Saturday, October 30, 2010

tuna puff


Bahan-bahan
1 paket puff pastry (10 keping)
inti tuna secukupnya atau apa-apa inti kegemaran - inti ni lebihan dari bulan puasa lepas
1 kuning  telur  - dipukul sedikit




Cara-cara
1. Panaskan over pada 220C
2. Isi inti dan lipat dua tekan dengan garpu dan kelar-kelar bahagian badan puff. bentuk memanjang atau segitiga atau bentuk seperti gamabr di bawah.
3. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
4. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

tips dari matgebu - jika memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang

boleh rujuk pada blog matgebu untuk cara lipatan puff dibawah. di letak sliced cheese diatas inti.







Thursday, October 28, 2010

simple brownies

resepi dari kakfida

Bahan-bahan ( 9x6 inch )

115 g mentega - di cairkan,sejukkan
1 cwn gula halus (195 g)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum (60 g)
1/3 cwn serbuk koko (25 g)
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam (opt)

Cara-cara
1. Campurkan mentega, gula, esen vanilla dan telur. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan tepung, baking powder, serbuk koko yang di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang di alas dan di gris. Taburkan kekacang/choc chip di atas adunan jika suka. 
4. Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min




Wednesday, October 27, 2010

ikan bilis goreng kicap


Bahan-bahan
ikan bilis
bawang putih di cincang
bawang besar di hiris
cili padi - dihiris
kicap lemak manis secukupnya
garam  & gula secukup rasa
limau - di belah dua
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, besar dan cili padi sebentar dan masukkan ikan billis tadi.
3. Masukkan kicap. Gaul rata dan tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau dan siap untuk dihidang.






Monday, October 25, 2010

buzy weekend


 last saturday I went to one of my high school friend's wedding. the theme was red and gold. from the pelamin, tabel setting, canopy to her wedding dress. very nice an bold.
the best part was the wedding planner is her best friend also my highschool mate.
congratulations to Aida & Khairul.




seronok tak terkira sebab dapat jumpa kawan-kawan lama yang terpisah sejak 1992. lama tu!
if it is not because of Aida's wedding susah betul nak jumpa. ada yang fly dari Singapore.
turun dari utara. naik dari selatan. merata la....so thank you Aida for the invitation.


 



 
ahad pulak attend year end concert Young Ambassadors di Depalma Ampang.
 this time Adam kena perform Boria Pulau Pinang. total I spent about RM100++
for this 5 minutes performance!!
ticket for the concert was RM70.00 for adult which incudes lunch,
the shirt  and shoes I bought roughly about RM40.00
and RM25.00 for costume accessories. kindy-kindy kat KL ni memang buat duit...





                  







Friday, October 22, 2010

kek puding karamel


resepi dari myresepi

Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding. Puding tidak perlu dikukus atau di bakar dulu.)
    Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.







Monday, October 11, 2010

adam5

the perfect 10!
10.10.10 Adam celebrate his 5th birthday. 


chocolate sponge cake with fresh cream and design
 as Adam requested ordered from Pistachio Bakery



cupcakes from my neighbour Shikin. tq so much!



Adam cutting his birthday cake




the food spread.....
I prepared spagetthi, oven baked bbq chicken wing
 and fruit cocktail pudding.
bingka ubi kayu from neighbour Baini. tq!
ordered roti jala & fried mee hoon.
 the cute mini apam blossoms & blueberry cheese tart were a huge hit!
ordered from nely's kitchen

.
.
.
.
.

a day after adam was born five years ago @ Jerudong Park Medical Center, Brunei




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...