kek batik arora khas untuk birthday aimi yang ke 10!
pertama kali nampak kek batik arora ni di blog ady. walla! kaler dia mengancam betul. dah berkomen-komen kat ady di FB kata nak buat. dari sehari ke sehari.
butter tinggal seketul kat fridge. ni kira nekad tak ada plan punya. tiba-tiba saja jadi kek ni sempena birthday aimi. tak ada buat apa-apa pun sebab esok dah nak balik kampung cuti sekolah seminggu. so, ini lah dia birthday kek yang sempat mama buat.
ini juga mungkin baking project terakhir sebelum .......
resepi dari denuanza via ady
Bahan-bahan
250g mentega
100g gula kastor
1/2 cwn susu pekat manis
250g tepung gandum
6 biji telur
2 st baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
my choice of colors and flavors available in my pantry :-)
pewarna merah + esen ros
pewarna biru + esen vanilla
pewarna kuning telur + esen oren
serbuk koko + esen coklat
pes pandan
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang memutih.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul lagi. Ulang sehingga semua telur habis.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan ke dalam adunan. Pukul lagi sehingga adunan sebati
5. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Warna dan perisakan mengikut kesukaan.
6. Sediakan loyang. Tompok-tompokan setiap warna dalam loyang sehingga habis adunan (setiap tompok 1 senduk)
7. Bakar pada suhu 160-180C selama 45 minit - 1 jam.
as-salam Mala
ReplyDeletewow3!!!..What a beautiful cake..To be honest it look so gorgeous!!!.. i love how colorful your kek batik arora Mala...
wasalam ady, tq - tq :-) peram saja resepi mencari kekuatan nak membuatnya .
DeleteSalam Mala,
ReplyDeleterajin betul awak buat kek,Rahel belum berkesempatan buat kek batik arora ni,cantek sangat kaler dia kan..suke.
wasalam rahel, kebetulan la mmg nak mencuba resepi ni tapi tak ada mood nak buat kek. kebetulan la birthday anak. mala pun ambik kesempatan cuba.
DeleteAs'salam wahhh megancam warna nya meriah.....sure ank2 suka....npk gebus
ReplyDeletewasalam kak sheila, alhamdulillah anak2 suka sbb colorful gamaknya. bawak balik kampung sikit. mak pun suka!
Deletewoooow mala dah buat...jelesnya! colornya wow mengancam & menggoda la,,,ada lagi tak?? nak rasa cket ;-)
ReplyDeleteadoi la wiyah, ngam-ngam habis semalam :-)
Deletesalam mala...mcm mana nak deco kaler kaler dlm cake tu
ReplyDeletewasalam azumaya, mala cuma tompok2 kan dalam 2 sudu besar untuk setiap kaler. randomly tindih2 saja adunan tu. lepas tu mala hentak sikit loyang bagi atas dia rata. tak ratakan dengan spatula sebab tak nak kaler tu bercampur pulak belah atas.
DeleteAs salam,
ReplyDeleteSaya sgt jeles dgn org yg pandai baking ni tau! Bestnye :) Salam kenal!
wasalam marya, salam kenal juga.. follow u back :-)
Deletesedapnyer...cantik plak tu....geram tgk kaler nyer...
ReplyDeletenot bad kek ni... meriah sesuai la utk bawa ke majlis
Deletewah...cantik...rajinnya mala...=)
ReplyDeletecantik ke heheheh tq aine
DeleteMala lama x update blog..bz ea?
ReplyDeletetengah sibuk sikit aine ...
Deletesalam mala...ni link blog baru kak eni..blog lama kena godam ..tak leh sign in...
ReplyDeletesatu lagi mcmana nak set komen mcm mala...boleh reply komen atas komen...tq...:)