Wednesday, December 29, 2010

black pepper sausage puff





resepi dari rincchan

Bahan-bahan untuk inti
6 batang sosej black pepper
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sb sos tiram
1 sb cili sos
2 sb serbuk lada hitam kasar
2 sb majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 10 keping puff pastry square jenama "kawan"

Cara-cara
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190C.  Bakar hingga puff kembang dan keperangan. 

8. Jika menggunakan oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry  naik lagi gebu dan bersarang.





Monday, December 27, 2010

telur dadar dengan lobak masin dan kacang panjang


Bahan-bahan
telur
lobak masin yang didadu
kacang panjang dihiris kasar
bawang besar dihiris
cili dihiris
garam & serbuk lada

Cara-cara
1. Telur dipukul hingga kembang dan masukkan bahan-bahan yang lain.
2. Goreng sehingga garing.





Saturday, December 25, 2010

roti john mini inti sardin



Bahan-bahan
1 pek roll frankfurter - 6biji
3 biji telur - dipukul kembang
1 tin kecil sardin - dibuang sos dan dihancurkan
1 biji bawang besar - dicincang
1 iji cili merah - di cincang
garam & lada
sos tomato/cili
mayonis

Cara-cara
1. Roti dibelah dua (tidak putus)
2. Telur di pukul sehingga kembang dan masukkan sardin, bawang dan cili. Perisakan dengan sedikit garam dan lada.
3. Panaskan kuali leper dan letak sedikit marjerin atau minyak sayuran.
4. Sudukan inti sardin telur tadi ke atas kuali dengan bentuk memanjang seperti saiz roti.
5. Tekapkan roti keatas inti dan ditekan-tekan sedikit.
6. Setelah masa/garing pindah kan ke atas pinggan dan boleh di apu sos tomato/cili dan mayonis.





Thursday, December 23, 2010

asam prawn (tamarind fried prawn)


Ingredients
220g shell-on prawns
1 1/2 tablespoons tamarind pulp
4 tablespoons water
1 teaspoon sugar
1/4 teaspoon salt
3 tablespoons cooking oil

Method
1. Mix the tamarind pulp with 4 tablespoons water. Extract the juice from the tamarind by pressing the pulp.
2. Remove the heads of the prawn. Devein the prawn by slitting the back. Rinse prawn with water and pat dry with paper towers.
3. Add the tamarind juice and pulp, salt, and sugar into the prawn and mix well with your hand. Marinate for 15 minutes. Remove the tamarind pulp before cooking.
4. Heat up a wok and add cooking oil. As soon as it’s heated, drop the prawns into the wok and pan fry until cooked and slightly burnt. Dish out and serve immediately.





Tuesday, December 21, 2010

apam marble

Bahan-bahan
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovallate
1 sudu teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder* (*digaul dan ayak)
90 gram gula halus
125 ml santan pekat segar/kotak
Cara-caranya
1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat.
3. Perlahankan kelajuan, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
4. Bahagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir-gilir sehingga siap dan lorekkan dengan lidi sekali lalu untuk corak marble.
5. Tutup permukaan tin dengan tudung periuk sesuai atau foil dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Setelah masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan.





Sunday, December 19, 2010

nasi lemak harum limau purut




resepi dari ilhamdapur

Bahan-bahan
2 cawan beras - (I used basmathi)
2 cawan santan cair @ ikut sukatan air beras masing-masing
1 sudu besar butter
4-5 helai daun limau purut
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dipotong nipis
1 batang serai - diketuk (I added)
sedikit garam

Cara-cara
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan periuk (rice cooker). Masukkan butter dan masak sehingga butter cair.
3. Masukkan daun pandan, kacau sekejap. Kemudian masukkan santan, beras, daun limau purut, halia, serai dan sedikit garam. Kacau sebati dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, kacau balikkan sekata. Aroma daun limau purut cukup membangkitkan nasi lemak ni.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal bilis/udang, telur rebus, hirisan timun atau lauk pilihan mengikut selera.





