Friday, September 24, 2010

lemon butter cake


recipe from kuali.com

Ingredients
250g butter
225g castor sugar
4 eggs
Grated rind of 1 lemon
250g self-raising flour, sifted
50ml freshly squeezed orange juice (I used fresh milk)
1 tbsp lemon juice
25g almond nibs (omitted)
1 tsp orange essence (I added)

Method
1. Line and grease the base and sides of a 23cm round cake pan. Preheat oven at 170°C.
2. Cream butter and sugar until light and fluffy. Beat in eggs one at a time, beating well after each addition. Add grated lemon rind.
3. Fold in sifted flour alternating with the orange and lemon juice. Mix well to combine.
4. Turn batter into prepared pan. Sprinkle almond nibs over and bake for 45-50 minutes or until a skewer inserted in the centre of the cake comes out clean.





Wednesday, September 22, 2010

puasa sunat syawal & qadha

sekadar berkongsi dan sebagai rujukan. dipetik dari zaharuddin.net

"Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala."

Isu Gabung Sunat & Qadha


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, September 21, 2010

acar ikan kurau


Bahan-bahannya

500gm isi ikan kurau kering (di rendam sebentar dalam air panas dan toskan)
6 ulas bawang putih dikupas dan dibelah dua
6 ulas bawang kecil dikupas dan dibelah dua
3cm halis - hiris halus
1 sudu kecil biji sawi
8 - 10 biji cili padi - di belah dua
4 tangkai  daun kari
sedikit gula
sedikit gula merah
4 sudu besar cuka

Bahan-bahan giling
10 tangkai cili kering (dibelas dua dan rebus)
2 biji bawang besar
sedikit kunyit hidup

Bahan-bahan rempah
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara memasak
1. Ikan kering digoreng separuh masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan giling. Biar sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau dan biar sampai naik bau wangi.
4. Masukkan ikan kering, bawang kecil, bawang putih, cili padi dan daun kari. Kacau rata dan biarkan sebentar.
5. Masukkan gula merah, gula dan cuka secukup rasa serta sedikit air.
6. Masak sehingga kering.

Tips: Minyak untuk menumis boleh dilebihkan sedikit supaya acar lebih tahan lama (disimpan dalam peti sejuk). Acar bertambah sedap jika dimakan selepas satu hari apabila semua rasa dah sebati.




Friday, September 10, 2010

eid mubarak

wishing you a happy & blessed eid

Tuesday, September 7, 2010

kek kukus kurma

buah tangan untuk mama & mak. resepi ihsan dari hudaahsin

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
2 cwn kurma (buang biji, hiris dan sukat)

1 ketul mentega Golden Churn
1 cwn gula

3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

- untuk gula hangus
½ cwn gula
1 susu besar air

Cara-cara:
Sediakan 3 mangkuk untuk bancuhan. Setiap satu untuk bancuhan tepung, gula + mentega dan telur + esen vanilla.



1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda. Gaulkan kurma ke dalam tepung. Pastikan setiap butir kurma disalut tepung dengan rata. Ketepikan dahulu.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Ketepikan.
3. Pukul telur hingga naik dan campurkan esen vanilla.
4. Satukan bancuhan gula dan mentega dengan bancuhan telur. Sebatikan keduanya.
5. Masukkan satu senduk campuran tepung ke dalam adunan di atas, gaul rata dan ulangi hingga campuran tepung habis. Ketepikan.
6. Permukaan kuali / periuk kecil, letakkan sesudu air dan tuang gula. Masakkan gula di atas api sederhana sehingga gula menjadi cair dan berwarna hitam. Tutup api dan tuangkan terus ke dalam adunan tadi. Lakukan berhati-hati kerana percikan air gula sangat panas. Gaul rata.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan dilengser dengan mentega. Bungkus kemas dengan aluminium foil. Pastikan foil tidak berlubang ataupun terkoyak.
8. Pastikan air kukusan sudah sedia mendidih. Kukuskan kek selama 3 jam. Tambahkan air kukusan dengan air mendidih kira-kira 1 ½ jam selepas mula mengukus.
9. Hati-hati dengan wap dan air panas ketika mengalih kukusan. Pastikan masa kukusan dengan betul supaya air kukusan tidak kering dan waktu kukusan tidak melampui 3 jam. Sekiranya berlaku, kek akan kering atau hangus.

adunan yang telah siap & di tutup dgn foil dan diikat rapi supaya wap tidak masuk kedalam kek





Friday, September 3, 2010

bakso


resepi asal dari çhe'íza tapi telah di olah mengikut beberapa resepi dari internet

Bahan-bahan ( 7-8 org )

mee Hmon/mee kuning 1 bungkus (400 gm)
taugeh
kobis dihiris halus

Untuk bebola daging
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
1/2 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah dan garam

Untuk Kuah
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1sk lada sulah biji*
2 biji buah keras*
1 batang serai diketuk
daun limau purut
sehiris lengkuas
2 kiub pati daging
garam dan  serbuk lada sulah secukup rasa

Cara-cara
1. Untuk kuah - Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai, lengkuas dan daun limau purut.
2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah dan garam.
3. Untuk bebola daging - Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan untuk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedalam kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.
4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dengan taugeh dan kobis. Tuang kuah dengan bebola. Boleh juga guna mee kuning.
5. Dihidang bersama wanton goreng dan cili padi yang ditumbuk berasingan dengan kicap ABC.





Thursday, September 2, 2010

fried wanton


Bahan-bahan:

300g isi udang - dicincang halus
300g isi ayam - dicincang halus
50g lobak merah } di sagat halus dan di perah sekali dengan tangans
50g sengkuang } untuk membuang lebihan air
1 biji bawang Bombay - dicincang
1 sb daun bawang - di hiris untuk hiasan dan boleh juga di campur sedikit ke dalam isi jika suka
1 ½ sudu besar tepung ubi / beras
1 sudu besar stok cecair ayam
garam dan lada sulah secukup rasa
kulit wanton/dumpling secukupnya



Cara-caranya:
1. Gaulkan isi udang, isi ayam, lobak merah, sengkuang, bawang, daun bawang, tepung ubi, stok ayam, garam dan lada sulah hingga sebati.
2. Letakkan sesudu inti di tengah kulit wantan dan sapukan air sebagai gam untuk melekatkan kulit wantan/dumpling.
2. Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas. Hidangkan bersama sos cili thai.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...