Showing posts with label snacks. Show all posts
Showing posts with label snacks. Show all posts

Friday, June 8, 2012

after school snack


snek mudah untuk budak lepas balik sekolah. walaupun dah makan nasi masih mencari benda nak makan, nak mengunyah. bukak fridge bukak segala tupperware yang ada kat rumah walaupun dah tau tak ada benda nak di kunyah ... :)

roti panjang perancis
tuna dalam minyak bunga matahari
mayonis
keju
sos tomato

senang saja nak buat ...

hiris roti dalam1/2 inci.
tuna di gaul rata bersama mayonis. agak-agak saja kuantiti mayonis.
sapu tuna dan mayo atas roti.
tabur/susun keju.
bakar 180C - 200C dalam 10 minit sampai garing dan keju cair.
dah garing keluarkan dari oven. letak sikit sos tomato.






Thursday, January 26, 2012

japanese sweet potato chips




idea dari koleksi1001resepi

kebetulan mama daniel bagi keledek manis jepun ni untuk daniel. semalam dah rebus sebiji untuk sarapan dia. tapi dia tak mau makan lah pulak. minta izin dengan mama daniel boleh tak di buat chips kot-kot dia nak makan.


keledek di hiris memanjang, basuh dan tos. campuran tepung salut (tepung gandum + tepung beras, serbuk ikan bilis, garam halus, lada sulah, serbuk cili) tak ada sukatan sebenar. ikut sesedap rasa. :-) masuk keledek dan tepung dalam bekas yang berpenutup besar. tutup dan goncang sehingga tepung salut rata. asingkan lebihan tepung dan boleh la di deep fry.


keputusannya ...

Thursday, March 31, 2011

pohpia seaweed





resepi dari hasue

Bahan-bahan
1 bungkus kulit popiah
1 bungkus besar dried seaweed (yang sedia dimakan)
1 biji telur(dipukul)
2-3 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakan garfu.
2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur tadi di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi kseluruhannya.
3. Susun dried seaweed di atas kulit popiah yang telah disapu telur tadi, sapu lagi telur diatas seaweed dan tutupkan dengan sekeping kulit popiah lagi.
4. Ulang langkah yang sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis.
5. Gunting kulit popiah yang sudah ber'inti' tadi mengikut bentuk dan saiz yang disukai. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan. Setelah sejuk simpan dlm bekas kedap udara.






Wednesday, March 23, 2011

pohpia horlicks




Bahan-bahan
1 paket besar popia
lidi sate untuk menggulung
1 sudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam) atau telur
minyak untuk menggoreng

Bahan salut - disatukan dan gaul rata
1/2 cwn horlicks biasa (atau nestum yang di kisar halus)
1/2 cwn gula aising
1 cwn susu tepung (ie Nespray/Everyday)

Cara-cara
1. Gulung popia menggunakan lidi sate. JANGAN ditekan kulit pohpia semasa proses menggulung kerana hasilnya akan keras. Tinggalkan dalam 1-2cm untuk gamkan dengan tepung/telur. Keluarkan lidi sate. Buat sehingga habis kulit popia.
2. Simpan kulit popia yang telah siap di gulung di dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab supaya tidak kering. Jika tidak susah hendak gunting.
3. Gunting serong kult pohpia yang telah siap di gulung tadi jarak 1-2cm.
4. Goreng dengan api perlahan/kecil. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya warna sekata. Bila dah mula keemasan hendak lah sentiasa dibalik-balikkan untuk mendapat warna yang sekata.
7. Selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel dan sejukkan sebentar.
8. Apabila kulit pohpia agak suam-sejuk masukkan ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan bahan salut sehingga rata. JANGAN di gaul semasa masih panas kerana bahan salut akan melekit atau semasa terlalu sejuk; bahan salut tidak melekat pada kulit pohpia.
9. Simpan pohpia di dalam bekas kedap udara.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...