hujung minggu ni di oman cuti 4 hari sempena hari kebangsaan. memang menjadi kewajiban boleh di katakan semua expat yang berada di oman kalau ada cuti lebih sehari pun mesti cari peluang untuk explore oman. pilihan kami kali ni berkhemah di padang pasir wahiba (wahiba sands) atau ramlat al-wahiba aka sharqiya sands
jarak dari utara ke selatan 180 km dan 80 km dari timur ke barat dengan jumlah keluasan 12,500 km persegi. besar mana tu? tak tau la cheq!tapi yang pasti kalau sesat ... hmmmm tunggu la kot-kot ada unta lalu boleh tumpang hehehe
bertolak dari muscat pukul 9:30am kami berkonvoi sebanyak 6 buah kereta.
5 keluarga malaysia dan satu pasangan singapura. setibanya di meeting
point sebelum ke wahiba sands, kami di join oleh satu lagi keluarga yang datang dari sur. selepas makan tengahari dan solat zohor kami gerak
masuk ke wahiba. di sebelah malam satu lagi keluarga join sebab dia tak dapat cuti. kena datang lepas kerja. semua 8 keluarga. memang berani betul dia orang ni mai malam-malam. memandangkan dia tak dak 4W4 sampai saja kat satu point dua bapa pi ambik family ni.
memandangkan kami tak dapat booking desert camp kami pilih untuk pacak khemah saja. seronok betoi pengalaman berkhemah di padang pasir. adengan kereta sangkut kat pasir satu perkara biasa. nasib baik ada yang bawak penyodok dan tali. yang dah biasa berkhemah dan ke wahiba sands ni cuma sorang. yang lain tu main terjah ke dengan khemah dan makanan. fuh! lain kali nak kena bawak semua-semua tu. bapa-bapa merasa la apa dan macamana nak buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.
waktu siang walaupun matahari terik tapi angin yang bertiup sejuk .. sedap ja. tapi kulit terbakaq jugak. lepas pada maghrib saja dah sejuk. subuh jangan cakap la ... menggigil! overall memang good experience. anak-anak pun suka dan nak pergi lagi.
budak-budak semua seronok main pasir ... bapa-bapa budak terasa macam dok ada dalam iklan "camel trophy". mak-mak budak pulak ... asalkan semua happy mak happy ja!
suhu panas ka sejuk? kami kat sini hanya mampu pi Gurun kedah ja la...
ReplyDeletetak terasa panas sangat sebab berangin, tapi kulit terbakaq jugak ..
Deletekelmarin hujan dah nak masuk winter dah ... bila nak mai sini? kami balik changlun inshaAllah 22hb dis.
khemah kat padang pasir? bestlah mala, ada experience..rasa macam org Badwi tak? heee...
ReplyDeleteterlebih badwi dah kita orang ni .. hehehe mmg seronok. payah nak dapat pengalaman mcm ni. gagah juga ikut konvoi ni walaupun memikirkan portable toilet tu ... alahai! hehehe
DeleteHasni drive turun sand dune macam tu ke Mala? Hui... gayat!
ReplyDeletetak la ... tu geng2 arab. gila tinggi tu! tapi geng2 lelaki ada la pergi sand dune lepas breakfast. bawak2 budak sekali. seronok budak2 ni cakap. siap kereta tersangkut sama2 kena korek pasir.
Deletewow... tak buat ke skateboard sand . mcm kat ausie tue ...
ReplyDeleteassalam mala
ReplyDeletebestnya tu main pasir, khemah camnilah paling disukai anak2 nak lg nak bujang akak ni he he
macam dlm cerita2 kat tv je ni, cantik pemandangan padang pasir