Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

water aid day


hari ni adam kena pakai serba biru ke sekolah sempena hari water aid. sepatutnya kena pakai serba biru with a swim gear twist. kat sekolah ada la aktiviti menderma dan beli air mineral.

mama tak tau la nak buat lagu mana. so mama yang kreatif ni reka la benda atas kepala tu. 

ambik dua keping paper plate yang keras. potong bulat kat tengah. ambik pulak plastik beg warna biru dan putih. potong panjang-panjang. lekat kat (almost) keliling pinggan (tinggalkan kosong bahagian depan untuk muka). tempek lagi satu pinggan supaya tertutup selekeh lekat-lekat plastik. tarraaaa!! tak tau la apa benda ni. adam tak boleh decide nak pakai dengan goggle atau spek tak dak cermin tu. dia nak tanya cikgu dulu. so bawak dua-dua. tapi dia lagi suka pakai bingkai spek. cool la konon.

dua kali tengok ada macam rupa ni :-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

image from google

Monday, November 25, 2013

model 3D keratan sel


ini lah dia hasil dari membuat gam kanji hari tu

pagi ni kena hantar. seminggu jugak la aimi dok pikir macamana 
nak buat benda alah ni. cikgu nak dalam bentuk 3D. 
mama cuma tolong buat rangka dan bagi idea macana nak buat.
yang lain kena la buat sendiri ya. sendiri decide nak buat macamana.

siap saja rangka mala dah tak follow apa yang dia buat. 
biar dia sendiri usahakan. hasilnya not bad pada pandangan mata mama la.

tak tau la apa cikgu dia nak cakap. ambik markah ni ..


yang hijau ni sel tumbuhan


yang ni sel haiwan

Thursday, November 21, 2013

oman 43rd national day

oman dah selamat sambut hari kebangsaan yang ke 43 hari isnin lepas.  hari ni sekolah adam ada buat celebration. budak-budak kena pakai baju oman atau warna ikut bendera oman merah, putih, hijau. minggu depan kami kat sini long weekend. sultan bagi cuti 2 hari yahoo!

adam kena paksa posing .. tak mau senyum .. 
tak dak mood lagi sebab kena bangun awal nak bersiap.
 kakak pulak nak kena bawak pi kamera pi sekolah.


adam al hasni :-)

time ni dah ok sikit hahaha
tapi pakai ipad tak clear sangat gambaq dalam rumah



ni kuma, topi oman yang di pakai bersama dishdasha (jubah lelaki)
boleh baca lebih di sini tentang pakaian tradisional oman


posing bersama geng bas sekolah. anak-anak jiran warga venezuala. 
kakak yang lawa berambut panjang mengurai nama casandra.
 si adik yang comel  rambut kerinting nama camelia
setiap kali tengok dia teringat kat dora the explorer

Wednesday, November 20, 2013

homemade glue


bila kali terakhir buat gam tepung kanji? 

hehehe lama sungguh sampai terpaksa google cara-cara nak buat gam ni.

aimi ada projek sekolah nak kena siap dan submit minggu depan. nak jimat kos kita buat gam sendiri la. gam ni di warnakan pink. saja ja for fun dan lagi pun aimi nak kena warnakan pink bahagian luar tu.

kalau dulu-dulu buat gam in tak ada letak garam. masa google banyak blog mat salleh suruh letak garam. fungsi dia untuk menghilangkan bau tak sedap gam tu dan juga mematikan kulat. ada juga resepi yang guna gula dan cuka.

gam ni tahan antara 3 - 4 minggu dalam peti sejuk. sesuai untuk projek seni anak-anak sebab tiada bahan kimia dan tidak bertoksid.

Bahan-bahan
500ml air
1 sk pewarna (optional)
4 sb tepung ubi kayu
1 sk garam

Cara-cara
1. Sekiranyanya menggunakan pewarna. Satukan air dan pewarna di dalam periuk kecil sehingga sebati.
2. Masukkan tepung ubi dan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati.
3. Panaskan di atas api sederhana dan sentiasa di kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Friday, December 14, 2012

projek topi





hari selasa ni adam ada hat extravaganza parade kat sekolah. budak-budak kena pakai topi handmade ke sekolah. 

topi yang paling cantik ada habuan dia. cikgu bagi masa 2 minggu untuk siap. macam biasa parents kena tolong sikit-sikit ja. mana la reti budak ni nak buat topi. last-last mak dia jugak yang buat. kalau tak buat nanti dia sorang pulak yang tak bertopi ke sekolah hari selasa ni. 

dengan limited resources ni saja la yang mampu mama buat. maka terhasil lah topi dari watak kucing buku cerita dr. seuss "the cat in the hat" . 

Monday, October 24, 2011

adam's graduation

semalam berlangsung majlis graduasi dan konsert tahunan tadika Adam di Bangunan RISDA Jalan Ampang. Adam satu-satunya anak mama yang graduate kat Malaysia. kakak Alia dan Aimi lulusan obersi hahaha 


tak banyak gambar yang di ambil sebab lighting kat dalam dewan teruk. sound system pun ntah apa-apa. boleh budak-budak tengah syok nyanyi-joget lagu stop. budak-budak pun boleh aik? potong stim.


overall konsert tahun lepas lebih menarik dan menghiburkan.

pentas di hiasi hasil kerja tangan pelajar-pelajar tadika


persembahan aksi ganas tae kwan do. 
acara memecah piring tak dapat buat sebab pentas agak sempit.
piring-piring milik mama is a big NO ok...


posed untuk mama setelah dapat sijil. 
segak aih! hero mama sorang ni

 I paid RM50 for this costume. 
akan di jadikan baju melayu tahun depan :-)
nak kena cari kain yang sama untuk buat baju.

persembahan terakhir lagu Hijau dari Zainal Abidin



Alhamdulillah, pagi ni dah pun selesai buat
bayaran pelbagai untuk Adam di SRK Setiawangsa. 
tahun depan Adam dah masuk darjah 1. sempat ke tak ... ;-)

.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, October 25, 2010

buzy weekend


 last saturday I went to one of my high school friend's wedding. the theme was red and gold. from the pelamin, tabel setting, canopy to her wedding dress. very nice an bold.
the best part was the wedding planner is her best friend also my highschool mate.
congratulations to Aida & Khairul.




seronok tak terkira sebab dapat jumpa kawan-kawan lama yang terpisah sejak 1992. lama tu!
if it is not because of Aida's wedding susah betul nak jumpa. ada yang fly dari Singapore.
turun dari utara. naik dari selatan. merata la....so thank you Aida for the invitation.


 



 
ahad pulak attend year end concert Young Ambassadors di Depalma Ampang.
 this time Adam kena perform Boria Pulau Pinang. total I spent about RM100++
for this 5 minutes performance!!
ticket for the concert was RM70.00 for adult which incudes lunch,
the shirt  and shoes I bought roughly about RM40.00
and RM25.00 for costume accessories. kindy-kindy kat KL ni memang buat duit...





                  







Thursday, April 22, 2010

earth day


this picture was taken back on the 22th April 1992 @ mrsm beseri, perlis. we were celebrating the earth day. hello classmates! how are you doing? most of us are connected by facebook. we meet again after almost 18 years. thanks to the modern techonology!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...