Wednesday, June 1, 2011

mini pizza




pada suatu malam ketika keluar dari rumah untuk menghantar kakak ke kelas tusyen, anak-anak telah ternampak mat pizza di rumah sebelah. ah! sudah! mula la 'mengorder' dari mama. dah lama mama tak buat pizza. ok la cuti nanti mama buat pizza. TETAPI memandangkan malam ni (jumaat 27hb) tak ada benda nak di makan; pukul 5pm mama pun mula menguli. maka makan lah pizza malam tu.

resepi dari fendi

Bahan-bahan ( 10 biji )
200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping:
- mozarella
- sosej
- cendawan
- nenas
- bawang
- sos pizza
- telur untuk sapu pada roti

Cara-cara (telah di edit dari resepi asal)
1. Satukan semua bahan kecuali air dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat, licin dan lembut.
3. Perap selama 1jam atau naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit
5. Ambil sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm.
6. Buat sehingga habis. Biarkan naik 2 kali ganda.
7. Letak topping kegemaran.
8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang. 
.
.
.
.
ttfm
mala

8 comments:

  1. Salam... nak seketul buat sarapan...

    ReplyDelete
  2. wasalam, sila-sila hehehe :)

    ReplyDelete
  3. cm - kalau tak buat nanti hari-hari dok ungkit.. ;-)

    ReplyDelete
  4. comel la mini pizza tuh...akak tak pernah terfikir nak buat mini...hehe...asik buat yang gedabak tuh jer..pasneh bleh wat mini plak

    ReplyDelete
  5. as-salam mala
    comel2nye pizza tu ...npk menyelerakan mala..

    ReplyDelete
  6. mq - sepatutnya dpt 10mini tapi biasa la kan buat 5mini & 1 gedabak jgk hahaha

    ady - utk anak2 happy dia orang bila mama buat pizza

    ReplyDelete
  7. Salam...Sedapnya mini pizza..Ada lagi tak..? minta seketoiiii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...