Friday, October 12, 2012

apam gula hangus



membuak-buak apam ni kembang hehehe puaih hati dapat banyak. buat hari rabu baru ni. separuh abah bawa pi pengajian hadis, separuh lagi simpan bawa pergi camping trip ... nanti kita cerita pasal camping trip :-)


resepi dari kakbesah

Bahan-bahan 
1 cwn gula pasir } jadikan gula hangus 
1 cwn air panas }
1 cwn mentega
1 1/2 cwn gula pasir
3 biji telur gred A @ B
3 cwn tepung gandum
2/3 cwn susu cair
1 sb soda bikarbonat

Cara-cara
1. Masukkan secawan gula dalam kuali, goreng (tanpa minyak) hingga ke semua gula cair dan jadi coklat keperangan. Kemudian masukkan secawan air panas. Didihkan lagi hingga gula yang keras tadi cair dan agak pekat. Tutup api dan kemudian masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair, ketepikan.
2. Kisar gula bersama telur sehingga gula hancur dan telur berbuih.
3. Masukkan soda bikarbonat dan kisar lagi 5 saat.
4. Masukkan gula hangus bercampur mentega tadi dan kisar 3 saat.
5. Tuang adunan yang telah dikisar kedalam mangkuk, campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan whisk.
6. Akhir sekali masukkan susu dan kacau sebati whisk.
7. Panaskan air dalam pengukus. Sementara tu sapu majerin/minyak dalam acuan. Masukkan adunan hingga 1/3 penuh acuan sahaja. Apam akan mengembang.
8. Setelah air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.

8 comments:

  1. salam mala
    teringin nak satu apam gula hangus dpt makan sebijik pun jadi lah nampak gebus tu

    ReplyDelete
  2. ala teringin lak kita tgk mala tayang apam ni, sedapnye ,lama x makan kuih2 apam ni
    cantik naiknya tu mest gebusss ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gebu sampai melimpah-limpah. kalau buat guna acuan lompang mmg lambat la nak habih mengukus.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Salam ziarah dari Kuwait..
    Akak ni suka mkn tp x pandai buat & x penah try pun nak buat..
    Untung kalau jenis "tgn bedung" ni, buat apa pun semua menjadi..
    Kalau akak.. buat sepah kat dapur je laa..

    ReplyDelete
  4. gebu nampak apam mala buat ni...
    2x besar dari acuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gebu anim .... betoi mmg size dia 2kali ganda!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...