Tuesday, August 31, 2010

nagasari cendol


resepi dari kakfida

Bahan-bahan
400 g cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
1 sb tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (500ml santan Kara + 1,200ml air)
2 helai daun pandan - disimpul
bekas plastik

Cara-cara
1. Satukan kedua jenis tepung, gula, garam, santan dan daun pandan di dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sedehana panasnya hingga pekat dan licin.
2. Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas-bekas plastik yang telah tersedia .Buat hingga habis. Sejukkan pada suhu bilik dahulu.
4. Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...