Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

Friday, October 25, 2013

chapati dan kuah dhal


pagi ni kita sarapan homemade chapati cicah kuah dhal ... actually ada interframed belen sambal bilis hehehe tak masuk dalam gambar. nak jugak makan rasa pedas macam kat malaysia kan kan kan baru syok makan.

resepi chapati dari lynnsham

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
225 gm tepung atta
1 sb minyak sapi
125 ml air suam (atau susu utk chapati yg lebih lembut)
secubit garam
sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati (tak buat)
sedikit tepung atta, untuk proses mencanai


Cara-cara
1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.




resepi kuah dhal dari s_shamen

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cwn kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat) - tak letak
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
1 inci halia diracik *
2 biji bawang putih diracik *
3-4 biji bawang kecil dimayang *
sedikit daun kari *
sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis *
1 sk biji sawi (mustard seed) *
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)- ganti cili kering
minyak untuk menumis
garam dan gula sesedap rasa

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
2. Bila kacang dhal dah agak agak empuk, masukkan carrot dan kentang ke dalam rebusan dhal tadi dan teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3. Kemudian masukkan pula terung dan cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak. (tak buat)
4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda * (termasuk cili kering) sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
5. Rasakan garam dan gula ikut selera masing masing-masing dan siap.


Friday, September 13, 2013

asam pedas papajoh


asam pedas ikan kacang-kacang berlada hitam dan daun selasih


tau dah ikan ni nama apa. ikan kacang-kacang .. betoi dak? hari tu kan ingat ikan parang. hahaha salah rupanya. 

balik summer hari tu seminggu sekali jadi drebar teman mama pi market kepala batas. dok tanya la ikan ni nama apa?, ikan tu nama apa? masa muda tak mau tanya. buat tak tau saja masa mama dok pilih ikan. bila tua tak kenai ikan!

kali ni masak asam pedas pulak. try resepi dari papajoh dari singapore. letak daun selasih. maklum la pokok selasih tengah suboq ;-)

resepi dari papajoh

Bahan-bahan
1 sk lada hitam
4 sb pes cili (15 cili kering, rebus dan kisar)
3 ulas bawang putih
1/2" halia
2 biji bawang besar  - cincang/kisar
1/4 sk serbuk kunyit
2 batang serao - di ketuk
800gm ikan kacang-kacang (barrracuda)
1 biji limau purut - di ambil jus
6 - 8 keping daun selasih - di koyak kasar (boleh di ganti dengan daun kesum)
2 sb minyak masak

garam secukup rasa
2-3 cwn air


bendi }
tomato } mala tambah

Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia sehingga menjadi pes. Kisar cili kering bersama bawang besar.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan di atas dan serai yang telah di ketuk sehingga wangi dan masukkan serbuk kunyit.
3. Masukkan air dan perah limau.
4. Setelah kuah mendidih masukkan ikan. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun selasih. Biarkan masak selama 10-15 minit.

Friday, September 6, 2013

daging kaprau


pertama kali rasa daging kaprau ni di Ali Tomyam kat dato keramat setelah di cerita oleh kakjee kat blog dia. memang sedap masakan dan puas hati kalau makan kat situ. nak tau lebih klik kat link atas.

dalam lauk ni mala tambah kacang panjang. kat rumah ni tak suka masak banyak-banyak lauk sebab selalu tak habis. setiap kali masak akan tambah sekali sayur-sayur yang ada. lagi pun lauk ikan sambal yang semalam ada lagi (kan dah kata tak habis). panaskan balik dalam rice cooker. lepas nasi dah masak letak ja dalam bekas pengukus plastik yang dapat sekali dengan rice cooker.


my selasih ... tanam masa sebelum balik cuti. memang dah kering kontang pokok ni sebab panas. balik ja dari cuti suka tengok bila nampak si selasih sihat walafiat. senang hidup pokok ni. ntah brapa kali ubah tempat. cabut tanam, cabut tanam. masih hidup lagi.

