Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

back to school!

setelah 2 bulan bercuti adam dah start sekolah hari ni. kakak-kakak dia dah sekolah minggu lepas. habis la segala lemak dan malas yang ada. ipad dan tab di larang sentuh masa hari sekolah. handsome tak saya? kasut recycle ... pakai kasut sekolah agama kakak aimi masa di brunei. seluar pun recycle (walaupun dah agak senteng) seluar sekolah sk setiawangsa :-)



dinner semalam nasi arab pertama sejak balik ke oman. di restoren yaman, wadi hadramout. nama sama ja kan macam restoren kat kl tu.


bagi yang tak biasa, bila tengok gambar nampak macam best je makan nasi arab ni kan? kan? 
tapi percaya lah ... nasi malaysia lagi best!


sebab budak-budak ni suka makan kat restoren ni adalah sebab sup dia. jangan tanya resepi ok ... agak pekat. kalau pernah makan sup mamak cicah roti benggali ... hah! macam tu la lebih kurang rasa dia cuma kurang berempah.

jenuh nak baca menu. bab mengorder ni serah pada husband la. order standard saja mandhi .. ayam satu, kambing satu.




Sunday, April 28, 2013

anak menakan baru


tahniah buat adik ipar hasnol & isteri (siti) atas kelahiran baby boy pelengkap kepada empat kakak. mesti siti rasa lega hehehehehe

dalam gambar muhammad hafiz baru seminggu dah pandai senyum ... dari segi paras rupa nampak lain sikit dari kakak-kakak dia yang empat orang tu. kulit cerah pun ya .. adakah akan kekal kecerahan kulit sampai besar nanti. sebabnya family husband sebelah kedah ni ada terselit dalam setiap keluarga yang cerah melepak macam orang putih pun ada dan tidak di lupakan yang gelap pun ada :-)

syok ah tengok bila orang dapat baby ...kalau boleh main order online best gak hehehehe

Saturday, March 9, 2013

happy 11th birthday aimi



lamanya tak dak entri ... lama jugak tak masuk blog. terima kasih yang sudi singgah sini. bosan dan malas.  homesicked pun ya!! baru balik dari cuti winter dah usha-usha cuti summer! tak pernah pulak homesick .. ni kali pertama. zaman sekolah pun tak dak homesick.

ni entri pertama untuk 2013 dengan acara makan-makan untuk anak-anak dan kawan-kawan.

kali ni mala buat kek bentuk coin purse untuk aimi. kek bulat di potong dua sama besar dan di camtumkan. hias dengan marshmellow, white choc buttons, m&m

jadi tak?


resepi dari kakfida

Bahan-bahan ( loyang 8 in/20cm )
200  mentega
200g gula kastor/halus
4 biji telur - gred A
200g tepung naik sendiri*
1 sb serbuk koko* (bahan * diayak bersama) - tak letak
8 keping biskut Oreo - dicincang kasar bersama krimnya sekali
3 keping biskut Oreo - juga dicincang kasar untuk tabur - tak letak
1 sk esen vanilla
2 sb susu segar - mala tambah

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Loyang dialas dan digris.
2. Pukul mentega, gula dan esen sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga adunan kembang.
3. Masukkan biskut Oreo (8 kpg) dan gaul rata.
4. Masukkan pula campuran tepung dan susu secara berselang seli dgn kaedah kaup balikkan.  Adunan hingga sebati.
5. Tuang dan ratakan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan biskut Oreo (3 kpg) di atas permukaannya.
6. Bakar selama 40 min atau hingga masak.
7. Sejukkan kek di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Krim mentega
1 cwn lemak sayur
1 cwn mentega
1 cwn gula aising - di ayak
1 sb esen vanila
2 sb susu
pewarna

Pukul lemak sayur dan mentega sehingga kembang masukkan esen vanila. Ayak sedikit demi sedikit gula aising dan juga susu sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
 


ada juga buah tangan dari kawan-kawan. jenoh makan kek budak-budak ni. tapi yang paling laku ialah kek red velvet ice cream oreo! acara makan dan main saja sebenarnya. jugak get together kali terakhir untuk anak-anak sebelum satu keluarga nak pindah ke Qatar. kesian budak-budak ni baru nak rapat dah nak pindah ... macam ni lah nasib anak-anak di perantaun. kawan ramai serata dunia tapi asyik pindah sana-sini.



Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


happy 40th birthday abah!

we love you.

adam buat kad dan hadiah untuk abah dia. travel kit dari oman air tu.. recycle!

Wednesday, October 10, 2012

happy 7th birthday adam

 

besaq dah anak mama. adam sambut birthday yang ke 7 hari ni 10 oktober.

tahun lepas buat kek angry bird yang tak brapa nak angry. tahun ni mama buat kek sempoi jersi bola nombor 7 special untuk adam heheheh.

nama kek span tapi rasa bahulu! tak pa la janji boleh makan. bahagian yang potong-potong tu dah bagi abah bawak pi office cicah kopi :-)



resepi dari hanis

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula  - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sk susu segar
15g mentega - panaskan susu dan cairkan mentega di dalamnya
1 st esen vanila


Cara-cara
1. Panaskan oven ke suhu 180C. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.
2. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
4. Masukkan kuning teluar yang telah dipukul tadi ke dalam adunan.
5. Masukkan campuran susu dan mentega dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.

Friday, March 9, 2012

happy 10th birthday aimi



happy birthday to my dear aimi!

the photo above was taken when she was about 2 years old


aimi is like a photocopy of me :-)


if you want to know how i look like when i was young ... 

