Wednesday, January 1, 2014

cinta bertamu di abu dhabi!!

ewah! tajuk bukan main lagi .. saja nak cerita kami dah jejak ke abu dhabi hujung minggu baru ni. budak-budak tengah cuti winter.

perjalanan dari muscat ke abu dhabi lebih kurang 524 km dengan memandu selama lebih kurang 6 jam. bergantung jugak la kalau banyak kali berhenti dan sesat. kesesakan di sempadan lagi. alhamdulillah trip kami smooth ja :-)

rupa pos kawalan sempadan oman dan uae. dari oman kita keluar melalui pos sempadan Wadi Al Jizzi (Oman) (pos ni khas untuk expat) - 24°13'23"N 56°9'45"E   pandu lagi lebih kurang 30 minit kita akan sampai ke  pos sempadan sebelah uae di Hili  (UAE) - 24°15'45"N 55°46'4"E



ini ialah buraimi gateway. satu landmark yang menarik kita akan lalu untuk ke sempadan uae. gate ni juga sebenarnya sebuah muzuem. ada a few jugaklah gate macam ni kat oman.


alhamdulillah kami sampai di masjid sheikh zayed - 24º24’35.35" N 54º28’36.53" E semasa khutbah sedang berkemundang. rezeki untuk bersolat jumaat di sini. boleh tonton virtual tour di sini


keindahan masjid ni tak payah nak cerita lagi lah. satu dunia dah tahu. jika ke abu dhabi harus lah jejak kaki ke sini.



kami menginap di one to one hotel - the village. lokasi hotel agak jauh sedikit dari corniche. kami pilih hotel ni sebab ada free parking sendiri yang luas. lokasi hotel agak sunyi dan tak sibuk. memandangkan kami drive so tak ada masalah nak kemana-mana. yang penting free wifi :-) 


seperti kebiasaan kalau bercuti ke abu dhabi mesti banyak gambar-gambar bangunan. syurga bagi para arkitek. malas nak upload gambar bangunan kat sini. ferrari world la dan shopping mall yang bersepah dengan gaya rich and famous. kalau nak tengok juga sila google. banyak kat internet. 

mari kita tengok gambar yang jarang-jarang orang pos kalau ke abu dhabi. pasar ikan 24°30'49"N 54°22'29"E ! pasar sayur dan buah 24°31'0"N 54°22'46"E ! souq karpet 24°30'44"N 54°22'49"E!

meriah seafood kat abu dhabi ni. banyak choice. harga tak jauh beza dari malaysia. ni kami pergi pagi-pagi lepas breakfast mee goreng sedap buat sendiri dan bawak bekal tuna sandwich (buat sendiri jugak)  kat hotel :-) lepas asar kami pi lagi market ni ... nanti kita cerita kat bawah sebabnya ...



seronok jalan-jalan tengok suasana pasar buah dan sayur. manggis dan rambutan pun ada yang di import dari thailand. nurseri pokok-pokok pun meriah. belakang nurseri ni pasar iran. segala macam benda ada jual kat sini. periuk sebesar-besarnya. pinggan mangkuk. semua perkakasan rumah la ada kat sini. yang bangunan tu pulak semua kedai karpet. ada tiga deret semua. pilih la kedai mana nak masuk.


jeng! jeng! suka tak? mesti akak-akak suka kan? sila la cuci mata. dalam hati rasa macam nak borong semua. tapi kita setakat cuci mata saja. benda tak di perlukan.



tajin seramik dari china. yang kat atas tu plastik. kayu api pun ada. sesuai ni bawak pi camping. cuba tengok alat bbq tu. siap ada kipas. boleh tempah kat malaysia. cheq beli dua karpet yang ringan dan boleh lipat macam sejadah. karpet kat rumah tak cukup bila ada majlis.


di sebelah petangnya kami pi market lagi sebab ni. rupanya kita boleh beli seafood kat market tu dan hantar ke kedai-kedai panggang kat situ. dia orang akan bakar untuk kita. harga per kilo. kami beli udang sekilo. sedapnya la .... makan kat bus stop. hahaha kat situ tak ada tempat duduk. kedai memang khas untuk panggang dan take away sahaja.


