apa kami buat kat sana? suami dapat pelung kerja dari BSP. kontrak selama 2 tahun. ala .... sat saja dua tahun. sedaq-sedaq dah tiga kali sambung kontrak!
Brunei sebuah negara yang menarik. pasai apa ... sebab tiada cukai, pendidikan dan kesihatan percuma dan minyak petrol ... oh minyak boleh dikatakan lebih murah dari air!! setiap kali Ramadhan dapat kurma percuma kurniaan dari Sultan.
orang selalu tanya syok ka dok Brunei? kalau tak syok, tak la aku dok lama kat situ. negara yang sunyi sepi dan aman damai. paling syok $$$. duit dia plastik macam duit Australia. matawang Brunei ikut nilai matawang Singapura. kat Brunei memang boleh berurusniaga dengan Sing Dollar. Janji duit tu tak ada cacat cela.
image google |
di Brunei kami tinggal di Seria. kalau tengok map Brunei Seria, dekat dengan Miri. bila nak shopping dan lepas-lepas gian pekena fast food kami pi Miri. murah sikit la dari Brunei. soalan: pernah jumpa mamasya? tak pernah sebab mamasya di Bandar Sri Begawan (BSB). jauh tau! highway di Brunei bukan macam kat Malaysia. tak dak R&R okey! toll memang tak dak la ...
tahun 2003 pernah drive dari Seria ke Kota Kinabalu 9jam kau!! cop pasport sampai nak habih muka surat jugak lah hahaha. kalau perati betul-betul map Brunei untuk ke Sabah kita akan keluar Brunei masuk Sarawak, keluar Sarawak masuk Brunei, keluar Brunei masuk Sarawak dan keluar Sarawak masuk Sabah!!
image: http://www.lonelyplanet.com/maps/asia/brunei/ |
kalau ke Seria boleh tengok nodding donkey . memang banyak benda ni. boleh baca fungsi dia wikipedia.
ahli yang kelima ni memang produksi dan pengeluaran sepenuhnya di Brunei. gambar semasa berusia sehari. dilahirkan pada 10/10/2005 di JPMC, satu-satunya hospital swasta ni Brunei. adat duduk di Brunei ni sebabkan terlalu senang stress free sampai boring tak tau apa benda nak buat. maka ramai la yang subur hehehe
setelah lost count brapa kali sambut birthday dan sambut raya di Brunei keputusan telah diumumkan dan muktamad. every good things will come to an end. maka pada 23 Nov 2009 (kami datang ber4) balik ber5
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tak pa kita kutip emas banyak-banyak kat tempat orang bawak balik tempat kita :-)
Alhamdulillah ... terima kasih Brunei Darussalam
assalamualaikum kak mala, gee slalu ikut blog kak.parents gee pun dok brunei 5 tahun..bapak ditugaskan as defence attache kat sane.. ohh how i love brunei.. tenang je..kami di BSB..mmg almost every year raya kami ke brunei bersama mertua skali.. di seria tu .kebab dekat depan supersave is "da bomb" .. yg slalu jual sate dpan tu pulak cousin mak gee.. pnah try satenye?
ReplyDeletePehh .. mengimbau kenangan lama ek.. Bila pulak turn aku nak mengimbau kenangan di Kuala Belait.. Hahahaha kena tunggu aku balik KL naaa...
ReplyDeleteGee - waalaikumusalam, kebab dgn sate tu mmg selalu beli
ReplyDeleteZaida - hang balik la dulu baru buat entry mcm ni hahaha
Assalammualaikum Mala
ReplyDeleteKenangan manis di Brunei....negara aman damai..duit 2x ganda. mkn pun tak mahal, nasi katok..nasi ekonomi... lauk ayam BND1 je.ni famili suka tp sy mula2 suka tp lama2 dah muak. itulah Seria dgn BSB tu kalau dkt boleh kita jumpa dulu...ni jumpa di alam maya saja.
bab hway tu , tak da RNR ...tak best tak boleh nak rehat..toilet ke.
Sama kita Mala anak ke 5 lahir di Brunei. tp saya bersalin di RIPAS. ok gak sbb nurse baik2 dan ambil wad 1st kelas...makanan cam kat hotel...pantangpun hidang cheese cake...
walaikumusalam mamasya - betul tu .. kita orang boring2 selalu mkn nasi katok $1. muak tu memang muak tapi disebat kan kita orang ni kerja ikut kontrak terpaksa la bertahan. :-)
ReplyDeletePaling suka potongan ayat... "adat duduk di Brunei ni sebabkan terlalu senang stress free sampai boring tak tau apa benda nak buat. maka ramai la yang subur hehehe..."
ReplyDeletePaling sikit mesti dapat tambah sorang punya!
hahaha Huda ... jgn hang ke pdg pasir ada sorang lagi ...
ReplyDelete