Showing posts with label beverages. Show all posts
Showing posts with label beverages. Show all posts

Friday, November 22, 2013

teh adani



jom minum teh arab hujan-hujan ni ... kalau nak order teh kat middle east ni kita sebut شاي (shai)tapi dah lama-lama sebut jadi chai

Bahan-bahan
1 batang kulit kayu manis, di patahkan*
3 biji buah pelaga, di pecahkan sedikit*
5 kuntum cengkih*
1/4 st serbuk halia*
3/4 cwn susu segar*
3/4 cwn air *
1 st serbuk teh
gula secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan semua bahan* ke dalam periuk kecil  dan panaskan di atas api sederhana.
2. Apabila mula menggelegak masukkan gula dan serbuk teh. Kacau perlahan.
3. Biarkan teh mendidih selama 1-2 minit dan tutup api.
4. Tapis dan sedia untuk di minum.

Wednesday, June 26, 2013

jus cinta

 

baru tau jus limau asam boi ni nama glamour dia jus cinta! buah limau ni besar jugak tapi kecik sikit dari limau yang biasa kita dok kupaih makan tu. tengok bandingan dengan asam boi.  jus dia memang banyak. rasa dia macam limau bali tak macam limau kasturi. mala buat dua jenis .. satu plain satu lagi dengan epal hijau. 

asam boi kesayangan di bawak dari malaysia. tinggal separuh tupperware. Ai kalau boring-boring, loya-loya, pahit-pahit lidah ni la ubat dia :-)


Bahan-bahan
limau kasturi (mala guna limau oman)
air
asam boi
air gula
epal hijau/kedondong (orang utara panggil buah amra) - optional

Cara-cara
Sukatan tak ada. Agak-agak ja la nak masam, manis, masin banyak mana. Kisar semua bahan kecuali asam boi. Tuang dalam bekas, letak kiub ais dan minum!
Untuk versi buah kalau suka boleh kisar sekali dengan epal hijau atau kendondong.

Friday, September 28, 2012

teh kurma


minum suam-suam ...  rasa fresh!

resepi dari syahmi

Bahan-bahan
4-5 biji kurma  (tidak perlu buang biji)
buah epal/pir  - potong dadu
3 sb gula 
600 ml air

Cara-cara
Rebus semua bahan-bahan sehingga gula larut dan mendidih. Hidangkan sejuk atau suam.

Thursday, July 28, 2011

jus limau kasturi asam boi


selalu kalau buat jus limau asam boi ni cuma kisar buah limau kasturi sahaja dengan air. kali ni kita cuba cara unclepali. kisar sekali dengan asam boi. nyaman! sambil masak sambil minum macam chef kat AFC hehehe :-)


resepi dari kakjee  unclepali punya style!

Bahan-bahan (1 gelas)
1 biji limau kasturi - di cuci bersih
2 biji asam boi - jangann di buang biji
1/2 gelas air

gula secukup rasa
ais batu secukupnya

Bahan-bahan
1. Kisar limau, asam boi dan air sehingga sebati dan halus. Tapis ke dalam gelas.
 (Asam boi dan limau tanpa buang biji dan kulit)
2. Tambahkan gula dan ais batu secukup rasa. Siap!



pokok buah limau yang di beli di pasar tani. nak kata tanam sendiri bukan la .. cuma tolong pindah masuk pasu, siram air  dan boh baja sendiri :) dah masak ranum ngam-ngam 3 biji
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, April 14, 2011

red ruby



Thai dessert: Tub-tim grob means crunchy ruby

Ingredients
water chesnuts/sengkuang cina
tapioca flour/tepung ubi kayu
red food coloring/pewarna merah
coconut milk/santan

Syrup - sirap gula
4 cups of water/air
230 gm sugar/gula
pandan leaves (cut into strips)

jackfruit slices/hirisan buah nangka (optional)


Method
1. Prepare the syrup first. Bring those ingredient of syrup to boil until smell of pandan leaves fragrant off the fire let it to cool down.( adjust sweetness to preference)
2. Wash water chestnut and remove skin. Dice water chestnut into cubes.
3. Add red colouring to the chestnut coating evenly (if too dry, add a little water)











4. Toss coloured water chestnut in tapioca flour.











5. Scoop the chestnuts into a strainer to get rid of the excess flour and put onto a dry plate and spray some water on it, and toss in tapioca flour again.











6. Repeat step 4 and 5 till you get the right size of ruby you want.
7.  Boil a pot of water. When boiling, dump the coated rubies in. The cooked rubies will float and show their beautiful color.











8. Scoop them up in a strainer and dump them in ice water.












9. Add 500gm of coconut milk to the cold syrup. Then add in the drained red ruby. Serve with crushed ice and sliced jackfruit.





Monday, December 13, 2010

air buah berkastard

resepi dari kakfida

Bahan-bahan
1 tin buah-buahan campuran1 tin susu sejat
2 tin (susu) air
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
secukup nata decoco

Cara-cara
1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau terus hingga mendidih dengan hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. Sejukkan.
2. Setelah sejuk, masukkan nata decoco dan buah-buahan campuran ke dalam adunan kastard.
3. Ketika hendak menghidang, masukkan secukup ketulan ais yang hancur.
4. Jika ingin air kastard nampak menarik lagi, masukkan sedikit pewarna kuning/merah ketika memasak air kastard.





Friday, August 27, 2010

lemon barley


barli di cuci bersih. rebus barli hingga lembut dan masukkan gula batu dan gula pasir. tiada sukatan hanya ikut selera masing-masing. sejukkan. perahkan lemon ke dalam air barli sebelum di hidang. tambahkan ais dan hirisan lemon sebagai hiasan.






Saturday, August 14, 2010

air bandung Carnation


resepi dari label krimer sejat Carnation

Bahan-bahan
250ml sirap ros
1/2 tiub cincau (dipotong dadu)
1 tin laici
500ml air
1/3 tin krimer sejat Carnation

Cara-cara
Bancuh sirap ros bersama air di dalam jug 2 liter. Masukkan cincau dan laici bersama ais. Tuangkan krimer sejat Carnation dan bancuh hingga sebati sebelum Menghidang.




Friday, May 14, 2010

jus limau nipis & asam boi


info from wikipedia
Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.

sedap dan boleh kuruskan badan. itu yang penting!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...