Monday, April 4, 2011

blended orange cake


adunan kek yang dikisar dan tidak memerlukan mesin pengadun

resepi dari kakfida

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 biji buah limau Sunkist
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
1. Cuci buah limau ,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam pengisar bersama, minyak, gula dan telur. Kisar sehingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil di kacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.
4. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

2 comments:

  1. thank you. cubalah senang saja nak baut kek ni :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...