Friday, March 2, 2012

langsai pinjaman


baru balik dari klcc ambik surat di atas iaitu penyata baki penyelesaain pinjaman perumahan. cepat jugak siap pergi minta hari rabu, jumaat dah dapat.

sesiapa yang nak selesaikan pinjaman pergi ke bank masing-masing dan jumpa officer bahagian pinjaman rumah dan bagitau kata nak penyata baki untuk bayar melalui kwsp. itu saja, jgn lupa bawa ic :-)  nak collect surat yang dah siap nanti pun kena bawa ic.

seterusnya boleh ke website kwsp bahagian form dan download form KWSP 9C (AHL) - Application for Housing Withdrawal (Reduce/Redeem Housing Loan) dalam Adobe format. ada lagi dokumen sokongan yang perlu di bawa seperti salinan S&P. husband pun buat jugak maybank setiawangsa siap bagi semua salinan dokumen termasuk salinan geran rumah. yang klcc ni malas gamaknya dia cuma bagi surat S&P kita kena fotokopi sendiri. banyak alasan dia kata dokumen tu semua under security.

hari isnin dah boleh pi kwsp untuk keluarkan duit dari akaun 2 untuk langsaikan pinjaman bank. baki pinjaman ada lagi RM36K ++. kalau tak selesaikan pinjaman ni sekarang, nak kena bayar bulan-bulan sampai 2022! pinjaman ni dah pernah refinance tahun 2002 sebelum ke brunei.

jika niat nak langsai hutang dan hidup tanpa hutang kena kuat bila berada di kwsp nanti sebabnya (husband dah kena). kaunter staff kwsp akan cuba memujuk supaya kita buat potongan bulan-bulan ke maybank. ada ka patut dia kata duit yang kita bayar loan bulan-bulan selama ni kita boleh belanja. kenapa nak hold duit kita??


insyaAllah lepas ni dah tak ada tanggungan nak bayar pinjaman bank lagi.

leganya ....

9 comments:

  1. kalo hal rumah ni, suami yang uruskan, pernah juga cakap kat dia,ambik duit kwsp dan bayar, tp dia taknak...katanya sayang duit dalam kwsp tu susut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK, kita cuma keluarkan dari akaun 2 sj dan terpulang juga jumlah yg nak di keluarkan. tak semestinya keluarkan semua.

      Delete
  2. mala,
    bagus nye. rasa seronok kan biler dah bebas dari hutang ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana, insyaAllah nak selesaikan secepat mungkin. leceh la hutang2 ni ...

      Delete
  3. Alhamdulillah.. aku tompang legaaaa :)

    ReplyDelete
  4. :-) kwsp kata beres dlm 3 minggu

    ReplyDelete
  5. Orang yang dah lepas hutang, kita yang rasa lega... Hahaha...
    Alhamdulillah... happy for you both! Takyah fenin-fenin kefala... langsai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. esok baru betul2 lega. tak larat dah nak berhutang.

      Delete
  6. tahniah mala...satu lai ketenangan dlm hidup sudah kembali...bebas dari hutang....:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...