senyum dalam paksaan .. |
apam lagi!
amboi... bukan main sombong apam ni dalam banyak satu saja mau senyum. tu pun tak ikhlas! tak dak mood la kot.. kelmarinkan mendung saja tapi tak hujan pun.
nak kena pi cari acuan yang berlubang-lubang tu baru cun! unutk 1st trial ni kita cuba buat separuh adunan sahaj.
resepi dari rossitamz
Bahan-bahan ( 50pcs )
200gm - 250 gm gula
2 biji telur
1 sk esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sk ovallate
pewarna
acuan kertas (papercup) secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika 3 warna bahagikan kepada 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
8. Letakkan papercup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
9. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup)
.
.
.
.
ttfn
mala
as-salam mala
ReplyDeletekalau apam tu tak nak senyum tak apa asalakan sedap di makan...nanti blh cuba lagi lah mala...
wasalam ady
ReplyDeletetu la ... janji sedap. mmg sedap pun adam ulang-alik dapur ambl apam :)
salam mala... apom tue period tak der mood nak senyum...jgn mare yea gurau jerr,,,, sbb saya buat pun tak pernah senyum...huhuhuhuhuhuhu..good try,,nanti cuba lagi ekkk
ReplyDeletewasalam ... anak pun tanya kenapa ada merah kat apam? mak nya yg period buat tanda kat apam.. hahaha ;-)
ReplyDeletebibirnya tebal..tapi tak nak senyum..memang sombong apam ni kan..hehehehhe...
ReplyDeletehehehe macam-macam ragam buat apam ni ...
ReplyDeleteSalam Mala....ala cutenya apam yg satu tu...dari jauh mmg nmpk mcm mulut bergincu merah...he he....yg lain tu malu malu lagi kut.....he he...XOXO...
ReplyDeleteJanji yg makan tu senyum...
ReplyDeletewasalam
ReplyDeleteeni - bibir munggil tu!
huda - insyaAllah