Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

biskut kacang mazola

terbuat biskut kacang pulak petang-petang ni. ini semua salah kacang dhal. nak beli kacang dhal ternampak kacang tanah. dah tu teringat kat biskut kacang maktok.

pic credit to aimi

minyak mazola keluaran arab saudi. cantik botol dia macam jagung


tapi tak guna resepi maktok. kita guna resepi chef norman musa.

resepi dari FB Chef Norman Musa



Thursday, September 26, 2013

biskut suji


hari rabu pagi ada jemputan coffee morning oleh salah sorang jiran. tujuannya untuk saling mengenali antara satu sama lain. walaupun dah duduk setahun lebih. kami semua tak pernah bersembang. setakat senyum, angkat tangan. dalam compound ni ada 10 buah rumah. 2 keluarga malaysia, 1 singapore, 3 india, 1 libya, 1 syria-amerka, 1 egypt dan 1 latin. hanya 2 yang bekerja. yang lain suri rumah. memandangkan ada yang vegetarian ... memamg mati akal nak bawak apa. yang jadi hos kata dia nak beli saja dari carrefour kemudian panaskan. I ok ja ... pikiaq punya pikiaq, last-last cari resepi biskut suji. suji pun ada belen 3/4 tin lagi. ok la kan ...


resepi dari azimahliyana

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung suji
1 cwn gula aising
minyak sapi secukupnya
ceri merah untuk hiasan

Cara-cara
1. Tepung gandum diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan tepung suji dan gula aising.
2. Gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk bola-bola kecil.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian susun di loyang dan letak hirisan ceri kecil di atasnya.
4. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit .

Thursday, August 29, 2013

biskut wajib mak tok

 

biskut yang wajib buat tiap-tiap tahun. dari kecik lagi memang akan ada biskut ni time raya. biskut lain tak dak tak pa, biskut ni kena ada. tahun 2011 mala tolong buatkan. tahun ni ramai ada kat rumah semua pakat ramai-ramai tolong mak tok buat biskut kacang.



anak-anak bongsu berposing, tak reti-reti lagi nak buat 'peace' 2 jari.
1 jari ja yang keluar :-)
aleysa, anak bongsu adik lelaki dan amir, anak bongsu adik perempuan

Monday, September 17, 2012

biskut m3


biskut ke empat dan terakhir. nama sebenar biskut ni "madu tiga" dengan bentuk asal segitiga dan di hias dengan 3 hirisan badam. acuan segitiga kita berlekuk-lekuk bahagian tepi dia. tak cantik bila terap doh yang ada kelapa ni. so kita guna acuan love ... baru betul bermadu hehehe

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( +- 150 keping )
250g majerin
150g gula aising
2 biji kuning telur
250g tepung gandum*

1 sb tepung jagung *
1 st baking powder*
1/2 cawan serbuk koko*
1 1/2 cwn kelapa parut kering
kuning telur untuk sapu
hirisan badam sebagai hiasan

Cara-cara
1. Satukan dan ayak bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati dengan kealpa kering.
2. Putar mentega dan gula sehingga sebati dan masukkan telur satu persatu, putar 15 saat saja.
3. Masukkan seidkit demi sedikit campuran tepung dan uli perlahan sehingga menjadi doh lembut.
4. Canai doh antara dua plastik, terap dengan acuan yang digemari.(bentuk 3 segi adalah bentuk asal dan ada badam 3 batang)
5. Susun biskut atas dulang yang telah di sapu mentega, sapu kuning telur atasnya dan hias dengan badam.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu, suhu 160C dan bakar selama 15 - 20minit.

Tuesday, September 11, 2012

cheddar cheese cookies


mencari-cari biskut savoury untuk menghabiskan stok cheddar cheese. untuk peminat cheese boleh cuba resepi ni. biskut ni menjadi favourite kakak sebab tekak kakak tekak cheese.

recipe from pencilkitchen

Ingredients
1 cup plain flour
2 tbsp self raising flour
125 g butter at room temp
125 g grated Cheddar
2 tbsp parmesan (or any other cheese)
a pinch cayenne (or paprika)
1 tbsp lemon
a pinch of salt

Method
1. Sift flours, cayenne and salt in a bowl.
2. Cut butter in small squares. Rub the flour and butter together (breadcrumb texture)
3. Add the grated cheese and continue combining until dough is smooth.
4. Add lemon to soften the dough.
5. Roll into a 38 cm cylinder and wrap with plastic before refrigerating for at least 3 hours.
6. Take dough out from the refrigerator and cut 4mm slices and bake on a sheet pan at 170C for 15 minutes.