posing sementara menunggu udang siap. opkos orang tak nampak la hehehe


harga petrol di uae. tak banyak beza dengan malaysia tapi lebih kualiti. 1 dirham = 0.89 RM . masa nak balik suhu 12C ... sejuuk la berangin


21 comments:

  1. abu dhabi? mampu tengok dan baca je... 6 jam tak la jauh sgt dari oman ya mala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banayak benda mampu tengok ja kat abudhabi ni. nasib baik dekat .. sbb tu boleh sampai. alhamdulillah

      Delete
  2. cantik abu dhabi...pasar2, tempat cuci mata pun byk...paling suka udang panggang tu! tahun lepas tgk drama rindu bertamu di abu dhabi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik mmg cantik. bersih pun ya. udang tu mmg marvelous! curi-curi title drama la tu :-)

      Delete
  3. tgok pd seni bina mmg hebat org sanakan..cantik sungguh masjidnya...

    tak tengok ke bermcm2 jubah kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina sana mmg menakjubkan ... tak tgk la jubah knor sbb kat sini pun banyak :-)

      Delete
  4. anim pun suka jalan2 dimarket tau mala berbandng bangunan2 yang terkenal..mesti nak p tempat yang orang lain tak p...

    p.s anim masih di SP. pertukaran tak lulus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu anim. mmg prefer pergi tmpt yg orang tak pergi. sbb mcm dah biasa sangat. lebih suka tengok kehidupan penduduk tempatan.

      Delete
  5. Selamat tahun baru Mala.....

    memang kepingin tau nak kesana....tapi belum berkesempatan lagi.....cantik sangat masjid tu kan....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik ... kalau nak pergi sana pergi hujung tahun atau awal thn sbb musim sejuk.

      Delete
  6. Ya Allah... tengok rekabentuk masjidnya pun dah nampak cantik sangat mala. Kalau solat pun pastinya terasa khusyuk dan nyaman melihat suasananya.

    Tajin tu menariklah mala. Kalau dekat nak kakak angkut satu hihi..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Mala,
    Kami dah banyak kali plan nak ke sana.. and banyak kali jugak plan kami terpaksa dibatalkan.
    Dah la cuti sekolah anak-anak ni susah nak dapat yang sama waktu.
    Pi tak Ferrari World?
    Anak K.Sham cuma nak pi sana and pi mandi kolam jer.

    ReplyDelete
  8. salam ..selamat tahun baru memang entry penutup yang menggamit memori la ni.. bestnya p jalan2 dubai... lambatlagi ke nak balik malaysia ni .. tengok periuk belanga tu memang wani dah lama berkenan nak tajin seramik tu yg ada penutup tu.. ni gara2 tengok channel TLC ..nampak best je buat masak :))

    ReplyDelete
  9. cantik je tengok....

    dah lama berangan nak p situ...tapi apa kan daya.. belum berkemampuan..keh keh keh....

    ReplyDelete
  10. Ya Allah untungnya dapat melihat tempat orang...blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Cantik2 pic ..bdk2 nmpk seronok jew kn..abu dhbi mmg cntik..suami prnh keja kt sana..

    ReplyDelete
  12. Assalam mala
    Mcm! Tajuk drama yg lepas ni he hee
    Menarik semuanya, untung dpt tgk tempat org mala ni
    Dpt tgk gambar mala pun jadilah sb nk sampai sana entah bila he hee

    ReplyDelete
  13. salam mala…..wah!!!dia cuti winter Abu Dhabi ye. bestnye…..mmg rare betul le shots yg u al post ni. heheh!!!!

    ReplyDelete
  14. cantiknya view2 ..seronok dapat melihat negara org ni..salam ukhuwah dari ana..buat mala

    ReplyDelete
  15. Cantik2 tempat ni...bangunan masjidnya pun tersergam indah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...