Sunday, November 18, 2012

bimma sinkhole

salah satu tempat yang mala idam-idam sangat nak pergi dan tengok sendiri sekiranya dapat peluang menetap di sini iaitu bimma sinkhole (melayu panggil apa ek? lubang tenggelam?) di dunia hanya terdapat beberapa saja sinkhole. boleh baca lebih lanjut di sini.


keajaiban alam semula jadi dunia ... sangat menakjubkan ... 

sinkhole terjadi apabila terdapat pergerakan pada muka bumi dan dengan keadaan yang tidak stabil kawasan terbabit runtuh/tenggelam dan membentuk lubang. kawasan bimma sinkhole ni terdiri dari batu kapur ...... macam belajar geografi pulak!  >>>>>>>>>>>>>>> dengan keluasan 500 meter - 40 meter lebar - 20 meter dalam, sinkhole ini di kata mempunyai terowong semulajadi yang bersambung dengan laut.belum pernah ada penyelam yang berjaya menyelam menerusi terowong tersebut dan tembus ke laut. air di dalam sinkhole ni air masin laut. dari jauh air  ni nampak sangat hijau kebiruan. sangat cantik!


dari dam wadi dayqah kami terus mencari bimma sinkhole. ini merupakan destinasi ke3 kami selepas sultan qaboos grand mosque dan dam wadi dayqah. sampai saja kat kawasan park terus cari port bawah pokok untuk rehat dan makan. budak-budak dah tak sabar nak turun. kita makan dulu lagi pun tengah panaih rembang! menu untuk piknic tengahari ni bihun goreng. semua selamat!

 

hijau biru kan air dia .. ? sambil duduk-duduk kat atas batu tu ada ikan-ikan kecik mai segala daki yang ada di kaki. tak gaduh nak pi fish spa!



nampak haluih ja orang dok turun tangga ... lengguh lutut gak la nak naik tangga tu


budak-budak oman dok seronok main lawan terjun. tinggi tu! seriau! tapi depa suka sebab pengujung semua dok bersorak bagi semangat!




susahnya la nak suruh budak-budak ni jangan bergerak dalam 5 seconds

puas hati berendam ....







10 comments:

  1. salam mala , mcm nie ghuper sinkhole , tapi air nyer biru kehijau-hijaun

    ReplyDelete
  2. kat malaysia kalau terjun dalam laut tengah panas ni, takde sapa sanggup..kalau waterfall bolehlah sebab terlindung pokok.tapi kalau tengok gambar mala, anak2 boleh rendam lagi, sejuk kot airnya sebab dikelilingi batuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk air dia dan ikut pasang surut air laut. makin jauh dan dalam makin gelap air dia. seram pun ada ...

      Delete
  3. Subhanallah.. cantiknya..
    Lagi satu sebab "proposal" kena rombak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaksham ... harus dah tu rombak proposal :-)

      Delete
  4. Cantek tempat tu...teringin nak gi sana...

    ReplyDelete
  5. Aslmkum Mala.
    nampak menarik tempat ni....nampak anak2pun seronok berendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam mamasya
      mmg best sinkhole ni. nak kena suruh keluar baru nak keluar budak2 ni.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...