi mengikut bentuk dan saiz yang disukai. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan. Setelah sejuk simpan dlm bekas kedap udara.






Wednesday, March 30, 2011

getok ubi kayu




nampak gaya ubi rebus untuk sarapan tak berapa laku dengan anak-anak. mama dengan abah saja yang makan. so kita switch-up jadi getok ubi kayu untuk minum petang.. :-)

resepi dari joayee

Bahan-bahan

Bebola ubi
2 cwn ubi kayu rebus tumbuk
1 cwn kelapa parut
1/2 cup gula
secubit garam

Bancuhan tepung
1 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung gandum
garam
air sejuk dari peti sejuk
pewarna kuning (optional) 

Cara-cara
1. Satukan semua bahan untuk bebola ubi hingga sebati dan kepal bulat-bulat. ketepikan.
2. Bancuh campuran tepung sehingga bancuhan sederhana pekat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Api sederhana.
4. Celup bebola ubi dalam bancuhan tepung. Goreng hingga keemasan.  JANGAN terlalu lama, nanti pecah.






ubi kayu rebus & kelapa parut



semalam jiran bagi ubi kayu dari kebun di ulu langat. hari tu dapat labu. untung dapat jiran yang baik hati dan pemurah :-) tak tau nak buat apa dengan ubi kayu ni - tak ada idea. jadi rebus saja la buat breakfast. sambal tak sempat lah nak buat pagi-pagi ni. makan dengan kelapa parut dan gula merah saja.


resepi dari lilydvalley

Bahan-bahan
ubi kayu
secubit garam
kelapa parut
gula merah


Cara-cara
1. Buang kulit ubi kayu.
2. Rebus ubi kayu hingga empuk bersama secubit garam
3. Angkat dan toskan dan boleh hidangkan semasa panas.
4. Gaulkan kelapa parut dan gula merah dan hidangkan bersama ubi tadi.
5. Boleh juga dimakan bersama sambal tumis dan juga ikan gelama masin.





Tuesday, March 29, 2011

lemak tempoyak udang dan labu


Bahan-bahan
250g udang saiz sederhana - bersihkan
2-3 biji cili padi*
2 biji cili merah*
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
1 serai - diketuk
2 sb tempoyak
1/2 helai daun kunyit - dihiris
1 mangkuk santan
garam dan gula secukup rasa
sedikit air - jika perlu

Cara-cara
1. Tumbuk sehingga lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan santan di dalam kuali dan  masukkan bahan tumbuk dan serai. Apabila mula mendidih masukkan udang dan labu. Kacau balik agar udang masak sekata.
3. Masukkan daun kunyit serta tempoyak dan kacau sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Boleh tambahkan air jika kuah terlalu pekat.
4. Renehkan sebentar agar tempoyak sebati dengan bahan tumis.





Monday, March 28, 2011

265, 265

peraduan tekan & menang @ TTM

setakat yang tahu dari mesej "ShoutBox" ada 3 orang yang dapat nombor yang sama. salah seorangnya  chekiyah 
jenuh la TTVM nak pilih pemenang. kita tunggu dan lihat siapa yang terpilih :-) 








pilaf rice & cucumber raita



recipe from mamta'skitchen

aka Pulao/Pilaf /Pilau 

Ingredients
Serves: 4-5
500gm basmathi rice
1 tbsp ghee
1 tsp cumin seeds
2 large cardamom pods, bruised*
2 bay leaves*
5-6 cloves*
5-6 black peppercorns*
1 small piece cinnamon stick*
1L water**
1/4 teaspoon ground turmeric**
salt to taste


Garnishing
1 medium sized onion, peeled and thinly sliced 
2 tbs. oil, to fry the onion

Method
1. Wash the rice well and leave to soak in cold water for 30 minutes, then drain well.
2. Boil the water separately (put the kettle on). Then mix with tumeric powder.
3. Heat ghee in a pan.
4. Add cumin seeds and all the whole spices marked * and let the cumin seeds crackle.
5. Add rice and stir-in gently for a 15-20 seconds, to coat each rice grain with oil.
6. Add salt and then boiling water. Measure water and use just enough to cover the rice and 1/2 inch above the rice.
7.  Let the rice come to a brisk boil for 10 seconds.
8.  Lower heat to minimum, cover and cook for 10-15 minutes.
9.  Meanwhile, fry the onion in a little oil until medium to deep brown.
10. Once cooked, fluff up the rice with a fork lightly. Garnished with fried onions.
11. Serve hot with meat or vegetable curries.


Ingredients
500gm  plain yogurt
1 cucumber, diced
2 tomato, diced
1/2 onion, diced
juice from 1/2 lemon or 1 lime
a handful of coriander leaf, chopped
salt and pepper to taste

Method
1. In a bowl, add the yogurt, diced cucumber, diced tomato, diced onion and mix well.
2. Season with lemon juice, salt and pepper.
3. Lastly add the chopped coriander leaf.