Monday, September 10, 2012

chocolate chip cookies

 

biskut raya kedua juga versi gentel-gentel :-) biskut kegemaran budak-budak dan cepat habis. tak dak la mama asyik kena breakfast biskut raya selama bulan.

resepi dari nadia

Bahan-bahan
450g tepung gandum*

1 sk baking soda*  

3 sb serbuk koko* di ayak
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
1 biji telur 
1 sk esen vanila (added)
100g coklat cip

250g gajus (panggang dan cincang halus)

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan esen vanila pukul lagi
3. Masukkan tepung, baking soda dan serbuk koko yang telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga coklatcip.
4. Masukkan gajus dan kacau lagi
5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Monday, September 3, 2012

biskut cornflakes rangup



biskut raya pertama yang di buat tahun ni. kesian pulak kat budak-budak nak buat cookies. nak sangat buat cookies. ni la dia hasil kerja buruh upahan bawah umur :)

nampak ramai yang buat biskut cornflakes ni. mudah dan sedap.

selongkaq kabinet tengok apa yang ada dan boleh tambah dan kasi clear. mala tambah mixed fruit yang di beli di kl tapi tak guna habih. usung bawak mai oman. esen vanilla pula saja-saja di ganti dengan esen oren. not bad .... boleh buat lagi tahun depan :)


resepi dari yatimemories

Bahan-Bahan
250 gm mentega
3/4 cwn gula aising
1 sk esen vanilla (ganti esen oren)
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (di ramas sedikit)
2 cwn tepung naik sendiri
sedikit dried mix fruits, dicincang (I added )
mangkuk kertas
ceri merah sebagai hiasan

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla/oren.
3. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes yang di ramas dan mixed fruit . Gaul sebati guna senduk kayu.
4. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah.
5. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
Biarkan sejuk di redai biskut.

Monday, August 27, 2012

koleksi biskut raya 2012


ini lah dia koleksi biskut raya kami yang tak seberapa ni. hasil tangan mama dan buruh upahan bawah umur. kata tak nak buat biskut tapi budak-budak ni asyik dok menyebut nak buat cookies, nak buat cookies. hah ambik! nak buat sangatkan ... kena la gentel doh. suka la main gentel-gentel budak-budak ni. buat empat jenis saja sebab balang pun ada empat :) nanti-nanti la letak resepi untuk rujukan tahun hadapan hahaha

Saturday, January 21, 2012

tart nenas nyonya



orang tengah jam kat highway, kita buat jam tart kat rumah. teringin punya pasal ...... puas hati makan sorang-sorang hahaha

resepi dari kakjee

Bahan-bahan
300 gms tepung gandum *
4 sb tepung jagung *
3 sb gula ising *
200gm mentega
2 kuning telor
jem nenas secukupnya (I used Nona brand)

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising ke dalam bekas. Kemudian masukkan mentega yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
2. Ramas tepung dengan mentega mengguna hujung jari sehingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telur kuning dan satukan menjadi doh.
3. Simpan kira-kira dua puluh minit dalam peti ais.
4. Canai doh setebal 1/2 inci dan turap dengan acuan kegemaran. Susun di atas loyang pembakar. Ambil jem nenas dan gentel bulat-bulat sebesar guli. Letakkan atas doh yang telah di terap tadi. Buat sehingga habis.
5. Bakar pada suhuh 170C selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara. 

 for the kids *no jam please mama*

Thursday, August 25, 2011

biskut kacang


the one and only biskut raya yang di buat sebab mama suruh buat. maktok dah tak larat buat biskut raya. kena jaga tokwan dan cucu. resepi ni resepi mama kita. kalau mama yang buat ni dia akan guna minyak kacang. lebih wangi dan sedap. kat KL ni mana nak cari minyak kacang.


sukatan mama bagi ni dapat banyak dan buat sampai patah pinggang. kalau nak buat 500gm semua bahan kena sukat 500gm. bila dah sekilo apa lagi aku pun delegate pada anak-anak dara dan anak teruna suruh sambung buat biskut ni. lepas tu aku baring atas sofa hahaha


Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1kg kacang tanah - beli siap di kedai bahan kek
1kg gula kastor - di kurangkan satu cawan
1 botol minyak jagung mazola
1sk garam halus

telur kuning - sebagai glis

penutup pen (cara klasik ni!)

Cara-cara
1. Kacang dan gula di kisar sehingga halus.
2. Satukan tepung, kacang dan garam. Gaul sehingga rata. Garam unutk menaikkan rasa lemak kacang.
3. Masukkan minyak jagung mazola dan gaul rata sehingga boleh dibentuk bulat. Minyak tidak di guna sehingga habis.
4. Buat bulat-bulat susun atas loyang. Tekan dengan penutup pen untuk mendapatkan corak bulat. Sapu kuning telur.
5. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 15-20minit. Bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan sepenuhnya sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, April 18, 2011

coklat chip cookies



 resepi dari bridget@Oman

Bahan-bahan
280g + 3 sb tepung biasa
garam
3/4 sk soda bikarbonat
220g mentega tanpa garam
180g gula
146g gula perang
2 biji telur (size besar)
1 sk esen vanilla
280g coklat susu (di hiris nipis2 dan kecik2 sikit)

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat.
2. Pukul mentega selama 1 minit, masukkan gula dan pukul lagi sehingga ringan dan kembang lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung dan coklat. Gaulkan dengan senduk kayu.
5. Sudukan lebih kurang 1 sudu teh adunan ke atas loyang yang telah di lengser dan jarak-jarak. Biskut akan mengembang semasa proses membaka. Bakar pada suhu 160C lebih kurang 11minit.