resepi dari kakjee

Bahan-bahan
250 gm daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam) (mala guna daging cincang)
2 sb pes tomyam (mala guna pes cili thai)
5 - 10 cili api -  di ketuk, ikut tahap kepedasan
3 ulas bawang putih - di cincang (mala tambah)
2 labu bawang besar - dibelah lapan dan dileraikan
1 sb kicap manis
1 sb sos cili Thai
1 sb sos ikan (nampla) - (mala tambah)
hirisan kacang panjang - (mala tambah)
segenggam daun selasih

Cara-cara
1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu pes tomyam selama ½ jam. 2. 2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
3. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan nampla, terus goreng. Masukkan kacang panjang dan daun selasih yang telah dipetik, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Thursday, April 25, 2013

singgang tumis ikan parang



beli ikan parang tapi tak tau nak masak macamana. macam best ja nampak orang dok pegang sekor-sekor ikan parang kat market. kita pun beli jugak. setelah chatting dengan cmelor beberapa resepi di cadangkan tapi kerana bahan mentah dak cukup terpaksa di lupakan. tanya jugak kat husband nak masak apa ikan parang ni. sekali dia email resepi matgebu ni nampak sedap. padahal dia tak suka lauk singgang. 

tak pa la kita masak jugak la lauk singgang ni. kita memang suka lauk macam ni. takut dia saja la yang tak boleh nak telan. tapi dah standby sambal belacan dan satu lagi lauk sambal tumis.

ini lauk hari selasa 23/4 ... masa tengah makan tiba-tiba husband cakap ni bukan ikan parang ni. barracuda kot! lantak la ... janji sedap

resepi dari cmg

Bahan-bahan
3 keratan ikan parang, cuci bersih*
3/4 st serbuk kunyit*
sedikit garam* (*digaul rata dan perap sekejap)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1/2 kiub ikan bilis (optional)
1 st pes asam jawa
1/2 st serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
hirisan daun sup untuk hiasan - tak dak daun sup ganti daun ketumbar


Cara-cara
1. Ikan parang digoreng tapi jangan sampai garing, biar lembap2 saja. Angkat dan toskan. Malas nak goreng ... masak atas magic grill pan :-)
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Bila mendidih, masukkan ikan dan belahan cili hijau. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..

Monday, December 17, 2012

bergedil daging



resepi dari DianaA

Bahan-bahan ( 30 biji )
1 kg kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 g daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cwn bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 st serbuk lada putih
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

Saturday, November 10, 2012

ayam afrika


resepi dari kakmars

Bahan-bahan
ayam setengah ekor potong kecil
3 biji ubi kentang – hiris atau wedjes
3 ulas bawang merah – di hiris*
2 ulas bawang putih – di hiris*
1/2 inci halia – di hiris*
2 batang serai – di titik*
1 bawang besar - hiris bulat
1 st lada hitam - dikisar
2 sb kicap manis
2 sb kicap pekat masin
1 sb sos tiram
1 sb madu
garam secukup rasa - optional 
1 st cuka - optional
hirisan cili padi - optional

Cara-cara
1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam, sedikit kicap masin dan kicap manis. Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.
2. Goreng ubi kentang pula hingga empuk.
3. Kurangkan minyak anggaran sesenduk kecil dan tumiskan bahan * hingga naik bau. Masukkan sos tiram kacau lagi. Masukkan ayam, ubi kentang serta lada hitam dan gaul rata.
4. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul lagi.
5. Bila sudah mesra, masukkan hirisan bawang besar. Kacau lagi sedikit hingga bawang sedikit layu. 
6. Akhir sekali masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. 7. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa hirisan cili padi sebelum diangkat dari kuali.

Monday, October 22, 2012

tom yam thai


tak dan nak garnish apa-apa dah sebab husband nak sampai anytime untuk lunch. teringin nak makan tomyam walaupun baru last weekend dinner tomyam kat luar. bahan tak cukup sebenaqnya. lengkuas tak dak, daun limau purut dah habih. tak kira nak masak jugak tomyam. guna saja apa yang ada.


resepi dari intanimalina

Bahan-bahan
2 batang serai - ketuk
1 inci lengkuas - hiris
5-8 helai daun limau purut
2 sb pes cili thai 
1 kiub tom yam
10 biji cili padi - ketuk
3 senduk air limau purut
daun bawang - ganti daun ketumbar
1/2 cwn susu cair
garam - secukup rasa - ganti sos nampla
air (setengah periuk)
3 biji tomato
cendawan
lobak merah - tambah
kobis bunga - tambah
ayam
udang
sotong

Cara-cara
1. Rebus serai, daun limau purut dan lengkuas sehingga air mengelegak.
2. Masukkan pes cili thai dan kiub tom yam dan kacau sebati.
3. Masukkan bahan mentah dan garam/nampla.
4. Masukkan cili padi, cendawan, air limau purut, daun bawang dan susu cair.
5. Biar menggelegak seketika, baru lah di masukkan tomato.

