Ikan cencaru atau nama Inggeris nya Torpedo Scad menurut Wikidepia.
menu ni adalah antara menu kegemaran kami semasa membesar dan sekarang ni anak-anak pun suka. boleh dikatakan seminggu sekali mesti masak ni. setiap kali kalau buat ni mesti teringat kat satu kopitiam cina di persimpangan Jalan Macalister dan Jalan Rangoon. masa tu ofis dekat Lorong Aboo Sittee, Penang.
credit to http://www.penang-traveltips.com/aboo-sittee-lane.htm |
kat kopitiam ni ada satu peniaga nasi campur melayu. satu-satunya tempat yang kita boleh jumpa makanan melayu kat Jalan Macalister. tukang masaknya adalah seorang maktok. yang meniaga ni maktok ni dengan anak lelaki dia. memang dah berumur. uniform dia selalu baju kedah dengan kain batik.
salah satu menu hot kat situ ialah ikan cencaru belah belakang. sebabnya dia goreng panaih-panaih. tapi mulut maktok ni mak ai!! Q memang panjang la bila lunch hour. lambat sikit saja panjang la beratoq. rutin maktok ni lepas dia goreng, dia nak letak kat tempat lauk-lauk yang lain terpaksa melalui/melintas customer yang dok beratoq. dia tak kira sapa, dia akan marah-marah, tepi-tepi semua, panaih-panaih. nasib la sapa yang tak dengaq tu kena lepuk tapi tahan saja la sebab sedap! customer memang tak pernah marah maktok tu balik, tak berani. maktok chengei ;-)
kami panggil ikan belah belakang @ ikan sumbat
Bahan-bahan
Ikan cencaru - siang, bersih dan buat poket pada bahagian atas sisi ikan
garam
serbuk kunyit
Bahan sambal - tumbuk semua
cili merah
bawang besar
sedikit belacan
garam
gula
air asam jawa (kalau nak masam-masam sikit)
Cara-cara
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
2. Sumbatkan sedikit sambal ke dalam badan ikan. Sambal juga boleh digoreng dulu sebelum disumbat.
3. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
mala apa nama maktok tu hehehe dulu ai sll makan kat 1 gerai tu dlm kedai kopi cina jugak nama pakcik tu pak harun kut yg goreng tu bini dia
ReplyDeletetak tau nama maktok tu. dah lama sangat dah ni, thn 96 - 98. ada lagi ke tak pun tak tau la...
ReplyDeletemala....ada award utk Madiha kat blog kak cek...sudi2kanlah ya...
ReplyDeletegarang mak tok tu nu....teringat dulu masa kerja kat maybank bworth...selalu pi makan nasi tomato dkt sg nyior dkt FN botol besaq...mcm tu juga..tapi yg garang bukan tokeh nasi tomato tu tapi makcik yg jual ayaq sebelah dia..lebih sudu dari kuah...satu hari kami pakat pakat pi makan nasi tomato tapi bawa air mineral sendiri....baru dia ada akai....he he...
ReplyDeletecik cek - tq
ReplyDeleteeo - hahaha baru ada akai! mcm2 tapi sedap punya pasai thn saja la...
you remind me i have so long did not prepared fish this way, sound so yummy.
ReplyDeleteas-salam mala
ReplyDeletewah sedapnya mala ikan ni...yummy..
kak..saya pun suka buat ikan sumbat..satu lagi buat macam ni jugak tapi sumbat dalam terung ...potong terung menyerong tebal dalam 1 inci 2 inci...belah tengah macam burger,sumbat bahan sumbat, goreng terung dalam minyak yang sikit...nanti tambah lagi minyak kalau kurang..makan dengan nasi panaih2...mebelesss..:P
ReplyDeletehi sonia & ady - we love this ikan belah belakang so much! yummy!!
ReplyDeletezz - baru baca kisah terung dah telan ayaq lioq!