Saturday, March 26, 2011

trip to Bukit Gambang Resort City

we headed up to Kuantan, Pahang from 13-15 March for a 3D2N stay at Bukit Gambang Resort City (BGRC)! main purpose was to play at the Waterpark.

the night before I packed our things without the kids knowing and put the bags and other stuff in the car. then the next morning we just pretended that we are going out for breakfast as we usual. we drove straight to BGRC after breakfast. the kids still do not know where were going. surprise la konon!!

BGRC is still quite new, opened since June 2009. It’s like an all in one place, I paid RM998 for a family package, click on the link to see the details.

pergi masa cuti sekolah, macam sardin resort tu. penuh dengan family, yang conference, training pun ada. check-in/out pakai nombor macam kat bank! nak angkut barang-barang masuk bilik guna troli macam kat supermarket. sempoi!





mini amusement park at night.

posing kat entrance sementara menunggu abah collect wristband

Wave Pool @ Coco beach

Kids slide @ Penguin Island

My happy children :-)

Aqua Play @ Penguin Island

Family boat ride @ Tree Top Hill Slides

Peacock @ Jungle Farm..  kecik saja tempat dia. cuma ada arnag, kura-kura, merak

Adam posing dengan ATV di Active Academy. Bahagian outdoor activity. Sesuai untuk korporat buat teambuilding





Friday, March 25, 2011

apam labu





resepi dari ummizahaidi 

resepi asal apam keledek dari mamawandiha

Bahan A
3 sb tepung gandum
2 st yis segera
1 st gula kastor
3 sb air suam

Bahan B
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 st double action baking powder (ganti dengan 1 1/2 st  baking powder)

Cara Membuat
1. Satukan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2. Satukan bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang telah dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan pula bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Tutup mangkuk adunan dan rehatkan adunan sehingga 1 jam
5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (selama 15 - 18 minit).
6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.






Thursday, March 24, 2011

donut labu





resepi: dari jintanmanis - resepi asal menggunakan kentang

Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
80 gram  labu yang telah direbus dan lecek
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - bergantung kepada tekstur adunan
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)


Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Jika mengguna BM, tekan ON dan tunggu siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yang telah ditabur tepung dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.






Wednesday, March 23, 2011

pohpia horlicks




Bahan-bahan
1 paket besar popia
lidi sate untuk menggulung
1 sudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam) atau telur
minyak untuk menggoreng

Bahan salut - disatukan dan gaul rata
1/2 cwn horlicks biasa (atau nestum yang di kisar halus)
1/2 cwn gula aising
1 cwn susu tepung (ie Nespray/Everyday)

Cara-cara
1. Gulung popia menggunakan lidi sate. JANGAN ditekan kulit pohpia semasa proses menggulung kerana hasilnya akan keras. Tinggalkan dalam 1-2cm untuk gamkan dengan tepung/telur. Keluarkan lidi sate. Buat sehingga habis kulit popia.
2. Simpan kulit popia yang telah siap di gulung di dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab supaya tidak kering. Jika tidak susah hendak gunting.
3. Gunting serong kult pohpia yang telah siap di gulung tadi jarak 1-2cm.
4. Goreng dengan api perlahan/kecil. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya warna sekata. Bila dah mula keemasan hendak lah sentiasa dibalik-balikkan untuk mendapat warna yang sekata.
7. Selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel dan sejukkan sebentar.
8. Apabila kulit pohpia agak suam-sejuk masukkan ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan bahan salut sehingga rata. JANGAN di gaul semasa masih panas kerana bahan salut akan melekit atau semasa terlalu sejuk; bahan salut tidak melekat pada kulit pohpia.
9. Simpan pohpia di dalam bekas kedap udara.





Tuesday, March 22, 2011

ikan siakap sos limau purut



 resepi dari lianamd

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
bawang putih - cincang halus
bawang besar - chopped
halia seinci - hiris halus
4 sudu makan cili boh
4 sudu sos ikan Namphla
3 sudu sos tiram
daun limau purut 4 helai - hiris halus
4 sudu jus limau kasturi
tepung jagung untuk goreng ikan, dan untuk buat sos
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
kiub ikan bilis maggi secukupnya
cili padi 6 batang - hiris halus

Cara-cara
1. Cuci ikan dengan air asam jawa hingga bersih untuk hilangkan hanyir ikan
2. Lumur ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya
3. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan ketepikan.

Untuk sos
1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh - tumis sampai garing
3. Masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla dan sos tiram, kacau sebati.
4. Masukkan cili padi yang dihiris
5. Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis maggi. Masukkan air.
6. Akhir sekalil masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
7. Setelah kuah pekat,  angkat dan tuang atas ikan yang dah digoreng.





Monday, March 21, 2011

chocolate chips muffin

 

I baked theses cute mini muffins for Aimi's birthday. She brought it to school to share with her classmates :-)

resepi dari hanieliza

Bahan A
1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...