Friday, April 22, 2011

sambal udang limau purut


Bahan-bahan
250g udang
1 helai daun limau purut - dihiris halus
segenggam cili kering* - rendam air panas sehingga lembut
beberapa ulas bawang merah* - kisar bersama
sos tomato
serai - dihiris serong
bawang besar -dihiris
tomato - potong baji
garam dan gula

Cara-cara
1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan serai.
2. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila tumisan sambal sudah timbul minyak masukkan udang dan daun limau purut.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sebati dengan sambal dan tutup api.


hat ni pulak gulai ikan tenggiri santanless :-)





5 comments:

  1. iskkkk cheq dah la tengah lapaq ni saja tau depa,psst sambai tomes udg tu mengancam sungguh

    ReplyDelete
  2. cm - belum lunch lagi ka? dah pukui 1 ni...

    ReplyDelete
  3. Salam Mala...

    Aduh! ngape la lapo perut ni...patutla lum lunch lagi....tambah lapo perut kak cek tgk lauk-pauk ni...hu hu...

    ReplyDelete
  4. cc - stok udang dgn ikan tenggiri saja yang tinggal. maka kita pun mula la mereka cipta hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Mala

    Udang masak dgn limau purut..tentu harum bau...
    kebetulan 2 hari lepas mkn berlauk ikan tenggiri kari tp letak santan...anak2 kalau mkn suka berkuah kari...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...