Thursday, January 30, 2014

roti hotdog


woohoooo! lama tak jumpa kan ... dok manahan sejuk kat oman ni. lain macam sejuk tahun ni. malaysia pun sejuk jugak kan hehehehe

ni saja la  cuba resepi hotdog bun ni buat bekal sekolah anak. tapi tak la bubuh hotdog sapu tuna saja. bentuk pun tak dapat bentuk roti hotdog. balik malaysia nanti nak cari acuan roti hotdog ni sekali dgn acuan bun burger. acuan macam-macam acuan tapi masuk dapur tak rajin-rajin jugak .... biasa la kan

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti - mala guna tepung gandum
1 1/2 sb gula
1 sk garam
1 sb lemak sayur
3/4 sk yis
3 sb susu tepung
1/2 sk bread improver - tambah
1/2 sk bread softener - tambah

Cara-cara
1. Masukkkan semua bahan-bahan mengikut turutan dari atas/bahan basah dahulu ke dalam breadmaker (Cosway). Pilih setting 'Dough' ON kan, tunggu siap.  Kemudian pilih setting 'Bread Dough' ON kan, tunggu siap.  Saja test 2 kali uli ni.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
4. Bentuk doh memanjang seperti roti hotdog lebih kurang 13 cm. Susun atas loyang yang telah di glis. - mala susun rapat-rapat
5. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

7 comments:

  1. As salam Mala........

    mmmm......sedap tu......nampak gebu gebas sangat......sapu planta tabur gula sikit....memang layannnn.....

    ReplyDelete
  2. Lama x nmpk...sekali kuar...roti hotdog terpampan ni ha...

    Da sebln x meroti...mlas nak uli..bm x der..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. bestnyer.. hari ni cadangnyer nk buat bun burger, tp mcm malas la plak...adoiii..mata pun mengantuk ni

    ** acuan boleh jer pakai aluminium foil.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. Assalam Mala.....Wah!....cantik buns yg you buat. Kak Liza pun nk cuba buat your recipe. At the moment saya suka play with yeast. Mungkin cuaca diIpoh ni panas gila yeast pun naik cantik!

    ReplyDelete
  5. bumi kedah dah panas baliklah mala. setengah jam sidai kain kat luar, dah kering..heee..

    sejuk2 pun dapat buat roti mala ni

    ReplyDelete
  6. salam mala, nak tanya... macam mana nak contact mala? ada a few questions nak tanya:)

    ReplyDelete
  7. Assalam,

    nampak cantik dan gebu roti mala ni....nampak sangat macam dah selalu meroti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...