Thursday, October 4, 2012

steak salmon bersama sos putih


pertama kali beli dan masak ikan salmon. biasanya kalau di hidang ikan salmon memang tak sentuh sebab tak suka la hanyir. tapi bila nampak kaknoor di brunei buat salmon bakar nampak macam best ja. terasa nak cuba. dah tu ternampak pulak resepi ni kat myresepi. lain kali kita buat cara kita la cicah kicap dak pun ayaq asam.


resepi dari skyblue

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon 
1 sb minyak zaitun
secubit garam
secubit lada hitam

Bahan-bahan untuk sos
2 sb mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sb tepung gandum
1/2 sk daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cwn susu segar
secubit garam
secubit lada hitam

Cara-cara
1. Sediakan sos: Panaskan majerin dalam periuk kecil, tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sehingga mendidih sambil di kacau-kacaukan. Matikan api dan ketepikan.
2. Ikan di lumur dengan minyak zaitun dan tabur garam dan lada hitam. Gorengkan dalam kuali leper non-stick sehingga perang/masak.
3. Boleh di hidangkan bersama butter rice atau kentang putar atau sayuran yang di celur.

Tuesday, October 2, 2012

asam pedas melaka


6 bulan dok di oman ni first time masak asam pedas. adam dengan abah siap hirup dan cicah roti kuah asam pedas ni. sama ada sedap atau pun dah lama tak makan ;-)

resepi dari junjs11

Bahan-bahan )
3 keping ikan tenggiri/kembung
3 biji bawang merah*
10 biji cili kering *
1/2 inci halia *
1 st jintan manis *
1 st jintan putih *
1/4 st lada hitam *
1/2 inci kunyit hidup *
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar - hiris
1/4 st biji sawi
1/4 st halba
2 tangkai daun kari
1 mangkuk kecil air asam jawa 
air secukupnya
1 biji tomato - belah dua
5 biji kacang bendi
1 serai - di ketuk
1/2 bunga kantan
daun kesum
minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar halus semua bahan bertanda *. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar, biji sawi, halba dan daun kari. Masukkan bahan kisar dan biar pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Biar mendidih. Setelah mendidih masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
3. Masukkan garam dan gula, biar hingga masak.

Tuesday, September 25, 2012

hati masak rempah


this lauk is sedaaap! gerenti bertambah nasi ..

resepi dari waheedeana

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
½ kg hati ayam/lembu – dicuci dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir dan rebus separuh empok. hiris dan gaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan di goreng
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sb ketumbar *
½ sb jintan manis * bahan* di kisar bersama
1 batang serai – diketuk
2 pelepah daun kari
1 sb penuh rempah kari daging
2 sk serbuk lada/cili 
1 sb kerisik
air secukupnya
garam, gula dan kiub/serbuk pati ayam/lembu secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Sediakan hati ayam/lembu sepeti arahan di atas dan ketepikan.
2. Kisar halus bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi dan garing.
4. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
5. Masukkan hati yang telah siap digoreng tadi dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pada kepekatan yang di kehendaki.
6. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. 