Sunday, January 9, 2011

homemade chipsmore

resepi dari Mastura Yasak

Bahan-bahan
A
1 cwn planta / 1 ketul butter
1 biji kuning telur
1 cwn gula kastor
1 sk esen vanila
3 + 1 cwn tepung gandum (telah di ayak)
1 cwn tepung jagung
1 sk garam halus
1-2 sb serbuk koko @ pewarna koko

B
Coklat chips secukupnya..
Badam cincang (optional)
Kismis cincang (optional)

Cara-cara
1. Gaul semua bahan A (hanya 3 cwn tepung gandum) sehingga sebati menggunakan hujung jari.
2. Jika adunan terlalu lembut masukan lagi (lebihan 1 cwn tepung gandum) sedikit demi sedikit.
3. Setelah sebati dan boleh dikepal-kepal masukan chips coklat. Gaul lembut supaya cchocolatechips tidak hancur .
4. Terapkan adunan ikut bentuk yang anda suka atau bulat-bulatkan sebesar size sylign 50sen seperti bentuk biskut chipsmore. Biskut akan kembang apabila dibakar. Boleh cuba hias dengan chocolatechips di atas biskut sebelum dibakar.
5. Bakar biskut pada suhu 160C selama 10 – 15 min.





Saturday, July 24, 2010

honey cornflakes cups


my sons's kindy is having literacy day this sunday. I prepared this snack for the after the show potluck party .
it’s really easy to prepare and tasty as a little snack! yield about 40cups

Ingredients :
40g butter
1 tbsp sugar
1 tbsp honey
2 cups corn flakes
raisins (optional)
colored sprinkle for decoration

Method:
Melt butter, sugar, honey in a non-stick pan over low heat till it’s all melted and the sugar has dissolved. Remove from heat.
Add in cornflakes, raisins and mix till well-coated.
Scoop mixture into mini baking cups.
Sprinkle over the colored sprinkles.
Bake at 170 for approximately 5 – 7 minutes. Remove and cool.




Tuesday, April 27, 2010

raspberry oatmeal squares



from joyofbaking

Oatmeal Base:
1/2 cup unsalted butter, room temperature
1 cup light brown sugar
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1 1/4 cups all purpose flour
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
2 cups old fashioned rolled oats, divided

Filling:
1 cup raspberry jam

Preheat oven to 170C and place rack in center of oven.
Butter a 9 x 9 inch (23 x 23 cm) pan. Set aside.

Oatmeal Base:
In a bowl cream the butter and sugar until light and fluffy. Add the egg and vanilla extract and beat until incorporated.
In a separate bowl whisk together the flour, baking soda, and salt. Add to the butter mixture and mix until well combined.
Stir in 1 3/4 cups of the rolled oats. Press 2/3 of the dough into the bottom of the prepared pan.

Spread the raspberry jam over the oatmeal base. To the remaining dough add the remaining 1/4 cup of rolled oats. Crumble this mixture evenly over the top of the raspberry jam.
Bake for about 25 - 30 minutes or until nicely browned.
Place on a wire rack to cool and then cut into squares.
Makes about 16 - 2 inch squares.

These are best if made the day before serving. Store leftovers in the refrigerator.




Monday, November 9, 2009

chocolate chip cookies

i need to finish up all my cooking & baking ingredients in my kitchen before the packers come next friday. baked this last saturday and Yes! my chocolate chips are now gone..



1 cup unsalted butter, room temperature
3/4 cup granulated white sugar
3/4 cup firmly packed light brown sugar
2 large eggs
1 1/2 tsp vanilla essence
2 1/4 cups all-purpose flour
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1 1/2 cups semisweet chocolate chips
1 cup walnuts or pecans, coarsely chopped (optional)

Preheat oven to 180 degrees with rack in center of oven. Line two baking sheets with parchment paper. Set aside.

Cream the butter. Add the white and brown sugars and beat until fluffy (about 2 minutes). Beat in eggs, one at a time, making sure to beat well after each addition. Add the vanilla and beat until incorporated.

In a separate bowl, combine flour, baking soda, and salt. Add the dry ingredients to the egg mixture and beat until incorporated, adding the chocolate chips and nuts (if using) about half way through mixing. If you find the dough very soft, cover and refrigerate until firm (about 30 minutes).

Drop about 1 teaspoon of dough onto the prepared baking sheets. Bake about 10 minutes, or until golden brown around the edges. Cool completely on wire rack.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...