Friday, December 14, 2012

brownies milo



resepi dari technicolorkitcheninenglish via alongroz

Bahan-bahan
125g coklat gelap - cincang
157g mentega tanpa garam - lembutkan
3/4 cwn gula perang
2 biji telur
¾ cwn + 2 sb (125g) tepung gandum
1/8 st baking powder
2½ sb serbuk koko
1/2 cwn Milo
1/2 cwn coklat cip
gula aising untuk di tabur

Cara-cara
1. Panaskan oven 180°C.  Lapik tin dengan kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1". Sapu mentega pada foil.
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil sehingga licin.  Sejukkan beberapa minit.
3. Masukkan gula dan telur dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan coklat.
5. Masukkan Milo dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan coklat cip.
7. Tuang adunan ke dalam tin dan bakar selama 30min - jangan terlebih masak.
8. Sejukkan sebelum di keluarkan dari tin dengan mengangkat lebihan kertas aluminium. Setelah sejuk ayak gula aising di atas brownie sebelum di potong.

12 comments:

  1. terima kasih Mala atas doa2
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. wow! mcm2 terbau2 je haruman biskut milo tu kat sini.tentu sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sewangi satu rmh masa tengah bakat ni. dah tu terlupa pasang kipas sedut asap kat dapur ;-)

      Delete
  3. rajinnya Mala ber brownies pulak hari ni, akak rajin makan je kalau brownies tunggu permintaan hahaa cantik lah dkt2 boleh jugak amik seketoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada buat makan2 sikit semalam utk kawan yg dah nak balik msia dan juga sorang kawan yang baru sampai oman.

      Delete
  4. Adeeeiiii... pantang nampak brownies.. suka rebut2 dengan anak, tapi maknya tak berapa mahir nak buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ja nak buat brownis ni dari nak buat kek kak amie

      Delete
  5. Salam,
    tak pnah buat brownies..makan pnah lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ...
      budak2 mmg suka brownies ..tak muak

      Delete
  6. brownies pulak..sure saya akan cuba resepi nie sbb saya suka milo .tumpang copy yea

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...