Wednesday, April 6, 2011

bubur ayam


bubur atau orang penang kata 'moi' untuk Adam yang selsema dan juga lunch untuk semua. sayang mama! muah!

resepi dari che'íza dengan sedikit perubahan dan tambahan*

Bahan-bahan
1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
3 ulas bawang putih - dicincang halus*
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
1 liter air
sedikit garam
lada sulah*
sedikit minyak bijan

Bahan sampingan
daun bawang dan daun sup - dicincang
bawang goreng
telur dadar - dihiris
telur masin rebus
lada merah dan kicap cair
chaipoh @ lobak masin
ikan bilis
kacang digoreng

Cara-cara
1. Rebus ayam bersama halia dan pati ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam jangan dibuang.
2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dalam periuk lebihan air rebusan ayam tadi. Masak beras hingga kembang, masukkan air sedikit sedikit sehingga mencapai tahap konsistensi yang dikehendaki.
3. Sementara itu tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi dan tuangkan ke dalam bubur.
4. Apabila bubur hampir masak perisakan dan sedikit garam dan lada sulah. Drizzle sedikit minyak bijan.
5. Bubur bolehlah dihidang dengan ayam rebus tadi (siat kecil) dan cadangan bahan sampingan diatas.






2 comments:

  1. alam mala. can u pick up your award from my blog? thnx

    ReplyDelete
  2. wasalam kjee.. sedah tentu, thank you

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...