Friday, December 17, 2010

penang butterfly farm

a recent visit to Penang Butterfly Farm located at Tanjung Bungah. the last time I went there was maybe 15years ago. hehehe.... so much has changed. a place to see if you are on holiday in Penang with the kids.


Tiger Whiskers Flower
Yellow Birdwing on a unique banana plant
Atlas moth
Rajah Brooke's Birdwing
Paper kite / Rice paper
an exotic orchid
leaf insect
horseshoe crab or 'belangkas'


Wednesday, December 15, 2010

sambal belacan istimewa




resepi dari anymzkitchen

Bahan-bahan
2 biji cili hidup
10 ulas cili api
1 sudu makan belacan yang telah dibakar
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos ikan (nampla)

Cara-cara
Tumbuk semua bahan bersama sehingga lumat dan masukkan sos ikan dan sedia untuk dihidangkan bersama ulam-ulaman.

my homegrown cili padi







Monday, December 13, 2010

air buah berkastard

resepi dari kakfida

Bahan-bahan
1 tin buah-buahan campuran1 tin susu sejat
2 tin (susu) air
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
secukup nata decoco

Cara-cara
1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau terus hingga mendidih dengan hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. Sejukkan.
2. Setelah sejuk, masukkan nata decoco dan buah-buahan campuran ke dalam adunan kastard.
3. Ketika hendak menghidang, masukkan secukup ketulan ais yang hancur.
4. Jika ingin air kastard nampak menarik lagi, masukkan sedikit pewarna kuning/merah ketika memasak air kastard.





Friday, December 10, 2010

ayam pandan thai


Bahan-bahan
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

Bahan-bahan pemerap
1 sudu besar cincangan bawang putih
1/2 sudu besar cincangan halia
2 sudu besar santan serbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh gula
1 sudu teh gula melaka
2 sudu teh serbuk lada sulah

Cara-cara
1.Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
2.Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan dan semat dengan pencungkil gigi hingga siap. Ketepikan. Susun semua ayam di dalam priuk pengukus dan kukus ayam pandan hingga masak dan sejukkan.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.
4. Hidangkan bersama sos cili thai.







Sunday, December 5, 2010

kek alunan kasih



resepi dari Mastura Yasak


Bahan-bahan
5 biji telur
1 ½ cawan margein
2 ½ cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
½ cawan susu segar
**1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
Serbuk koko (secukupnya)
satu pewarna kesukaan
sediakan penapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara-cara
1. Panaskan oven pada 180C dan griskan loyang dan tabur sikit tepung
2. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
3. Pukul marjein dan gula sehingga kembang.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai kembang.
5. Masukkan *esen vanilla dan susu segar dan gaul hingga sebati. Masukan tepung sedikit demi sedikit..
6. Keluarkan lebih kurang 2 senduk adunan dan campurkan dengan pewarna. Gaul sebati
7. Masukkan adunan pertama dan ratakan. Ayak nipis serbuk koko menutupi lapisan pertama.
8. Diikuti dengan selapisan adunan warna dan ratakan perlahan-lahan. Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua. Diakhiri dengan selapis lagi adunan warna asal.
9. Bakar lebih kurang 45min - 1jam.





Tuesday, November 30, 2010

egg in toast


Bahan-bahan (untuk 1 set)
2 keping roti sandwich
1 telur
mentega (untuk di sapu pada roti)
serbuk lada hitam/putih
kicap
cookie cutter saiz besar atau gunakan apa-apa bekas bulat yang nipis contoh cawan atau bekas plastik

Cara-cara
1.Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat.
2.Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi.
3.Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Drizzle dengan sediki kicap ;-)










Monday, November 29, 2010

MAHA International 2010

photos taken during our visit to MAHA 2010 at MAEPS, Serdang


must have thing at any expos









baja untuk orang malas ada tauke?

pokok idaman abah

geramnya....
boleh bakar kek selalu :)
pokok johor... tak kenal..
kambing paling handsome di MAHA2010


beli la saya .... lelong dari RM1,500.00






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...