Monday, June 20, 2011

apam dot dot




bersama ibubapa tersayang ;-)
apam ni aka apam polkadot aka apam dino. projek hari minggu. memang tabik spring la pada pengusaha-pengusaha apam dot-dot ni. letih dan berpeluh nak buat.

resepi dari lyne

Bahan-bahan
3 biji telur (buang tali pusat untuk hilang bau hanyir)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar
3 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sk ovallete

pes dan pewarna  yang disukai

Cadangan inti - sekaya, jem, kelapa, coklat dll

awat la pic cheq suka terbalik?

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
2. Masukkan susu berselang-seli dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer.
3. Tambah esen vanilla dan ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah tekstur menjadi gebu. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/acuan tart/ acuan apam asalkan berlapik.
6. Picitkan inti secukupnya
7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
8. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
9. Jangan buka api besar semasa mengukus kerana apam akan merekah.
.
.
.
.
ttfn
mala

5 comments:

  1. besar besar dot dot tu....tapi warna cantik .. tak pernah cuba lagi...susah tak?

    ReplyDelete
  2. papercup yg paling kecik ni. nampak mcm besaq yek?

    tak susah sgt cuma proses dia letih jugak la untuk orang yg tak brapa nk sabaq buat kuih ni hahaha.

    ni pun baru guna dua warna. orang lain buat macam-macam kaler ...

    ReplyDelete
  3. Salam Mala,lama tak singgah dapur Mala.ramai dah cuba apam ug femes ni....sy jugak yg belum.
    happy belated birthday buat Mala dan mak mala...bestnya kongsi birthday dgn mak..

    ReplyDelete
  4. Mala...comel2 apam pola dot ni....

    Ape2 pun Happy Belated Birthday tuk Mala...pjg umur...murah rezeki...sihat sejahtera dan ceria bahagia bersama family tercinta....sama lak birthday ngan hubby kak cek....

    ReplyDelete
  5. wasalam
    mamasya - tq
    cc - jun baby semua awet muda hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...