Wednesday, October 3, 2012

cucur nasi udang kering


breakfast weekend yang lepas. lembut betoi cucoq ni ... kalau goreng lama sikit bagi garing luar dia crunchy tapi dalam still lembut. nasi pun tak membazir dan asyik jadi nasi goreng saja ....


resepi dari lydiahoney

Bahan-bahan
2 cwn nasi sejuk
2 1/2 cwn tepung gandum
1 gengam udang kering
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 sb bawang goreng (lupa etak)
1/4 st baking soda
1/4 st baking powder
2 cwn air (+-)
garam secukup rasa
sedikit daun bawang - diracik halus*
sedikit daun sup - diracik halus*
cili merah - diracik halus (ikut kepedasan anda)*
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kisar nasi, bawang besar dan udang kering bersama 1 cawan air sehingga halus seperti makanan bayi.
2. Masukkan bawang goreng, tepung gandum, baking powder dan baking soda.
3. Kisar lagi hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Tuang adunan ke dalam bekas yang bersih dan masukan bahan- bahan bertanda* dan gaul sebati.
5. Rehatkan adunan selama 5-10 minit.
6. Panaskan minyak, jemputkan dan goreng hingga keemasan.
7. Hidangkan bersama sos cili kegamaran atau sambal tumis.

8 comments:

  1. tetiba teringat arwah nenek yg mmg suka wat cucur nasi masa saya zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya resepi ni mmg dah lama ya ...

      Delete
  2. wow mala.....saya x penah tau pun nasi bole buat cucur. first time tau nih.
    tenkiu tenkiu...insyaallah nak cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Mala,
    lambat bebeno keluaq gambo nyer....mesti sebab byk jemput-jemput tu lagii kan... nak sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ada lagi ni hah entry tertunggak, semuanya lambat kat sini :-)

      Delete
  4. Wah...cucur nasi udang kering...dah terbayang akan kelazatannya...cicah sos cili mantap..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...