dari as-suwayq castle kami teruskan perjalan ke dubai. perjalanan dari muscat ke dubai mengikut google lebih kurang 458.6km selama 6jam. kami melalui pos sempadan hatta. suasana cukup berbeza bila dah melepas oman. tak ada lagi bukit-bukit batu tapi nampak padang pasiaq! puaih hati dah nampak padang pasiaq, unta pun banyak.
sampai saja dubai .. adam kata kita dah sampai new york hahaha banyak cantik new york. suasana tu memang la macam new york. penuh dengan bangunan tinggi. highway yang 7 lorong. orang hon! sana, hon! sini. potong sana, potong sini.
very-very buzy city.
tapi kan dubai ni tak natural la .... rasa macam dalam movie lak crita space
kami cuma sight seing saja di dubai ...
nak kena bawak duit 3 -4 guni baru boleh berpoya-poya :-)
sempat la ambik gambaq souk madinat jemeirah, ski dubai, atlantis, wild wadi.
dah sampai dubai kalau tak snap gambaq dua bangunan ni kira tak sah la kan ...
burj khalifa (burj dubai) & burj al arab,
next trip boleh la kita naik burj khalifa
tiket baik beli online AED100 kalau beli kat situ jugak bayar la AED400
juga aktiviti yang wajib bila di dubai ialah berkunjung ke naif souq untuk borong abaya dan kedai kain pulwani (air crew shop) untuk beli kain ela. tuan kedai ni boleh cakap melayu. dalam kedai dia penuh dengan business card rakyat malaysia dan keratan akhbar cerita pasal kedai ni.sambil memilih kain dia jamu kita dengan 'chai' - teh susu
terima kasih banyak-banyak pada su yang bagi kami bermalam kat apartment dia. dah selamat duit hotel untuk 2 malam. su dah start kerja. siang hari kami jalan-jalan sendiri ikut tips dari su dan berpandu kan minah garmin. sebelah malam baru su bawak kami jalan-jalan shopping dan makan. yang penting su bawak kami makan satu kat restoren singapura dan satu lagi indonesia. nikmat rasanya dapat makan makanan melayu!
pagi lepas subuh kami terus gerak balik ke muscat dan huda pun beransur balik ke doha. alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing2 tanpa ada masalah/halangan di sempadan! line clear gitu!
lain kali kita mai lagi ... inshaAllah
bila lah kak noor nak pi tak tau cantik tengok tempat2 tu semua tunggu murah rezeki dulu lah ni
ReplyDeletekumpul B$ byk2 boleh pi dubai!
Deleteseronok nmpak camel kat tepi highway kan! anak2 especially mmg excited! hmm, dah lama xgi naif jln2 cari abaya, now weather dah sejuk sikit baru seronok jln2 :) dtg la dubai lagi....dekat je tu hihi
ReplyDeleteexcited giler tgk unta ... sini jarang2 nmpk. actualyy pernah nmpk sekali ja! tu pun sekor hahaha
DeleteNew York... hahaha...
ReplyDeleteSuka gambar matahari terbit tu Mala. Cantik betul...
cantik kan ... kalau kamera teropon lagi la cantik!
Deletetak bawak duit berguni pun, at least dah jejak dubai. saya ni jumpa dalam mimpi je...
ReplyDeletealhamdulillah merasa la sekali gi dubai.
Deletenaif souq memang feveret sebab kat saudi susah nak cari abaya tak der butang depan...
ReplyDeletesaya pun suka gambar mataharituh:)
tak puas beli abaya. sempat rembat sorang sepasang saja. tu yg nak kena pi lagi :-)
Deletewahh.. seronoknya berjalan.. alang2 duk negara org, baik pegi ronda semua tempat kan. sure brg mahal kt dubai kan.
ReplyDeleterugi la kalau dok oman tak drive ke dubai. kalau ada resident card oman ke dubai tak perlu visa. harga tak yah cakap la ...
DeleteDubai tempat shoping kain, memang kena bw berguni duit he he
ReplyDeleteharus dah tu!
DeleteAs salam Mala,
ReplyDeleteWah dah sampai Dubai! My friend ada kat sana... Die pun homesick nak balik Msia... Rindu bau hujan katanye...hehehe
wasalam marya,
Deleteramai malaysian kat dubai. hari ni hujan kat muscat. dubai pun baru saja hujan jugak 3-4 hari lepas.
salam tuan rumah .. perghh tempat idaman DUBAI .. AA tak der buat ke sana ..teringgin nak menjejaki kaki kat DUBAI ..negara paling kaya di dunia.. cantik youuuuuuuuuuu jubah2 ..tak beli ke ?
ReplyDeletewasalam,
Deleteaasia landing kat abudhabi saja kan... semuapun cantik .. siapkan aje dirham. ada la rembat sepasang ja :-)