Wednesday, June 5, 2013

donut labu kakbesah


marathon menghabiskan tepung gandum sebelum balik cuti summer. resepi untuk 1kg tepung tapi mala buat separuh ja la. sapa pulak nak makan donut banyak-banyak kalau buat sekilo tepung. baru perasan kasar pulak gula kastor kali ni ...

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( 55 bj )
1 kg tepung
1 1/2 pkt yis segera mauripan (16g)
2 sb susu tepung
1/2 sb garam
300 gm labu yang telah direbus empuk
3 biji telur besar
1/2 cwn gula
1 cwn rata majerin
gula kastor secukupnya untuk ditabur pada donut

Cara-cara
1. Gaul rata tepung, susu dan yis.
2. Menggunakan pengisar cili, kisar telur dan gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, kisar lagi. Jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. Campurkan garam dan majerin, kisar hingga sebati.
2, Campurkan bahan-bahan yang di kisar ke dalam tepung dan uli hingga menjadi satu doh yang kenyal dan licin. Proses menguli lebih kurang dalam 10-15. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi)
3. Perap doh selama lebih kurang 1 jam. Kemudian gentel bulat doh lalu dileperkan. Susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Rehatkan doh sekali lagi sehingga mengembang.
4. Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah di buat lubang dengan jari lalu digoreng dengan api perlahan hingga masak kedua-dua bahagian. Setelah donut keperangan, angkat dan toskan minyak. Semasa donut masih suam, golek-golekkan ke dalam gula castor.

20 comments:

  1. salam MALA..
    wahhh!!malam2 tayang donut...npk gebu donut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady,
      baru 5:44pm kat sini :-) minum petang ..

      Delete
  2. Alahhhh..
    Tetiba lak rasa lapar.
    Walhal dah nak tidur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya makan donut malam2 hehehe

      Delete
  3. selalu makan donut kentang..ada labu pulak..

    p/s balik malaysia ke cuti summer ni? mesti best sambut posa kat M'sia

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time tukar ke labu lak

      mala sampai msia 4julai

      Delete
  4. Wah...Mala you memang pandai masak....macam2 jenis kuih muih!
    Anak2 i memang suka donut.....tapi mak nye tak brape pandai buat.
    Kadang2 tak brape menjadi...kurang mengembang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh ... jgn puji. masak tu tak pandai sebab tak minat sangat. tapi suka menerai kuih dan kek yg senang2 ja hehehe

      kalau tak kembang tu kadang yis tak brapa elok. mungkin dah lama. kadang suhu bilik tak brapa nak warm. tak naik la doh.

      Delete
  5. wah....gebu gebas je.....pasti sedap nie...tq kongsi resepi nie....

    ReplyDelete
  6. Assalam
    donut labu wah sedap tu
    lembut gebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam haáh mmg lembut donut ni

      Delete
  7. Wah wah SisMala... GEBUS!!

    ps: Yong sampai sekarang tak lepas lagi berdonut ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe donut gebus takpa jgn orang dia.

      Delete
  8. lama dah tak dtg cni sbb dah lama tak berblogwalking... gebusnya donut... sedapnye...

    ReplyDelete
  9. nnpk sedap dan gebuzz...
    anak2 suka mkn donut tapi mak nya ni pernah la buat jugak...tak berapa nak menjadi...
    tapi habis la jugak dimakannya cuma tak berapa lembut n gebuzz jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu mala buat tepung 500gm ja. tak brani nak buat 1kg tepung takut tak habih makan

      Delete
  10. nampak gebu....

    hmm... xpernah wat donut labu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...