Wednesday, September 12, 2012

sambal telur (kuning x) pecah


lama dah buat ni. masa nampak matgebu keluar resepi ni terus berkenan tapi  kita punya versi tak pecah. mama please don't break the egg yolk ... maka jadi la sambal telur kuning tak pecah

resepi dari cmg


Bahan-bahan
4 biji telur gred B
2 senduk nasi cili kisar
1/3 cwn jus asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
hirisan daun bawang sebagai hiasan

Bahan tumbuk halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci halia
1/2 inci belacan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis dengan api kecil hingga garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan sedikit air, masak hingga pekat.
2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata. Buat 4 lubang pada sambal tadi, pecahkan sebiji telur dalam setiap lubang tadi, masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kemudian perlahan-lahan gaulkan dengan sedikit sambal pada telur tadi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
3. Tabur dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan (jika suka) sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

Monday, June 11, 2012

terung goreng telur berkicap


lauk yang ringkas dan sedap. boleh terlupa lauk lain sebab ralit dok makan terung saja, terpepak cili dan bawang. fuh!

resepi dari ietabeepee

Bahan-bahan
1 biji terung panjang ( saiz besar)
1 biji bawang besar - dihiris
5 - 10 biji cili padi - di hiris
kicap lemak manis 
1 biji telur
secubit garam

Cara-cara
1. Buang kulit terung berselang seli atau ikut suka.
2. Potong terung 3 atau 4 bahagian sebelum di belah 6.
3. Celup terung ke dalam telur dan goreng hingga terung masak.
4. Dalam pinggan satukan terung, bawangda n cili kemudian tuangkan kicap dan gaul.

Sunday, June 3, 2012

nasi ayam panggang

inspirasi dari huda ...

menjamu seorang jiran dari rumah transit dan juga jiran di rumah tetap. oh ya... kami dah pindah masuk rumah tetap. jiran ni lone ranger kat muscat dah dekat 3 bulan. kesian dia tau. hari-hari makan maggi. siap offer la kat kami nak maggi tak :) hahaha tengah bulan ni baru famili nak datang. jemput la dia makan nasi sebelum pergi sembahyang jumaat.

mala buat dua ekor ayam. dinner pun nasi ayam juga. sekor guna resepi huda, sekor lagi kicap madu. gambar nasi tak snap ...


Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 btg serai
2" halia
2" lengkuas - x letak
5 biji cili padi
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk lada putih
garam secukupnya

Rempah tabur untuk ayam
1 sb garam + 1/2 sb serbuk lada hitam + 1/2 sb serbuk lada putih + 1/2 sb serbuk bawang putih + 1 sb serbuk halia

Sambal
10 biji lada merah
2 ulas bwg putih
1" halia
1/4 cwn cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Bawang besar dipotong empat. Bawang putih, serai, halia, lengkuas dan cili padi diketuk.
2. Masukkan semuanya ke dalam periuk dan isikan air secukupnya.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan didihkan air.
4. Kecilkan api dan masukkan ayam. Renehkan selama 15 minit. Keluarkan ayam.
5. Satukan rempah tabur untuk ayam dan gaul rata. Lumurkan rempah pada ayam dengan rata.
6. Masukkan ke dalam oven bersuhu 180C dan panggang hingga ayam garing. guna rotisseries
7. Sambal - Kisarkan semua dan sesuaikan rasa masin dan manis. Siap untuk dihidang bersama ulaman yang disukai.

  • Gunakan air rebusan untuk memasak nasi. tambah serbuk kunyit untuk warna kuning
  • Asingkan sedikit air rebusan dan tambahkan kicap.
  • Selebihnya untuk sup. tambah celery, carrot, kentang.


adam nak posing jugak :-)

Thursday, March 1, 2012

ikan merah kukus ala thai


kelmarin punya lunch .....

Bahan-bahan
1 ekor ikan merah - siang dan cuci bersih
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 batang serai - hiris
2 - 3 biji cili padi - hiris
1 biji limau - belah dua
1/2 cawan air
sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

daun ketumbar
1 biji tomato

Cara-cara
1. Lumur ikan dengan sedikit lada sulah dan garam. Sumbat sedikit bahan hiris ke dalam perut ikan dan letak di atas pinggan tahan panas.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis lebihan bahan hiris sehingga wangi dan letakkan sedikit air, sos ikan dan perah asam limau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula.
2. Tuang ke atas ikan dan masukkan ke dalam periuk kukus. Kukus sehingga masak. Keluarkan dari periuk kukus dan letak tomato dan daun ketumbar.

Friday, February 24, 2012

ikan talang masin masak asam


my mama's style!

