Monday, June 3, 2013

roti bunga kacang merah

 


menghabiskan stok inti kacang merah dari huda. hehehe ada rupa bunga tak?

resepi dari cmg

Bahan-bahan ( 12 biji )
120 ml air
250 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/2 st garam
1 st yis kering
1/2 st bread improver 
1/2 st bread softerner (optional)

Bahan lain
inti kacang merah secukupnya -stok inti dari huda :-)
sedikit mentega untuk disapu
ceri untuk hiasan

Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "Bahan lain", ke dalam bread maker. Pilih setting untuk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat-bulatkan. Rehatkan 10 minit.
3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit).
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit.
5. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

18 comments:

  1. Aduhaiiii..
    Kejamnya.. K.Sham suka sgt tang roti bunga inti kacang merah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. habih dah inti kacang kaksham. tak dah promo produk inti kacang paih ni hehehehe

      Delete
  2. Aslmkum Mala
    dah nampak rupa bunga roti tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mamasya
      boleh la kan :-)

      Delete
  3. ghajennya depa,awat tak tau lani

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha chikmi ... silap makan vitamin

      Delete
  4. Eh... cantiklah mala. Kalau jual di kantin sekolah bagus sebab anak kakak suka ni...

    ReplyDelete
  5. salam
    rajinnye mala buat roti bunga..npk cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady
      tengah mood baik :-)

      Delete
  6. mmg sgt cantik la mala..pandainya mala buat bunga2 mcm tuu..
    kalau saya yg buat entah apa yg jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih ... syok buat roti ni kalau rajin.

      Delete
  7. Mala,

    kalau buat roti nie tak pakai BM cun jugak dak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja Yong tapi keluar la semua muscle. uli nak kena sampai licin dan lembut.

      Delete
  8. lain dr yg lain... buat roti mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mood tengah baik keluar semua idea.

      Delete
  9. ada laa rupa...cantik jugak... kira menjadi laa..

    kalo moon, xtau jadi rupa apa dah..hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...