Wednesday, August 25, 2010

karipap tuna


Bahan-bahan untuk kulit
300gm tepung
70gn marjerin
70ml air
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur

Bahan-bahan untuk inti
minyak masak untuk menggoreng
2 tin tuna in brine
150gm kentang (dikupas dan di potong dadu)
20gm bawang merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 susu kecil gula
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam


Cara membuat inti
1. Rebus kentang sehingga empuk. Angkat keluar dan letakkan di atas pinggan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang besar dan sos cili. Masukkan tuna, kentang, garam, gula dan serbuk kari ikan.
3. Tuangkan 1/2 mangkuk air dan reneh sehingga menjadi pekat.


Cara membuatnya
1. Jerangkan air dan masukkan garam dan marjerin. Biarkan sejuk dan tuangkan ke atas tepung. Masukkan telur. Uli adunan menjadi doh.
2. Canai doh menjadi bentuk empat segi tepat. Gulungkan doh. Kemudian potong doh kepada beberapa bahagian anggaran 30gm hingga 50gn setiap satu; bergantung pada saiz yang diingini.
3. Canai setiap bahagian sekali lagi menjadi bentuk bulat. Letakkan inti di tengah-tengah dan lipat doh menjadi bentuk separa bulatan. Kelim bahagian tepi kulit doh untuk mengelakkan inti daripada terkeluar.
4. Panaskan minyak dan goreng karipap tuna sehingga keperangan.




2 comments:

  1. abe ku pun makan karipap wak buat. biasa dia susah nak makan kuih2 ni. klu beli lagi dia tak makan. sedap jugak karipap hang. belacan aku sedap tak?

    ReplyDelete
  2. belacan lum guna lagi. insyallah petang ni buat sambal belacan. punya la besar. mana beli?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...