Thursday, October 4, 2012

steak salmon bersama sos putih


pertama kali beli dan masak ikan salmon. biasanya kalau di hidang ikan salmon memang tak sentuh sebab tak suka la hanyir. tapi bila nampak kaknoor di brunei buat salmon bakar nampak macam best ja. terasa nak cuba. dah tu ternampak pulak resepi ni kat myresepi. lain kali kita buat cara kita la cicah kicap dak pun ayaq asam.


resepi dari skyblue

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon 
1 sb minyak zaitun
secubit garam
secubit lada hitam

Bahan-bahan untuk sos
2 sb mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sb tepung gandum
1/2 sk daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cwn susu segar
secubit garam
secubit lada hitam

Cara-cara
1. Sediakan sos: Panaskan majerin dalam periuk kecil, tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sehingga mendidih sambil di kacau-kacaukan. Matikan api dan ketepikan.
2. Ikan di lumur dengan minyak zaitun dan tabur garam dan lada hitam. Gorengkan dalam kuali leper non-stick sehingga perang/masak.
3. Boleh di hidangkan bersama butter rice atau kentang putar atau sayuran yang di celur.

8 comments:

  1. Thanks Mala, sedap & healthy, tqvm for sharing. Take care

    ReplyDelete
  2. dah lama Kjee tak buat Mala. Hari tu pergi Jaya Grocers nampak merah menyala salmon steak yg mereka jual. mesti fresh sangat. kena makan dengan lemon kalau nak kasi hilang hanyir. kjee suka sangat kulitnya kalau digril garing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakjee. budak2 ni berebut kulit ..

      Delete
  3. wah Mala dah masak salmon lah cemana sedap dak??? benda khasiat cam ni kena amalkan makan heee bagi sihat walafiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kaknoor. tak sangka budak2 pun suka

      Delete
  4. mala...anim nak cuba resepi ni guna "pemanggang ajaib" yang fofular kat malaysia now, heeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ... baguih2 nanti upload tau kisah salmon. mala pun ada jugak "pemanggang ajaib" dari cosway. selalu guna utk panggang ikan dan ayam.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...