Friday, December 7, 2012

agar-agar santan gula melaka


resepi dari naz

Bahan-bahan 
1 paket serbuk agar-agar 10 gm/11 gm (mala guna agar2 tali 20gm)
1 liter/4 cwn air - (mala guna1.5L)
1 ketul/250gm gula melaka
sedikit gula pasir sekiranya perlu
200-250 ml/1 cwn santan pekat- (mala guna santan tin 400ml)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara
1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Sekiranya kurang, tambahkan ari supaya menjadi 1 liter kembali.
2. Masak air gula yang telah di tapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING Setelah menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Adunan santan akan menjadi berbintil-bintil. Tutup api.
5. Basahkan loyang atau acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

14 comments:

  1. Assalammualaikum...mala
    Lama x singgah ke cni..apa kabar? Wah mmg agar2 santan ni peberet dr dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam lyza .. khabar baik. agar2 klasik :-)

      Delete
  2. wah, agar2 santan versi gula merah:) boleh cuba nanti. thanx for sharing...

    ReplyDelete
  3. Salam....
    Time cuaca panas2 kat sini memang sesuai pekena agar2 santan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ..
      oman dah winter rahel. tak panas dah ..still sedap hehehe

      Delete
  4. agar2 santan gula melaka ni pebret mak saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak-mak mmg suka buat agar2 santan ni. mak mala suka buat yg pandan.

      Delete
  5. Salam mala. My fav tapi seumur hidup x pernah buat! Lawak kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kakjee
      cuba la buat sekali kakjee :-)

      Delete
  6. mak saya tambah gula batu bagi nampak cantik berkilat katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu anim .. mala kalau buat agar2 merah yg biasa tu mmg guna gula batu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...