Wednesday, November 14, 2012

kek pisang xpress


memang cepat dan mudah nak buat. kek pulak gebu! dapat dua biji kek saiz loaf pan.


resepi dari chefzubaidah via maklang via mamafami  via cmg

Bahan-bahan
200g tepung gandum*
1 st soda bicarbonate*
1 st baking powder* (*satukan dan ayak)
150g pisang
170g gula kastor
1 sb ovallate 
secubit garam (mala tambah)
3 biji telur gred A
120g minyak sayur 
1 st esen pisang/vanilla
chocolate rice sebagai hiasan

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah di ayak, minyak sayur dan esen pisang/vanilla. Gaul hingga sebati.
4. Tuang dalam tin kek dan taburkan  chocolate rice.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

8 comments:

  1. aduh terliur tengok kek pisang pulak kat sini, di umah akak ada pisang ni baru tebang semalam dah kuning2 boleh lah buat kek ni nampak gebus kek tu Mala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gebu! kak noor kena buat kek pisang pulak :-)

      Delete
  2. nampak moist jer..siap ada berurat2 tu yg tak tahan, pakai pisang apa jad8i berurat mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka pulak nmpk urat-urat ... tak pasti pisang apa. rasa mcm pisang emas tapi yang besar2 sikit.

      Delete
  3. tergelak baca kek nampak urat... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek pun dah nak kena makan kolaggen ;-)

      Delete
  4. selamat thn baru maal hijrah Mala

    emm kek pisang yg mabeles nih...sedap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...