Friday, October 25, 2013

chapati dan kuah dhal


pagi ni kita sarapan homemade chapati cicah kuah dhal ... actually ada interframed belen sambal bilis hehehe tak masuk dalam gambar. nak jugak makan rasa pedas macam kat malaysia kan kan kan baru syok makan.

resepi chapati dari lynnsham

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
225 gm tepung atta
1 sb minyak sapi
125 ml air suam (atau susu utk chapati yg lebih lembut)
secubit garam
sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati (tak buat)
sedikit tepung atta, untuk proses mencanai


Cara-cara
1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.




resepi kuah dhal dari s_shamen

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cwn kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat) - tak letak
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
1 inci halia diracik *
2 biji bawang putih diracik *
3-4 biji bawang kecil dimayang *
sedikit daun kari *
sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis *
1 sk biji sawi (mustard seed) *
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)- ganti cili kering
minyak untuk menumis
garam dan gula sesedap rasa

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
2. Bila kacang dhal dah agak agak empuk, masukkan carrot dan kentang ke dalam rebusan dhal tadi dan teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3. Kemudian masukkan pula terung dan cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak. (tak buat)
4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda * (termasuk cili kering) sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
5. Rasakan garam dan gula ikut selera masing masing-masing dan siap.


10 comments:

  1. eemmm sedapnya..bt sendiri lgilah sedap...suami knor suka sgt capati..setakat ni belum pernah nak bt lagi..kut lps nilah agaknya..heheh

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah juga buat guna resepi ni, tapi tak jadi sikit tang kuahnya. rotinya ok... memang puas nak makan sendiri tu

    ReplyDelete
  3. Yummsssss....lama tak buat chapati.....dgn beef keema....wah lau wehhh....kekeke :P

    ReplyDelete
  4. Kalau kuah dhal tu kakak dah selalu buat Mala. Tapi capati kakak tak pernah buat. Tengok mala buat wahhh.... kalah kedai punya tau. Cantik aje kakak nampak...

    ReplyDelete
  5. Kunonya sy x tau tpung atta...nmpk sedap dan sihat...sbb x guna mnyk...cicak plal kcang dal..mmg terbaik..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr...tetaip cicak....! Salah tu...cicah sbnrnya...:-)

      Delete
  6. Assalamualaikum...mmg peberet En husband sya ni..

    ReplyDelete

  7. Assalam. Mala
    Lama x mkn capati he hee ni mesti sedap homemade punya. Rajin mala kita ni

    ReplyDelete
  8. adoii mala..rajinnya. capati segera mesti dah try tapi tak sedap kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...