Wednesday, October 10, 2012

happy 7th birthday adam

 

besaq dah anak mama. adam sambut birthday yang ke 7 hari ni 10 oktober.

tahun lepas buat kek angry bird yang tak brapa nak angry. tahun ni mama buat kek sempoi jersi bola nombor 7 special untuk adam heheheh.

nama kek span tapi rasa bahulu! tak pa la janji boleh makan. bahagian yang potong-potong tu dah bagi abah bawak pi office cicah kopi :-)



resepi dari hanis

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula  - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sk susu segar
15g mentega - panaskan susu dan cairkan mentega di dalamnya
1 st esen vanila


Cara-cara
1. Panaskan oven ke suhu 180C. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.
2. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
4. Masukkan kuning teluar yang telah dipukul tadi ke dalam adunan.
5. Masukkan campuran susu dan mentega dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.

12 comments:

  1. Mala, cantikkkkk kek nya...mesti Adam suka.
    Happy B'day Adam...jangan nakal2 tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak mas ...hehehe kek bajet!

      alhamdulillah adam anak yang baik. tak nakal :-)

      Delete
  2. idea yang baik ni kalau nk buat kek anak saudara... namanya pun sama, adam jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila cheq sue... kek sempoi saja ni. janji budak2 suka.

      Delete
  3. Cantiknya kek...selamat. Hari jadi to Adam...

    ReplyDelete
  4. as-salam Mala
    happy besday to your son Adam..Semoga menjadi anak yang soleh, sehat, pintar dan cerdas..wahhh cantiknye kek adam yg mala buat ni..

    ReplyDelete
  5. kreatif...happy birthday Adam....jersi bola skuad hijau kuning ka skuad brazil....mesti peminat tegar ni...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kak eni dlm malaysia main utk kedah. international main utk brazil!

      Delete
  6. nampak riak wajah ceria adam...beruntung adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah adam suka ... happy sangat dia

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...