Monday, November 5, 2012

ronda-ronda old muscat


tetamu kedua yang di nanti-nanti dari qatar. dua hari dua malam on the road dari doha singgah al ain, abu dhabi dan sampai ke muscat. akhirnya selamat sampai tapi terlepas jamuan di rumah dato dan datin.

hari pertama kami bawa su dan huda sekeluarga jalan-jalan di sekitar old muscat. lokasi pertama ke pantai qantab. melihat kawasan pantai dan perkampungan nelayan di situ.



dah puas ronda-ronda kat sini ambik gambar sana-sini kami terus ke istana al-ilam. sultan qaboos ada banyak istana. istana al-ilam di gunakan untuk majlis-majlis rasmi dan jugak kalau ada kunjungan rasmi. antara yang dah pernah datang istana ni ialah queen elizabeth dan sultan brunei. dari jauh istana ni nampak macam disneyland :-)


berjalan dari pagi sampai tengahari, semua dah berpeluh sebab dah panas. perut pun dah mula lapaq. kami singgah pula ke kalboo park. berkelah nasi goreng cina dan sambal belacan, sosej rebus dan roti ban, buah epal dan oman chips!



dah selesai kami balik rumah dulu .... rehatkan badan sebab petang nanti nak sambung jalan lagi (next entry), masih di kawasan yang sama.

10 comments:

  1. salam Mala..bestnyer jenjalan..cantik gambar2, macam poskad plak..

    sana musim panas ke? sini hari2 ujan, jemuran tak sempat kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ck, tengahri masih panas tapi boleh tahan lagi tak sepanas dulu. petang dah sejuk berangin. tak lama lagi winter.

      Delete
  2. Assalamualaikum Mala,
    Ramai kata Oman pantai nyer cantik.
    Terbukti.. mmg cantik.
    Di Kuwait xda view mcm ni.
    Bekas kena bom dek Iraq, byk laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak sham,
      ni baru salah satu je kak tu pun dekat kawasan nelayan ... banyak lagi pantai yang cantik. mukabumi kat oman memang very 'virgin' tak di usik

      Delete
  3. Oman memang cantik. Berbaloi jalan jauh-jauh nak pergi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia orang doha mai dah ... berbaloi-baloi kan!?

      penat berjalan jauh tapi puas hati. alhamdulillah

      Delete
  4. assalam Mala
    jln2 b tgk keindahan bestnya...sukenya
    bila penat jln mkn ramai2 tentu seronok pengalaman disini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      makan ramai-ramai mmg seronok ..

      Delete
  5. tak sangka kat oman pun ada "great wall" juga. menarik, tentu ada sejarah old muscat ni. mudah2an diizinkan Allah jejak sini suatu hari nanti.. mala, macamana nilai tukaran duitnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. old muscat ni mmg cantik. sangat tenang dan nmpk sejuk ..

      OMR1.00 = RM8.00

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...