.
.
.
.
.
.
.
.


check out below photo!


.
.
.
.
.
.
.
.


Tuesday, January 3, 2012

berpeluh di taman tasik ampang hilir

a good start for 2012 - petang semalam kami keluarkan peluh di taman tasik ampang hilir. hahaha macam ya ja ... peluh panaiah ada la. abah sorang saja yang betul-betul jogging. mama dengan anak-anak jalan-jalan sambil tengok orang ;-)





pemandangan yang tak berapa berkenan
makcik-makcik dan cik kak-cik kak dok joget-bic ;-)

banglo biru ni pernah masuk Anjung Seri
macamana tau ... sebab dulu tak pernah miss AS

 
eh! buat apa tu?

Friday, December 30, 2011

langkawi revisit

kali pertama dan akhir ke langkawi ialah pada 2003. ni kira kali kedua la hehehe
dulu pergi ber4 kali ni ber5. kiranya lawatan ni untuk adam.

kami pergi melalui jeti kula perlis. nak visit tempat yang sama dulu iaitu Underwater World dan nak naik cable car

sexy obor-obor ni :-)



dah habis melawat segala hidupan laut kat underwater world 
kami pun check in ke The Cabin Langkawi

tempat ni berkonsepkan kabin. tak sempat ambik gambar bilik
sebab budak-budak dah lanyak katil :-) boleh tengok kat website dia

kabin ni dekat saja dan sebaris dengan underwater world.


dah makan, solat, rehat kami pun gerak ke cable car
hampeh betul punya la ramai orang. rupanya pagi tu tak operasi sebab angin kuat.
dah tak dapat naik cable car kami makan aiskrim sebelum balik.


on the way balik kami pekena laksa power kat tepi pantai.
memang pedas dansedap laksa dia. makan pulak dengan cendol!
angin kuat sampai air cendol yang nak suap dalam mulut boleh terpercik hehehe


alia dan adam tengok laut

sebelah petang kami lepak kat pantai cenang. 
 pantai yang berpasir putih dan halus.
belakang kabin saja
nampak Zainal Alam Kadir tengah lepak-lepak
segan nak ambik gambaq dia ;-)
 

 pagi-pagi lepas breakfast kami terus ke cable car.
operasi mula 9:30am
demi adam, mama naik cable car lagi sekali.
lepas ni tak mau naik dah. tak suka! tak suka!
gayat oOOOoooo

.
.
.
.
ttfn mala







Tuesday, December 20, 2011

a visit to alor star tower

kalau pi aloq staq jangan lupa naik menara kedua tertinggi di malaysia. 
tapi jaga-jaga sat ni kepala hampa kena putaq! ;-)

sama seperti KL Tower kat atas menara ni pun ada restoran berputar
 D'Saji Skyview baru saja di rasmikan

tiket murah saja
Dewasa RM6.00
Kanak-kanak RM3.00

 anak menakan daniel dan akmal join sekali
sebelum naik main kat playground dulu

aimi sempat kutip bunga


kuat oO angin kat ataih!

 mana adam?

 adam dok sibuk teropong ;-)
.
.
.
.
ttfn mala




Wednesday, December 14, 2011

my anak menakan

anak menakan @ saudara @ buah yang terbaru.

Nur Aleysa Damia
4 bulan

cucu mak tok dan tok wan yang ke 10
cucu perempuan yang ke 4

rambut hitam legam dan lebat. 
sekali tengok macam pakai helmet!

Aleysa terkejut!
kesian budak ni di jadi kan model oleh kakak alia dan kakak aimi
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, December 1, 2011

from bertam with love

assalamualaikum

online dari Bertam Perdana ni. balik penang naik bus Aeroline. lama tak naik bas. 1st time naik bas double deck. takut pun ada. harga tiket mahal sikit dari bas express biasa. ada jamu makan dan minum sekali. lounge dan toilet pun ada. di KL naik dari Corus Hotel, di Penang turun di Queensbay Mall dan Sg. Nibong.

menunggu seminggu lagi baru husband balik. la ni patah kaki kereta tak dak. tunggu adik free baru boleh jalan-jalan. semalam dapat la jalan ke Sunway Carnival Mall. sebelum ni ke Tesco, pi makan kenduri di Aloq Staq dengan Sik. budak-budak la syok, dapat pi kedai runcit pun jadi depa ni! sementara tu temankan mak dan buat kerja rumah apa yang patut hehehehe lepas ni kita balik Changlun pulak. harap-harap tak banjir ..
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, November 23, 2011

medan ikan bakar kg telok

masih cerita di PD. di sebelah malam kami ke medan ikan bakar kg telok, pasir panjang. jika keluar dari Tiara Resort ambik kiri dan teruskan perjalanan sampai nampak signboard, ambik kanan. drive saja sampai jumpa medan ikan bakar.

tempatnya kecil dengan hanya ada enam warung sahaja kalau tak silap. orang pun tak ramai. kami pergi awal sebelum gelap. takut tak jumpa tempat ni.

sampai saja terus order dinner. menu dia biasa-biasa saja. tak ada apa yang special. sama saja menu macam kat restoran tomyam :-)

dah order kami turun ke jeti. gambar makanan tak ambik la, biasa saja sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, ketam lada hitam dan khailan ikan masin.

kita tayang gambar pemandangan saja ya ... enjoy!

dua orang sedang menjala ...

ada juga yang tengah mengest power kamera




sempat lagi mengutip kerang

adam 'chom' saja muka.. dok sibuk nak snap gambaq
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...