Bahan-bahan (tak dak sukatan ok, agak-agak saja banyak mana nak masak)
isi ikan talang masin - rendam sebentar dan tos. goreng garing, ketepikan
cili kering - kerat 2-3 bhg, rendam lembut dan tos
bawang besar - hiris bulat
bawang putih - hiris
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga agak lembut masukkan air asam jawa.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang dan gaul sebati. Siap.



sila-sila tambah nasi!

Friday, February 3, 2012

sup ketam enoki



ni lauk hari ahad lepas. anak-anak tengah syok makan enoki. masak segala macam sup nak letak enoki. boleh beli kat pasaraya.

Bahan-bahan
5 ekor ketam - potong dua cuci bersih
1L air

1 paket rempah sup* (bunjut, kayu manis, buah pelaga, cengkih)
2 ulas bawang merah - hiris*
2 ulas bawang putih - hiris*
1 inci halia - hiris halus*
serai - ketuk*
lada hitam - tumbuk kasar *


lobak merah
seleri
cendawan enoki
tomato - lupa letak

daun bawang dan sup untuk di tabur


Cara-cara
1. Tumis bahan * hingga wangi dan masukkan air. Didihkan.
2. Masukkan lobak merah. Dah agak lembut masukkan ketam, seleri dan cendawan.
3. Didihkan sekali lagi. Siap.


enjoy the looooooooong weekend! :-)

Wednesday, January 11, 2012

lauk oh lauk ...


cencaru sambai taruh ataih

kacang panjang goreng kicap bertelur :-)

hari ni keluar masuk total 6 kali sebab kakak dah mula dengan aktiviti beruniform/kelab.

masak pun ntah apa-apa. ikut dan saja. aik? dua lauk saja? ada satu lagi lauk tapi lauk beli.

nasib baik rumah dekat dengan sekolah dan medan selera setiawangsa. kebetulan kena ke kedai buku sekolah ambik kesempatan singgah sekali medan selera. 

beli gulai ikan masin dari gerai favourite dan harga cukup ekonomi. pemilik gerai orang Baling. memang kena dengan tekak. gerai lain minah indon yang masak tak tertelan. lauk nak melayu tak melayu, indon tak indon ...

Friday, January 6, 2012

sambal kentang ikan bilis



lauk ringkas untuk tengahari ni ...

resepi dari lina_pg

Bahan-bahan
( 3-4 orang makan )
4 biji kentang
1 cwn ikan bilis belah
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sb cili boh (boleh dikurang/tambah)
2 sb sos tiram
1-2 sb madu (option)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara
1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan.
2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan .
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan cili boh, tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.


Thursday, December 22, 2011

masak apa hari ni?

 

for lunch cum dinner today.
ikan apatah masak kicap dan kari udang berkobis 
saya masak sekali saja sehari. 
apa untuk lunch itu lah untuk dinner
sampingannya ada sambal belacan (buat stok seminggu)
dan acar ikan kurau member ofis husband bagi :-)

11:15am tadi dah siap masak. 
ini pun dah lewat kalau tak 10:30am dah ready semua.
cuti-cuti sekolah ni lagi cepat masak, lagi cepat budak-budak kat rumah makan.
lagi cepat la depa lapaq balik!

11:30am adam dah jerit nak makan nasi.
11:45am nak pi makan nasi dah ni.

for breakfast this morning
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, November 18, 2011

sambal udang kerisik


selalu kalau mertau di kedah masak sambal tumis memang letak santan. sambal berkerisik ni belum pernah makan. kita masak agak-agak saja tak ikut sukatan resepi sebab udang tak sampai 500gm. masa menumis wangi je bau ... sedap sambal ni.

resepi dari nuridah
sumber dari ady


Bahan-bahan
500 gm udang galah, dibuang kulit
30 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 sb jintan putih } di kisar  serbuk
1 inci halia
½ biji kelapa dijadikan kerisik
1 cwn santan pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk ketumbar
minyak untuk menggoreng
daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara-cara
1. Goreng cili kering dengan sedikit minyak dan angkat. Kisarkan bersama-sama bawang merah, jintan dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi hingga garing, kemudian masukkan serbuk ketumbar.
3. Masukkan udang, santan, air asam jawa, kerisik, serta bawang besar yang di mayang tadi. Angkat bila udang telah kelihatan kemerah-merahan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...