Thursday, November 15, 2012

apam polkadot diwali



memenuhi jemputan makan tengahri ni sempena diwali di rumah member. buat la apam polkadot diwali ni sebagai buah tangan.

pernah buat sekali dah apam ni... macam nak patah pinggang. ni kali kedua buat pun macam nak patah pinggang. tapi tak pa untuk kawan punya pasal. saja nak bagi meriah.


resepi dari sheely

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/cair
3 sk baking powder
1 sk ovalette
1 st esen vanilla (tambah)
pewarna

filling - blueberry/strawberry/kaya/coklatcip

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan dan kacau rata.
3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag dan picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja. Letakkan filling secukupnya. (untuk memudahkan proses memasukkan filling masukkan filling ke dalam plastik/piping bag kemudian picitkan)
4. Picit lagi adunan sama atau berbeza sehingga hampir penuh.
5. Akhirnya sekali picitkan dot-dot  atau corak pilihan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit atau sehingga masak pada api sederhana. Tudung pengukus hendaklah dibalut kain.

10 comments:

  1. sekali ngap jer masuk dalam mulut... kreatif akak buat macam² corak...

    ReplyDelete
  2. wah Mala dah mengepam pulak, awat tak duduk masa buat ni baru tak patah pinggang yg ramping tu, kami ni pinggang besar sangat taklah rasa pun heeeeee

    ReplyDelete
  3. salam...waaa...rajin Mala mengedot yer...patah pinggang? nape tak duduk? hehehe... kalo hari2 buat dah tak patah pinggang dah...cer buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ck .. ntah apa mimpi. saja la membuat sbb dok pikir apa benda yg boleh di buat kalerful ;-) tabik spring orang yg niaga apam ni.

      Delete
  4. cantek kaler hang mengedot kali ni...

    ReplyDelete
  5. nnpk cantik..kalau mkn tak cukup satu cam tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ... kena simpan asing siap-siap. takut budak2 ni habih kan ;-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...