Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

ini cerita lama

pada tarikh ni 23 April tahun 2002 kami  empat beranak mendarat di bumi  minyak  Negara  Brunei Darussalam. masa tu  alia@3 tahun dan  aimi@45 hari. yup! baru lepas pantang.


apa kami buat kat sana? suami dapat pelung kerja dari BSP. kontrak selama 2 tahun. ala .... sat saja dua tahun. sedaq-sedaq dah tiga kali sambung kontrak!

Brunei sebuah negara yang menarik. pasai apa ... sebab tiada cukai, pendidikan dan kesihatan percuma dan minyak petrol ... oh minyak boleh dikatakan lebih murah dari air!! setiap kali Ramadhan dapat kurma percuma kurniaan dari Sultan.

orang selalu tanya syok ka dok Brunei? kalau tak syok, tak la aku dok lama kat situ. negara yang sunyi sepi dan aman damai.  paling syok $$$. duit dia plastik macam duit Australia. matawang Brunei ikut nilai matawang Singapura. kat Brunei memang boleh berurusniaga dengan Sing Dollar. Janji duit tu tak ada cacat cela.

image google



di Brunei kami tinggal di Seria. kalau tengok map Brunei Seria, dekat dengan Miri. bila nak shopping dan lepas-lepas gian pekena fast food kami pi Miri. murah sikit la dari Brunei. soalan: pernah jumpa mamasya? tak pernah sebab mamasya di Bandar Sri Begawan (BSB). jauh tau! highway di Brunei bukan macam kat Malaysia. tak dak R&R okey! toll memang tak dak la ...

tahun 2003 pernah drive dari Seria ke Kota Kinabalu 9jam kau!! cop pasport sampai nak habih muka surat jugak lah hahaha. kalau perati betul-betul map Brunei untuk ke Sabah kita akan keluar Brunei masuk Sarawak, keluar Sarawak masuk Brunei, keluar Brunei masuk Sarawak dan keluar Sarawak masuk Sabah!!

image: http://www.lonelyplanet.com/maps/asia/brunei/



 kalau ke Seria boleh tengok nodding donkey . memang banyak benda ni. boleh baca fungsi dia wikipedia.


ahli yang kelima ni memang produksi dan pengeluaran sepenuhnya di Brunei. gambar semasa berusia sehari. dilahirkan pada 10/10/2005 di JPMC, satu-satunya hospital swasta ni Brunei. adat duduk di Brunei ni sebabkan terlalu senang stress free sampai boring tak tau apa benda nak buat. maka ramai la yang subur hehehe


setelah lost count brapa kali sambut birthday dan sambut raya di Brunei keputusan telah diumumkan dan  muktamad. every good things will come to an end. maka pada 23 Nov 2009 (kami datang ber4) balik ber5


hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tak pa kita kutip emas banyak-banyak kat tempat orang bawak balik tempat kita :-)

Alhamdulillah ... terima kasih Brunei Darussalam





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...