Wednesday, December 12, 2012

kek karamel



birthday cake untuk abah. belang hijau kuning untuk anak kedah :-)

kali pertama buat kek karamel ni guna resepi dari yani. lama dah oktober tahun 2010. masa tu kek karamel yang belang-belang ni tak popular lagi. jumpa resepi ni di FB dengan sukatan cawan. terasa nak cuba lagipun dah tertangguh lama sejak bulan mei kakak teringin nak makan untuk birthday dia. masa tu keadaan tak mengizinkan. sibuk pindah randah. bulan 12 ni baru terasa nak buat. hutang dah langsai ....


resepi dari resepi bonda FB page

Bahan-bahan

A (gula hangus)
2 sb gula

Cara-cara
1.Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

B (puding karamel)
1/2 tin susu cair,
1/2 cwn gula
1/2 st esen vanila
3 biji kuning telur

Cara-cara
1. Kacau semua bahan sehingga sebati secara perlahan dengan garfu. Jangan sampai berbuih.
2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

C (kek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara
1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

D (meringue)
6 biji putih telur
1/2 cwn gula
1 st cream of tartar (pastikan yang halal atau boleh di ganti dgn garam/cuka/juslemon)

Cara-cara
Satukan semua bahan, pukul sehingga betul-betul kembang dan bertanduk (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

Cara-cara
1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. Kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel. Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
4. Bakar secara double boil (letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tadi.
5. Bakar selama 1 jam, suhu 150C (api bawah sahaja) .
6. Setelah masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk

20 comments:

  1. xpernah cuba wat...tp teringin nk makan..

    ReplyDelete
  2. AS-SALAM
    Absolutely delicious. my family loves it.

    ReplyDelete
  3. Suka sangat tambah2 yg disejukkan

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tarikh birthday di bawah tu... salam kenal, follower 143

    ReplyDelete
  5. hepi besday 2 abah. sedap nampak. nak buat kena fikir banyak kali lah oven takdak.

    ReplyDelete
  6. ada la 2 kali buat kek ni, tp tak mendapat sambutan spt kek coklat :)

    ReplyDelete
  7. Weeee, betul la i imagine rasa dia, mcm aiskrim.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...