Saturday, November 10, 2012

ayam afrika


resepi dari kakmars

Bahan-bahan
ayam setengah ekor potong kecil
3 biji ubi kentang – hiris atau wedjes
3 ulas bawang merah – di hiris*
2 ulas bawang putih – di hiris*
1/2 inci halia – di hiris*
2 batang serai – di titik*
1 bawang besar - hiris bulat
1 st lada hitam - dikisar
2 sb kicap manis
2 sb kicap pekat masin
1 sb sos tiram
1 sb madu
garam secukup rasa - optional 
1 st cuka - optional
hirisan cili padi - optional

Cara-cara
1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam, sedikit kicap masin dan kicap manis. Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.
2. Goreng ubi kentang pula hingga empuk.
3. Kurangkan minyak anggaran sesenduk kecil dan tumiskan bahan * hingga naik bau. Masukkan sos tiram kacau lagi. Masukkan ayam, ubi kentang serta lada hitam dan gaul rata.
4. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul lagi.
5. Bila sudah mesra, masukkan hirisan bawang besar. Kacau lagi sedikit hingga bawang sedikit layu. 
6. Akhir sekali masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. 7. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa hirisan cili padi sebelum diangkat dari kuali.

12 comments:

  1. sedapnyer...dh glamour ayam afrika ni yer...sok lusa terbit ayam oman plak..hehehe...

    ReplyDelete
  2. assalam mala
    sedap masak2 hari ni, ayam afrika uihhh jauhnya dtg ayam ni he he
    apapun nampak sedaplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      nama ja afrika tapi dari malaysia hahaha

      oman tak pakai kicap :-)

      Delete
  3. Assalamualaikum Mala,
    Boleh buat sumber inspirasi ni..
    Bebudak ni kalau ayam.. memang laju je..
    Mekasih Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kaksham,
      sila-sila ... lauk biasa2 mcm ni ja yg mala tau masak hahaha

      Delete
  4. Salam mala cayang.., sedapp nampak ayam ni. Terimakasih kerana sudi mencuba.

    ReplyDelete
  5. mala, ni macam style ayam masak kicap saya je, heee..mana datang nama afrika? adakah kerana warnanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la anim .. tapi mala ni kena bajet baik sikit tang kicap manis sebab dah nak habih. tak brapa nak afrika la kaler dia. dah kahwin campoq ni hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...