Thursday, March 1, 2012

ikan merah kukus ala thai


kelmarin punya lunch .....

Bahan-bahan
1 ekor ikan merah - siang dan cuci bersih
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 batang serai - hiris
2 - 3 biji cili padi - hiris
1 biji limau - belah dua
1/2 cawan air
sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

daun ketumbar
1 biji tomato

Cara-cara
1. Lumur ikan dengan sedikit lada sulah dan garam. Sumbat sedikit bahan hiris ke dalam perut ikan dan letak di atas pinggan tahan panas.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis lebihan bahan hiris sehingga wangi dan letakkan sedikit air, sos ikan dan perah asam limau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula.
2. Tuang ke atas ikan dan masukkan ke dalam periuk kukus. Kukus sehingga masak. Keluarkan dari periuk kukus dan letak tomato dan daun ketumbar.

12 comments:

  1. as-salam Mala
    look delicious ikan merah kukus ala thai ni..blh di cuba...tq Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady, do try this recipe. ringkas, senang dan sedap.

      Delete
  2. Salam Mala...
    kalau ikan stim memang kesukaan kite...sedap kuahnya tu..

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnye...meleleh air liur abis basah baju kita,,;-)

    ReplyDelete
  4. ikan merah ni buat sup pun sedap kan. aduhh kalau la dapat y segar best nyerr.. mcm dalam gambo tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul izah. selalu juga buat sup ikan guna ikan merah ni.

      Delete
  5. hang punya pasai la aku sekrg masak suka guna sos ikan.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ya ka? jgn boh byk2 tau!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...