Wednesday, June 26, 2013

jus cinta

 

baru tau jus limau asam boi ni nama glamour dia jus cinta! buah limau ni besar jugak tapi kecik sikit dari limau yang biasa kita dok kupaih makan tu. tengok bandingan dengan asam boi.  jus dia memang banyak. rasa dia macam limau bali tak macam limau kasturi. mala buat dua jenis .. satu plain satu lagi dengan epal hijau. 

asam boi kesayangan di bawak dari malaysia. tinggal separuh tupperware. Ai kalau boring-boring, loya-loya, pahit-pahit lidah ni la ubat dia :-)


Bahan-bahan
limau kasturi (mala guna limau oman)
air
asam boi
air gula
epal hijau/kedondong (orang utara panggil buah amra) - optional

Cara-cara
Sukatan tak ada. Agak-agak ja la nak masam, manis, masin banyak mana. Kisar semua bahan kecuali asam boi. Tuang dalam bekas, letak kiub ais dan minum!
Untuk versi buah kalau suka boleh kisar sekali dengan epal hijau atau kendondong.

18 comments:

  1. akak kalau buat la apa pun mesti nampak sedap punya...buat air sirap pun bleh nampak terliur apatah lagi jus ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haish! tak dak la sedap mana pun ....

      Delete
  2. amboi...telan air liur saya tengok air ni..dh la tengah dahaga ni...ermmm...minum ribena jer la :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ribena pun sedap tambah laici :-)

      Delete
  3. Errrrr.. loya loya??
    Sila beri pencerahan sikit Tuan Rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek kaksham. kat oman ni mmg cerah selalu.... loya loya gatai ja hahaha

      Delete
  4. salam

    perrghhh sedapnye jus limau oman ni..

    ReplyDelete
  5. Salam dari jauh2 ni Mala...alahai! jus cinta....nama jus dah menggoda...sesuai utk org yng asyik masyuk cintan....yg dah berpuluh tahun bercinta lagila sgt sesuainya kan...:-)
    Ada segelas tuk akak takk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak cek. amatlah sesuai utk menghangatkan asmara hahaha

      Delete
  6. Aduhai kak.....sedapnya...

    mekasih bagii resepi...tapi payah nk dapat buah Amra tu...=)
    Auntie sebelah umh ade pokok tot, tapi segan nk mintak sesekali buah..=)

    ReplyDelete
  7. tapi jus cinta yg ada kat mesia ni kurang umphh la mala.
    depa guna jus ready made..
    kalau yang mala buat ni..memang terliur

    p/s entry mala tentang air guna kurma tu bawah tajuk apa ya. nak cari..stok kurma banyak ni..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mala suka Kalau blend sekali dgn Asam boi lepas tu kena tapis la. teh kurma ni ka? http://alamroon.blogspot.com/2012/09/teh-kurma.html

      Delete
  8. manalah nak dapat limau oman tu kat sini.. maknanya dia lagi besar dr limau kasturi dan limau nipis ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sebesar penumbuk kita

      Delete
  9. waduh waduh
    meleleh dah yong kat sini.

    ReplyDelete
  10. Ambooiii... jus cinta ke namanya. Yelah... itukan pengubat penangan cinta seperti loya-loya tekak, pahit-pahit lidah... hahaha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...