Monday, December 17, 2012

bergedil daging



resepi dari DianaA

Bahan-bahan ( 30 biji )
1 kg kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 g daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cwn bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 st serbuk lada putih
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

20 comments:

  1. weyyyy.... sedap + senang boleh la cuba buat. Tapi sapa yg nak mkn??? anak aku belum pandai mkn huuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi-rugi .... anak aku telan semua :-)

      Delete
  2. as-salam
    kalau mkn soto mesti ada bergedil...sedap jugak ratah2 dan mkn bersama cili kicap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady,
      kalau soto harus dah buat bergedilkan

      Delete
  3. salam mala...
    sedapnya bergedil daging....yan suka makan dengan sos cili mmmm...yummy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yan,
      ni mkn dgn nasi ja utk jamuan tengahari sebagai lawak tambahan

      Delete
  4. kalau versi anim, campak je semua dalam food processor, dengan daun sup dengan garam sekali, hee(daging kena rebus dulu)..cepat je kerja buat begedil

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak dak food processor. dok berkenan lama jugak dah FP ni :-)

      Delete
  5. Mala,
    Kalau kita berjiran, sanggup jer Kak Sham dgn rela hati buat soto.
    Blh kita berjemaah mkn sama2.

    p/s;
    Sudi ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja kaksham. mmg suka soto tpai nak buat malaih ... tak pernah buat pun actually hahaha

      Delete
  6. my pebretttt nie...

    selalunya beli je kalau waktu lunch kat luar tu..

    kat umah..malas ya amat nak buat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak buat bergedil. anak2 minta .. teringin dah lama tak makan. kesian

      Delete
  7. salam mala..aduhai .. sedap betui bergedil awak nie saya nie mmg peminat tegar begedil ..kalau makan soto mesti 2 bijik .tak cukup satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam azumaya, mmg syok mkn bergedil dgn soto

      Delete
  8. teringinnyeeeeeeee...tapi tengah diet ni.mmg suka sgt2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! dietpun boleh makan tapi sebiji ja :-)

      Delete
  9. Uwaaaa.... bergedil!!! Kalau makan soto inilah yang dicari dulu... tapi lebih suka ratah bergedil banyak2, puas makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dah mala pulak teringin nak makan soto!

      Delete
  10. Mala,

    Kalau rumah dekat udah Yong songlap 10 keping bawak balik rumah makan dengan soto yong buat pagi nie.. Wahhh sedapnya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...